FOTO DIAMBIL SEKITAR 1930AN.
Penduduk sekitar Lambor dan Pulau Tiga atau pun di Malaya waktu dahulu untuk pergi menunaikan fardu haji ke Mekah adalah dengan menggunakan kapal laut malalui Pelabuhan Klang atau Pulau Pinang.Kelihatan warga Pulau Tiga bergambar dengan keluarganya untuk pergi menunaikan haji ke Mekah. Tempoh masa menunaikan haji waktu ini adalah 6 bulan.
Saudara mara berarak dari jalan kampong
ke jeti di tepi tebing sungai Perak di Kg Pulau Tiga.
Beginilah jeti bot/sampan/perahu di setiap tebing di sungai Perak.
Riuh rendah ahli keluarga dan sahabat handai
menghantar hingga ke jeti tebing sungai.
Pemandangan dari bot penambang ke tebing sungai.
Ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada penyumbang semua gambar-gambar yang di paparkan dari sumbangan Kolenal (B) Mohamed Zaini b. Haji Hashim yang berasal dari kampong Toh Paduka Raja (Kampong Tok Peduka Raja ) atau nama lamanya Kampong Melayu Pulau Tiga, Perak. Foto-foto nostalgia ini amat beharga yang tak mungkin dapat kita sama-sama menatapnya jika tiada penyumbang dari Kolenal (B) Mohamed Zaini b. Haji Hashim.
9 ulasan:
tuan,
teman ghrase mcm kenai je pak aji yg dukong budak tu...
Rasenya Tuan Haji tu orang yg terkenal di Kg Tok Paduka Raja Pulau Tiga,jadi generasi lama memang kenai le.....
tuan,
sebenonye aji tu apak teman (Hj Shaari Pulau Tiga) anak kpd Hashim + Jah
Alhamdulillah tuan, foto Tuan Haji Shaari pergi haji pada ketika itu memang suatu suasana yg jauh berbeza pada zaman kita ini dan amatlah bertuah suasana ketika itu dapat dirakam oleh yg empunya gambar. Terima kasih kerana memberi tahu nama Tn Hj Shaari di foto tersebut....Al-Fatihah buat Tn Hj Shaari....
Amin....
t/kasih banyak2 tuan kerana memberi maklumat yg amat berguna utk generasi skrg & akan dtg...
selama ni teman cuma tahu salasilah teman setakat tok / opah aje...
kalau x salah teman kat sebelahnye (cermin mata gelap) tu Penghulu Mat Noor...
Mungkin betul nama yg tuan nyatakan tu, saya tiada data senarai nama-nama didlm foto berkenaan.
tuan, izinkan teman utk mengambil serba sedikit suso galo keluarga teman & gambo2 yg berkaitan dari blog tuan ini... utk simpanan & kenangan anak cucu cicit teman...
Silakan tuan, tiada halangan dari teman.....
terima kasih bebanyak tuan, teman doakan semoga usaha tuan ini di berkati...
Catat Ulasan