Khamis, 5 Jun 2014

" SUMPAHAN " LAGENDA TASIK CHINI.

Marilah kita renungkan cerita yang akan penulis tulis dalam topik kali ini "Sumpahan" Lagenda Tasik Chini Pahang Darul Makmur.



Bot Tasik Chini.
Pemandu bot adalah cucu kepada Tokki Tuan Haji Malik
(Didalam bot - Cikgu Yati & anak,
Encik Kamarulzaman dan Encik Rahim -bertopi)

 Allah berfirman :-

" Dan (juga) Qarun, Fir’aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu). 

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri ".

(al-`Ankabut: 39-40)


Cerita lagenda di Tasik Chini adalah berkaitan dengan "Sumpahan" sebagaimana sumpahan Tok Kadok ianya berlaku atas akad sumpahan seorang " Insan" sebagai hambaNya kepada Yang Maha Agung. Manakala Sumpahan yang Maha Esa terhadap mahkluknya merupakan kejadian yang dialami oleh sebuah kerajaan di Tasik Chini ini atas kekufuran yang berlaku terhadap Allah. "Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri "

Penulis tidak berniat untuk mengubah sejarah terhadap cerita lagenda Tasik Chini, namun menceritakan kembali dan memaparkan cerita pengalaman orang-orang tua dahulu dan orang yang pernah tinggal beberapa tahun didalam tasik demi mencari rezeki dipersekitarannya. Nama seperti Tuan Haji Mat atau Tokki Mat dan Tokki Sidek dari Kampong Sungai Duri, Tuan Haji Malik dan Tok Hajjah Jenab (Nenek Kebayan) dari Kampong Melayu dan Kampong Belimbing (merupakan bertahun-tahun tinggal didalam rumah rakit didalam tasik), Encik Mat Seh, dari Kampong Sepinang - jeti bot penambang bagi pelancung dari Kuantan dan dari tempat lain untuk masuk ke tasik melalui bot.Tuan Haji Zainuddin (Din) bekerja sendiri dan kadangkala membawa bot kedalam tasik membawa pelancung melalui jeti Mat Seh, juga dari Kampong Sepinang. Manakala encik Nasaruddin (Nasa) yang pernah tinggal di Tanjung Jerangkin didalam Tasik dan beberapa orang lama yang masih ada atau pun yang telah tiada, penulis sempat merakamkan pengalaman mereka mengenai cerita misteri mengenai makhluk yang berada didalam Tasik Chini,tasik lagenda di negara kita ini.


Allahyarham Tn Hj Mat berkaca mata
(Kg Sungai Duri).


Inilah Rumah Rakit Tok Jenab (Nenek Kebayan)
 di Tasik Chini (awal 70an) Laut Jerangkin (4).
Terlihat rombongan dari Kg Perlak dan
Seri Makmur (Lengkor) diatas rumah rakit.


Keadaan Tasik Chini pada awal 70an.
Dipenuhi dengan teratai - Laut Serodong.


Chini - tahun 60an
(Tn Hj Zainuddin ditengah perahu)


Encik Nasaruddin (Nasa) kiri bersongkok dan
 Tn Hj Zainuddin - Kanan sekali berkopiah.

Naga adalah lambang kepada cerita lagenda Tasik Chini dan sinonim dengan yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulu kala dimana naga naga disini telah dimakan sumpahan pada zaman tersebut. Naga sisik emas di katakan adalah seorang lelaki dan Naga Sisek Perak adalah seorang Perempuan, dizaman 70an dan 80an dulu apabila musim banjir dikawasan tasik jelmaan naga dapat dilihat diwaktu itu. Mereka bermain disekitar tasik yang dipenuhi air dikesemua laut kerana air sungai Pahang membuak serta berpusar memasuki tasik melalui sungai chini. Pada peristiwa seorang pelancung dari England telah menyelam di kawasan jeti dan sampai sahaja di lantai tasik beliau ternampak pagar batu serta menyusuri pagar berkenaan hingga ke pintu pagar didalam air tersebut. Alangkah terperanjatnya beliau kerana terlihat dua biji mata merah yang besar dipintu pagar berkenaan dan lantas dengan pantasnya beliau naik keatas kembali. Beliau telah tidak bercakap selama seminggu dan sekembalinya ke KL barulah beliau menceritakan peristima tersebut dengan rakan beliau.Mungkin dua mata merah yang besar tersebut adalah mata naga berkenaan...........



Mungkin Naga yang sebegini dilihat oleh mat Saleh tu....

(1).Naga Sisek Emas.



Naga Sisik Emas.
(Sang Gumum - Raja)


(2).Naga Sisek Perak



Naga Sisik Perak.
(Sang Chini - Permaisuri).

(3).Gajah Putih.


Gajah Putih (tunggal).

Jelmaan gajah putih kadangkala dilihat di kaki gunung chini mahupun hutan berhampiran tasik dan dia tidak keluar mengikut musim atau waktu. Saiz badan gajah ini amat besar iaitu dua kali ganda dari saiz gajah biasa dengan ketinggian kira-kira setinggi nyior dara kata orang Perak. Mengikut renjer yang menemuinya gajah ini putih umpama putih kapas, bersih dan berseri sahaja,mempunyai gading serta dipercayai gajah jantan,ianya adalah gajah tunggal.


(4).Kerbau Emas.

Kerbau Emas ini dikatakan berada disalah satu pulau didalam tasik dan kaki buruan emas cuba mencarinya dipulau berkenaan. Ia kelihatan seperti berkilauan emas diseluruh badan dan tanduknya, orang-orang tua dahulu sering mengatakan kerbau emas ini hampir mustahil untuk mencari atau menangkapnya kerana kuasa mistiknya amat kuat. Mengikut cerita kerbau ini boleh kelihatan diawal pagi atau di waktu akhir petang dengan cahaya emas memancar diseluruh badannya, ianya kelihatan hidup seperti kerbau biasa dan berjalan disekitar pulau. 


Kerbau Landau (emas).
Pulau yang dipercayai didiami oleh Kerbau Emas Landau.


(6).Pulau Ubah.


Kapal Purba - Pulau Ubah .
(hanya bayangan penulis)


Pulau Ubah (foto hiasan).

Penulis terserempak dengan pulau ubah ini semasa memasuki Tasik melalui sungai chini dengan perahu dari Kampong berdekatan bersama abang penulis. Pulau Ubah adalah dipercayai adalah jelmaan kepada sebuah kapal milik kerajaan purba Tasik Chini, pulau ini sering "ber ubah" tempat iaitu dari Tasik Chini dan Tasik Bera. Jika tiada di Tasik Chini maka ianya pasti ada di Tasik Bera. Selepas subuh jika terdengar tarikan rantai sauh kapal ditarik naik keatas kapal maka pulau Ubah akan berubah atau berhijrah ke Tasik Bera sesudah sauh ditarik dan pulau berkenaan tidak kelihatan lagi pada awal pagi berkenaan. Begitulah jika ianya kembali ke Chini kita akan melihatnya diawal pagi selepas subuh,bentuk pulau "kapal" ini lebih kurang seperti kelihatan di foto hiasan yang dirakamkan oleh penulis, cuma bezanya bukan mengkuang liar sahaja diatasnya tapi pelbagai hidupan herba terdapat diatasnya. Yang penulis ingat adalah senduduk putih & merah, halia bara serta tumbuhan lain yang tak dikenali oleh penulis kerana penulis tak mahir tentang herba berkenaan. Menurut ceritanya kapal berkenaan juga mengalami nasib yang sama terkena sumpahan bertukar menjadi sebuah pulau, yang dinamakan Pulau Ubah.

Dari pengalaman Allahyarham Mat Seh, beliau telah bertemu dengan pulau ubah ini dan berjaya naik keatas pulau berkenaan serta terdapat pohon buah-buahan diatasnya dan mereka telah memakan buah rambutan yang terdapat di pulau itu. Menurut nasihat orang orang tua dahulu jika berjaya naik ke pulau berkenaan, hanya boleh memakan buah-buahan diatas pulau itu sahaja atau para tumbuhan herba tidak boleh dibawa balik, mahu pun keluar dari pulau tersebut.


(7).Harimau Belang.



Pak Belang.

Harimau ini akan keluar hanya setahun sekali yang dipanggil "musim Rimau", ianya akan merayau sekeliling tasik hingga kebeberapa buah kampong dipersekitaran Tasik. Saiz harimau ini mengikut ceritanya apabila dia berjalan didalam ladang getah, akar-akar getah yang dipijaknya akan mengelupas koyak kerana saiz badan yang terlalu besar lagi berat, perut harimau ini mencecah kelantai tanah dek besarnya saiz badan. Dia tidak mengusik orang kampong atau ternakan belaan penduduk diperkampongan berdekatan, ianya hanya merayau-rayau dipersekitaran kampong dan kawasan pergunungan tasik chini.Bagi penduduk kampong dipersekitaran tasik yang bekerja memasuki hutan sering terjumpa harimau ini jika bernasib baik pada musim berkenaan.


(8).Berok Bertongkat.

     

Berok Tua yang bertongkat.

Kehadiran Berok Tua Yang Bertongkat disalah sebuah pulau didalam tasik amat sukar ditemui, malah ianya hanya dijumpai oleh orang-orang yang pernah mendiami rumah rakit didalam tasik dan nelayan ikan tasik sahaja. Keadaan berok ini yang sudah amat tua serta bertongkat pula,berjalan seperti manusia biasa  sambil berjalan memegang tongkat.Apakah sebenarnya peranan berok tua ini didalam kerajaan silam yang tenggelam itu ? Mungkinkah Ahli Nujum Negara..............


(9).Ikan Duyung.


Duyung.

Asal usul Tasik Chini adalah terdiri dari kawasan laut dan antara hidupan dilaut lepas adalah ikan duyung, itulah sebab kawasan kawasan tasik ini dipanggil "laut", laut gumum, laut Jerangkin dan sebagainya. Hanya yang boleh melihat dan pernah melihatnya sahaja sanggup bercerita tentang hidupan ikan duyung ini di Tasik Chini.Tidak pula diketahui berapa ramai "duyung" mendiami kawasan tasik ini.


(10).Keranda Batu milik Puteri Kerajaan Chini.



Keranda Batu - Puteri.
(Foto hiasan).


Puteri Kerajaan Chini (Foto Hiasan).

Jika hujan panas di persekitaran tasik berlaku, itulah peluang bagi melihat keranda sang puteri kerajaan tenggelam dek sumpahan dulu kala. Menurut yang pernah menemuinya ia timbul hanya dipergigian air,saiz keranda sama sebagaimana yang ada sekarang kira-kira 3kaki lebar x 7 kaki panjang lebih kurang la. Ia berada disalah satu laut didalam tasik iaitu Laut Serodong, kemungkinan ianya berhampiran dengan kawasan istana chini. Didalam aktiviti yang lain sering dilihat para pencari emas "chini" berkunjung mencari dan memeriksa kawasan yang di jangka terdapatnya hasil bumi yang tenggelam disuatu zaman dulu .



Tanjung Jerangkin.


(11). Istana Emas - Istana Chini.


Istana Emas Chini.(Foto hiasan saja).

Oleh kerana kekayaan kerajaan Chini, istana Raja pun dibuat dari emas, dan ianya terletak dilaut Serodong (9). Dengan berabad lamanya tenggelam dan ditenggelamkan mungkinkah zaman teknologi canggih sekarang mampu mengesan istana emas ini. Bagaimanakah bentuk istana kerajaan purba ini ? Mungkin kilauan emas nya memancar menerangi Tasik Chini. Tak banyak maklumat tentang senibina istana berkenaan untuk kita kongsi bersama.


(12).Buaya.


Awal 50an dan 60an tasik ini memang banyak haiwan yang bernama buaya hidup didalamnya dan pada suatu ketika pemburu kulit buaya menerokai tasik untuk memupuskan kelibatnya dan ketika itu satu tasik berbau bangkai. Kelibat buaya ini adalah dipercayai menerima sumpahan juga dan ianya wujud dari rakyat kerajaan Chini yang tenggelam, semuanya menjadi buaya. "Buaya" yang sebenar hanya ada seekor sahaja didalam tasik dan tidak menjelma sebarangan serta tidak membahayakan dan saiznya cukup besar. Kedudukannya didalam tasik tak jauh dari istana emas yang tenggelam. Rasanya tempat berkenaan bot pun tak leh sampai kerana cetek dan berhutan tebal.

Pada peristiwa yang lain seorang pelancung dari Negara Belanda terlalu ingin melihat buaya berkenaan dan meminta Tok Hajjah Jenab(Nama panggilan di Tasik adalah Nenek Kebayan) untuk melihatnya, dengan tak semena-mena rupanya rumah rakit Tok Jenab yang mereka sedang naiki tu telah pun diatas belakang buaya berkenaan dan pelancung tersebut terus pensan. Cuba bayangkan besar manakah buaya tersebut ? cuba lihat foto Rumah Rakit Tok Jenab ini. Rumah rakit Tok Jenab ini berasaskan beberapa batang balak yang terapung dibawahnya, jadi mestilah sekurang-kurangnya empat atau lima batang balak serta dengan kepanjangan balak tidak kurang 20' setiap satu. Kalau lihat gambar ini saiz rumah memang besar siap dapur lagi, sedangkan keseluruhan rumah rakit hanya berada diatas belakang buaya tersebut. Berapakah besarnya saiz buaya ini ?


Rumah Rakit Tok Jenab.

(13).Buaya Putih.


Encik Rahim. - berdiri diatas Jeti bot.
Beliau pernah menjalani aktiviti lasak dan berkayak di kawasan tasik
serta berkhemah di Tanjung Jerangkin dan berhampiran resort.


Jeti Bot Tasik Chini.
(Jeti lama hanya dibuat dari kayu).

Ada yang mengatakan daerah ini terdapat buaya putih, mengikut pengalaman Tok dan Tokki yang diatas mereka tiada berjumpanya buaya berkenaan. Soalan buaya putih tu telah penulis ajukan pada 22 tahun dahulu kepada Tok Jenab atau nenek kebayan dan mereka berkata tak usah pelik lah dengan perkara itu ianya boleh menyerupai rupa bentuk yang mereka kehendaki. Cuma yang kita lihat rupa dan bentuk asalnya kejadian dia.

Demikianlah peri hal cerita Tasik Chini yang tersimpan lama oleh orang tertua dahulu dan kini blog SumpahanTok Kadok ingin berkongsi bersama cerita berkenaan dengan semua pelayar blog yang setia melayari salasilah dan cerita dahulu kala bagi dihidangkan pada generasi sekarang yang bergelar generasi "Y". Terpulanglah pada semua pembaca untuk menilai cerita Tasik Chini kerana ianya bukan cerita dari penulis tapi dari generasi terdahulu. Al-Fatihah kepada nama-nama yang telah tiada kerana menemui Ilahi, Allahyarhamah Tok Hajjah Jainab,Allahyarham Tokki Hj Mat, Allahyarham Tokki Sidek, Allahyarham Mat Seh dan beberapa orang lagi yang dah tak dapat diingat oleh penulis. Dari pengalaman mereka lah terhasilnya cerita lagenda ini.

10 ulasan:

Hidayat Master berkata...

Terima kasih atas cerita.
cerita macam ni susah nak dengar dah sekarang.

Sama ada fakta taua dongeng, anggap saja sebagai ilmu pengetahuan.

aisbatu berkata...

Begitulah tuan Hidayat,cerita yg saya tulis menyambungkan pengalaman orang-orang tua dahulu disamping pengalaman saya di Tasik Chini dan kawasan sekitarnya suatu ketika dahulu, untuk kita kongsi bersama.

amiroz berkata...

Assalam.. sekadar bertanya.. Adakah tokki mat dalam cerita ni adalah org yg sama yg dikenali 'pak mat jaga'di chini 2?

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam tuan,

"Tokki Mat" atau Tuan Haji Mat adalah seorang imam dan berkelulusan pengajian pondok di Kampong Sungai Duri dan pada zamannya sangat dihormati oleh penduduk kampong serta kampong-kampong sekitar Tasik Chini,mahu pun daerah Pekan.

episode666 berkata...

Assalammualaikum admin blog. Admin tak ade facebook ker. Jika ada sila lah add saya.
email fb saya badaiputih@gmail.com.

Saya dari generasi Y . Banyak ilmu dan cerita yg saya tidak tahu.. jika admin ada fb boleh lah add saya. Tq

aisbatu berkata...

Fb : Tok Kadok bin Kojek

e-mail : aisbatu2003@gmail.com

Kan kedua-duanya ada di muka depan blog.

Mohamadsabtu berkata...

Dulu masa kecil sy ada terbaca cerita tasik chini tp dah x ingat ceritanya. Klu x salah ingatan cerita bermula dgn ada pemuda yg faham bahasa binatang mdengar puteri akan di ketip lipan bara. Pemuda cuba menolong itu saja yg ingat tp akhirnya istana dan kwsan setempat di tenggelami air mjadi tasik. Ada sesiapa yg pernah mbacanya? Sy cuba mcari dlm google tp tiada kesamaan cerita. Klu ada boleh bkongsi dgn sy sb teringin mbacanya semula.

aisbatu berkata...

Tuan Mohamad Sabu, cerita Tasik Chini didalam blog ini adalah merujuk kepada beberapa generasi di sekeliling Kampung-Kampung disekitar Tasik. Mengenai cerita pemuda dan puteri ini adalah kali pertama saya dengar dan sepanjang saya duduk disana tak pernah pula generasi terdahulu menceritakan perkara berkenaan.

Mohamadsabtu berkata...

Tkasih tuan. Mbe apa yg sy baca bukan cerita sebenar sama juga ada cerita klasik tasik chini agaknya

Tanpa Nama berkata...

Tok jenab tu arwah moyang saye.. Saye generasi ke 3 dlm keluarga saye.. Puas mencari akhirnye jmpe hri ni.. Terimakasih.. Tahun 2024