Memaparkan catatan dengan label KADOK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KADOK. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mac 2012

SALASILAH KULOP JAAFAR.



Deno Haizal Mohamed Hassan - tiga dari kanan.




Salasilah Kulop Jaafar.

Dengan kerjasama tuan Deno Haizal Mohamed Hassan, tuan Shah Ahmad Mat Ni serta Puan Adizilawati Mat Ni, maka terpaparlah satu jurai dari keturunan yang tidak boleh menjamah ikan tapah atau lebih dikenali keturunan Tok Kadok "Sumpahan Tok Kadok". Dari jurai ini mereka mendiami dikawasan Telok bakong Tengah, yang mana sebahagiannya didiami juga oleh keturunan dari jurai Ngah Pidup dan Uda Ganjor. Penulis blog tidak dapat menyambung susunan dari atas Kulop Jaafar kerana kekurangan info yang tepat dan diharap pihak-pihak yang terlibat dapat membantu untuk mengemaskini kedudukan salasilah yang terpapar.

Bagi ronut Toreh, ia berkahwin dengan orang Layang-Layang Kanan dan bekeluarga serta menetap disana. Mungkin puak warisnya dapat memberi sedikit berita serta menerangkan senarai jurai berkenaan untuk kita berkongsi bersama, maklum la masing-masing membina keluarga dan penempatan sendiri. Hubungan keluarga tidak patut kita lupakan apa tah lagi kampung Layang-layang Kanan tidak jauh dari Telok Bakong. Sebenarnya keluarga ini (Kulop Jaafar) berjiran dengan datuk penulis disebelah ibu, malah sering berurusan sebagai puak waris, cuma peraturnya penulis tak dapat hubungkan kerana dalam salasilah tidak tertulis dengan jelas.



En.Shah Ahmad Mat Ni - Kanan sekali.



Kanan - Puan Adizilawati Mat Ni.



Mat Ni dan Isteri- Puan Sabariah.



En.Hassan -di Bahagian belakang no.2 dari kanan.



En.Mat Ni dan Puan Azizah.



Berdiri dibelakang - Puan Halimah dan Puan Aminah (Baki)
Depan - yang duduk Yop Papo, Doli dan Laili serta Che Nah.
Foto perkahwinan En Hassan & Maimunah
.



Rumah yang dibelakang sekali rumah Mat Ni,
 tengah En.Hassan dan depan rumah Puan Halimah.



Encik Hassan kanan sekali dan Mat Pisang (Mat Ariffin) serta 
Kentoi kiri sekali  berdiri seta ramai lagi warga Telok Bakong.

Selasa, 5 Julai 2011

SALASILAH IMAM JAESAH 1.


KELAB MELAYU PULAU TIGA.

Foto Rumah Kelab Melayu Pulau Tiga diambil sekitar tahun 1920an dan kini rumah kelab ini telah dijadikan sebahagian Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga.Foto ini adalah sumbangan dari Kolonel Mohammed Zaini bin Hj Hashim anak jati Kampong Toh Paduka Raja, Pulau Tiga. Rasanya pihak Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga memerlukan gambar kenangan ini silalah ambil gambar berkenaan untuk kita kongsi bersama bahan bersejarah ini.




SALASILAH IMAM JAESAH.


Inilah salasilah utama yang penulis telah bentangkan sebagai asas rujukan dari 3 anak imam Jaesah cuma dari keturunan Tok Enjah dan isterinya Andak Mundam yang dilarang memakan ikan Tapah atau Pantang larang Ikan Tapah iaitu keturunan dari Tok Kadok telah selesai dibentangkan dan dipaparkan oleh penulis. Sebanyak 11 salasilah Andak Mundam telah dipaparkan diblog ini dan saya akan bentangkan pula dua lagi keturunan Imam Jaesah ini dengan jurai dan runutnya sehingga selesai untuk tuan-tuan menyemak dan meneliti saudara mara keturunan sendiri dan menyambung rangkaian-rangkaian keturunan masing-masing. Jika terdapat perbezaan nama dan kedudukan (rangking) silalah kemukakan kepada penulis blog.

Ahad, 3 Julai 2011

SALASILAH ANJANG BER.





CUCU CICIT TOK ANJANG BER.




SALASILAH TOK ANJANG BER.




SALASILAH PANDAK YAKIN.




CHE'EI (CUCU KULOP MIN) & 
ISTERI (CUCU TIMIN)



Persandingan ini adalah ditahun 1986.



Che'ei bergambar bersama anak saudaranya.

Che'ei adalah anak ketiga dari pasangan Encik Mohamad Norashid ( Bujal ) dan Puan Rawiyah, Mohamad Norashid lebih dikenali di Lambor Kanan (kampong Parit Ayo ) sebagai Bujal. Parit Air ini berada disempadan antara Kampong Lambor Kanan dan Kampong Telok Sareh. Keluarga ini dulu adalah perniaga yang berjaya di kawasan Lambor, encik Mohamad merupakan keluarga yang pertama berhijrah dari Lambor ke Kampong Medan/Kampong Dato'Harun Kuala Lumpur dan berniaga disana.

SALASILAH TOK KADOK (ANDAK MUNDAM 11)


Catatan disalasilah menunjukan kedudukan keturunan jurai ini adalah di Kampong Toh Paduka Raja, bagi yang mengetahui dan berkaitan dengan jurai/keluarga tersebut silalah kita bersoreh untuk mengetahui kedudukan dan sambungan jurai-jurai salasilah Andak Mundam 11 ini dengan lebih lanjut.Sila rujuk dengan carta salasilah berkenaan yang saya paparkan dibawah.




Salasilah Andak Mundam 11.

Khamis, 9 Jun 2011

PERISTIWA BAH BESOR DI TAHUN 1967.


JAMBATAN BOTA. 



Keadaan Jambatan selepas Banjir 1967.

Jambatan ini terputus kerana tolakan air banjir yang kuat serta dilanggar oleh kayu-kayu balak yang hanyut dari hulu sungai. Dalam suasana bah ini terdapat juga beberapa buah rumah dihanyutkan air, di daerah Telok Bakong Hilir di kawasan rumah Encik Mat Din, Encik Mat Said, Encik Lop dan Encik Mat Ganti mereka terpaksa berjaga malam bila musim bah ini kerana arus sungai perak akan menolak hanyutan sampah sarap yang merupakan kayu balak yg besar di kawasan rumah mereka kerana kedudukan Telok serta arus sungai yang akan menuju ke Kampong Salak. Jika tidak berjaga-jaga ada kemungkinan kayu-kayu balak berkenaan akan melanggar rumah-rumah dikawasan ini.




Heli (cakcibo) yang dipandu oleh mat saleh dari Australia mengangkut bekalan makanan iaitu beras dan ikan berkurong (sardin le tu) untuk di hantar kepusat-pusat penempatan bantuan banjir. Di Telok Bakong heli ini cuba turun di sekolah kebangsan tepi tebing berhampiran Masjid, malangnya kipas heli ini dah terkena pucuk nyior dan hampir berpusing. Jadi heli ni tak jadi turun dan hanya melontarkan semua bekalan dari atas heli sahaja. Waktu itu penulis blog masih  kecil lagi tapi dah ingat dah heli ini, ramainya warga Telok Bakong berebut-rebut mengambil ikan sardin serta beras. Seluroh daerah Parit memang ini lah heli yang digunakan untuk menghantar bekalan dan mana-mana petugas yang mengenali puak waris dapat lah menumpang naik heli ini untuk sama-sama menghantar bekalan di daerah atau point yang ditetapkan.


Pekan Parit juga bah waktu itu (1967).



Pekan Parit Disember 1967.



Pasar Pekan Parit.



Semua jalan utama ditenggelami air 
dan ketika ini kenalah pakai sampan.



Macam pesta juga bila keadaan mula banjir ni.



Waktu ini cuma lori je yang boleh meranduk air bah.

Musim banjir ni, banyak la pokok pisang kena tebang untuk buat rakit. Paling mudah untuk buat rakit adalah dari batang pisang awak kerana batang pisang awak tidak mudah tenggelam serta terapung di air banjir tapi kalau sudah tiga empat hari tenggelam juga.

Foto-foto adalah sumbangan dari Encik Zainuddin bin Ahmad anak kepada Puan Bariah bt Ngan Man bin Uda Malak bin Alang Sumat bin Busu Mamat. Beliau juga merupakan anak saudara Kulop Ayo (Kulop Mat Amin) di sebelah bapanya.


Puan Bariah bt Ngah Man - 
(emak kepada Encik Zainuddin) 



Encik Zainuddin bersama keluarganya.




Masa remajanya bersama Hj Dzul.


Ribuan terima kasih kepada Encik Zainuddin bin Ahmad kerana menyumbangkan gambar-gambar lama beliau kepada blog "Sumpahan Tok Kadok" dalam tajuk bah  besor Tahun 1967.

Rabu, 8 Jun 2011

KAPAL RITA.



KAPAL RITA.

Kapal Rita adalah kapal rondaan dari Jabatan laut Telok Intan yang meronda sungai Perak disuatu ketika dahulu di sekitar zaman 30an dan 50an. Kelihatan juga pondok atau dangau di beting pasir diantara  Kampong Paloh Pachat (pulau tiga kiri) dan Kampong Toh Paduka Raja (Pulau Tiga Kanan).Pemandangan ini dari tebing sungai Kampong Toh Paduka Raja (Kg Tok Peduka Raja - nama sebenar) menghala ke Pulau Tiga Kiri. Kapal Rita bukanlah kapal penambang dan generasi sekarang tidak mengetahui pun pernah wujud kapal rondaan yang bernama Rita.



KAMPONG TOH PADUKA RAJA.

Sebagaimana entry Kapal Penambang yang penulis paparkan sebelum ini kapal Rita juga suatu nostalgia yang tersimpan rahsianya diminda ingatan orang yang terdahulu dan tak pernah terfikir kita bahawa kapal yang cantik belayar disekitar kampong sungai kita dapat ditatap dengan foto yang jelas. Sekali lagi ribuan terima kasih kepada Kolonel (B) Mohamed Zaini b. Haji Hashim sebagai penyumbang foto berkenaan. Kapal Rita ini berlabuh dibeting pasir  antara Kampong Paloh Pachat dan Tok Peduka Raja pada tahun 1940 iaitu tak jauh dari rumah Kolonel waktu itu ditepi tebing sungai Perak.

MENUNAIKAN FARDU HAJI SUATU KETIKA DAHULU MELALUI KAPAL LAUT..


FOTO DIAMBIL SEKITAR 1930AN.

Penduduk sekitar Lambor dan Pulau Tiga atau pun di Malaya waktu dahulu untuk pergi menunaikan fardu haji ke Mekah adalah dengan menggunakan kapal laut malalui Pelabuhan Klang atau Pulau Pinang.Kelihatan warga Pulau Tiga bergambar dengan keluarganya untuk pergi menunaikan haji ke Mekah. Tempoh masa menunaikan haji waktu ini adalah 6 bulan.



Saudara mara berarak dari jalan kampong 
ke jeti di tepi tebing sungai Perak di Kg Pulau Tiga.



 Beginilah jeti bot/sampan/perahu di setiap tebing di sungai Perak.



Riuh rendah ahli keluarga dan sahabat handai 
menghantar hingga ke jeti tebing sungai.



Pemandangan dari bot penambang ke tebing sungai.

Ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada penyumbang semua gambar-gambar yang di paparkan dari sumbangan Kolenal (B) Mohamed Zaini b. Haji Hashim yang berasal dari kampong Toh Paduka Raja (Kampong Tok Peduka Raja ) atau nama lamanya Kampong Melayu Pulau Tiga, Perak. Foto-foto nostalgia ini amat beharga yang tak mungkin dapat kita sama-sama menatapnya jika tiada penyumbang dari Kolenal (B) Mohamed Zaini b. Haji Hashim.

Rabu, 1 Jun 2011

SALASILAH KULOP LIAS.





SUNGAI PERAK .





SALASILAH KULOP LIAS



Encik Ahmad dan ahli keluarganya.



Encik Ahmad dan Puan Habibi (isteri)



Encik Abdul Razak(anak encik Ahmad) & 
Zankartini bersama keluarganya.



Encik Ahmad serta keluarganya.



Puan Temah.dan arwah suaminya Alang Pilih.



Puan Zaitun & Encik Musa Zalamuddin dan Keluarganya.




Puan Zaitun dan anak-anaknya.



Encik Mansurani Kulop Ismail - Dua dari kiri bahagian belakang.

1.Kulop Ismail (Kulop Kensoi - nama timangan di Telok Bakong) ketika hayatnya duduk di belakang pekan Telok bakong dan kemudian  menetap di rumah bapa mertuanya iaitu Tuan Din - Guru Al-Quran.

2.Encik Ahmad seorang bekas Tentera dan menetap di Kampong Selamat Sungai Besi Kuala Lumpur dan kampong lahir beliau adalah di Kampong Tanjung.

3.Puan Temah di Kampong Kota, Batu 16 Lambor Kanan.



SALASILAH TOK KADOK (ANDAK MUNDAM 10)



(GAMBAR HIASAN) -
PEMANDANGAN MENGHILIR SG PERAK - KG GAJAH..





SALASILAH ANDAK MUNDAM 10.
(up-date 12/6/2011.)
Anak Rashidah (Ramli) berkahwin dengan anak Halil (Zaleha).


Dalam memaparkan salasilah ini, hanya catatan Ahmad Marbawi dan Halil Ibrahim sahaja tertulis berada di Kuala Lumpur. Tidak terdapatnya secara detail salasilah Syeikh Hussin Yamani secara lengkap. Jika sesiapa dari anda semua yang mempunyai susur galur keturunan Syeikh Hussin Yamani silalah e-mail kepada saya. Ada diantara keturunan ini telah menghubungi saya untuk mengetahui salasilah tersebut dengan detail.



Kelihatan Allahyarham Ahmad Marbawi bersama Tun Mahathir.

Satu ketika dahulu semasa beberapa majlis diadakan dirumah Kiai Arshad di Selayang sering kelihatan Ahmad Marbawi di rumah Pak Kiai Arshad serta penulis juga pernah mendengar cerita-cerita yang diterangkan olehnya mengenai susur galur keturunannya. Sayang sekali penulis waktu itu kurang berminat untuk mencatit sebarang catitan mengenainya.