Selasa, 20 Mac 2012

SALASILAH KULOP JAAFAR.



Deno Haizal Mohamed Hassan - tiga dari kanan.




Salasilah Kulop Jaafar.

Dengan kerjasama tuan Deno Haizal Mohamed Hassan, tuan Shah Ahmad Mat Ni serta Puan Adizilawati Mat Ni, maka terpaparlah satu jurai dari keturunan yang tidak boleh menjamah ikan tapah atau lebih dikenali keturunan Tok Kadok "Sumpahan Tok Kadok". Dari jurai ini mereka mendiami dikawasan Telok bakong Tengah, yang mana sebahagiannya didiami juga oleh keturunan dari jurai Ngah Pidup dan Uda Ganjor. Penulis blog tidak dapat menyambung susunan dari atas Kulop Jaafar kerana kekurangan info yang tepat dan diharap pihak-pihak yang terlibat dapat membantu untuk mengemaskini kedudukan salasilah yang terpapar.

Bagi ronut Toreh, ia berkahwin dengan orang Layang-Layang Kanan dan bekeluarga serta menetap disana. Mungkin puak warisnya dapat memberi sedikit berita serta menerangkan senarai jurai berkenaan untuk kita berkongsi bersama, maklum la masing-masing membina keluarga dan penempatan sendiri. Hubungan keluarga tidak patut kita lupakan apa tah lagi kampung Layang-layang Kanan tidak jauh dari Telok Bakong. Sebenarnya keluarga ini (Kulop Jaafar) berjiran dengan datuk penulis disebelah ibu, malah sering berurusan sebagai puak waris, cuma peraturnya penulis tak dapat hubungkan kerana dalam salasilah tidak tertulis dengan jelas.



En.Shah Ahmad Mat Ni - Kanan sekali.



Kanan - Puan Adizilawati Mat Ni.



Mat Ni dan Isteri- Puan Sabariah.



En.Hassan -di Bahagian belakang no.2 dari kanan.



En.Mat Ni dan Puan Azizah.



Berdiri dibelakang - Puan Halimah dan Puan Aminah (Baki)
Depan - yang duduk Yop Papo, Doli dan Laili serta Che Nah.
Foto perkahwinan En Hassan & Maimunah
.



Rumah yang dibelakang sekali rumah Mat Ni,
 tengah En.Hassan dan depan rumah Puan Halimah.



Encik Hassan kanan sekali dan Mat Pisang (Mat Ariffin) serta 
Kentoi kiri sekali  berdiri seta ramai lagi warga Telok Bakong.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalam tn punya blog, nk bertanya sikit, adakah en mat ni yang berkahwin dengan pn azizah tu berasal dari kg telok sareh ulu, depan jps tu.saya anak dari hj ahmad zambri bin hussein(yang dibunoh komunis di lambor kiri) bin itam mat lodin

Amri Mat Saaid berkata...

sedare kite le ni yek..deno tu pangkat anak sedare le

Amri Mat Saaid berkata...

yeop majelis ni yeop majelis mane bukan yg dilambo tu yek

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

En.Mat Ni berasal dari T.Bakong dan samaada kaitan dengan tempat yg tuan tanya saya tak pasti kena rujuk kepada adik beliau En.Hassan. Kesah komunis di Lambor Kiri tu memang teman ingat cerita tu melalui bapa saya dulu. Mungkin para waris yg terbaca catatan diblog ini boleh tolong menjawap persoalan yg sedare kita tanya ini.

Untuk tuan Amri...Yeop Majlis Telok bakong bukan yg di Lambor, memang betui le tu Deno tu pangkat anak sedare kite.

Deno berkata...

sedare le kite wehhhh rope nyeee... yea we hhehehe

Tanpa Nama berkata...

assalam tumpang lalu di platfom blog ini, saya nak mengesahkan sebab baru berhubung beberapa minit ini dengan adik bongsu Makcik ini Azizah ni binti Syahrom atau Yob Tak dan rumah keluarga azizah ni betul2 betentang dengn JPS telok sareh,adik nya bernama (esya api di telok sareh) mungkin 2 orang anak2 nya tak terbaca blog ini, takper dah selesai.Doly take note pls...

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Alhamdulillah, tuan telah menjumpai kaitan dengan salasilah ini dan saya akan betulkan bintinya. Jika saya balik akan saya ambil foto rumah berkenaan untuk dipaparkan diblog ini. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih banyak2 tuan punya blog ini kerana mengizinkan komen saya dipaparkan, sesungguhnya alam cyber ini memang tanpa sempadan terserah pada individu utk menggunakannya, kali terakhir saya jumpa makcik ini kalo tak silap tahun 1976/77 semasa mjlis perkahwinan adik beliau di telok sareh.assalam.

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Komen tuan-tuan adalah dialu-alukan kerana orang Telok Sareh pun bersangkutan belaka...kalau bersoreh kene mengene puak waris....terima kasih.