Rabu, 8 Jun 2011

KAPAL RITA.



KAPAL RITA.

Kapal Rita adalah kapal rondaan dari Jabatan laut Telok Intan yang meronda sungai Perak disuatu ketika dahulu di sekitar zaman 30an dan 50an. Kelihatan juga pondok atau dangau di beting pasir diantara  Kampong Paloh Pachat (pulau tiga kiri) dan Kampong Toh Paduka Raja (Pulau Tiga Kanan).Pemandangan ini dari tebing sungai Kampong Toh Paduka Raja (Kg Tok Peduka Raja - nama sebenar) menghala ke Pulau Tiga Kiri. Kapal Rita bukanlah kapal penambang dan generasi sekarang tidak mengetahui pun pernah wujud kapal rondaan yang bernama Rita.



KAMPONG TOH PADUKA RAJA.

Sebagaimana entry Kapal Penambang yang penulis paparkan sebelum ini kapal Rita juga suatu nostalgia yang tersimpan rahsianya diminda ingatan orang yang terdahulu dan tak pernah terfikir kita bahawa kapal yang cantik belayar disekitar kampong sungai kita dapat ditatap dengan foto yang jelas. Sekali lagi ribuan terima kasih kepada Kolonel (B) Mohamed Zaini b. Haji Hashim sebagai penyumbang foto berkenaan. Kapal Rita ini berlabuh dibeting pasir  antara Kampong Paloh Pachat dan Tok Peduka Raja pada tahun 1940 iaitu tak jauh dari rumah Kolonel waktu itu ditepi tebing sungai Perak.

Tiada ulasan: