Rabu, 7 Mac 2012

KEMUDAHAN JALAN RAYA ZAMAN 60AN DAN KINI.


Jalan raya dizaman 60an dari Parit hingga Kampong Gajah.
Foto - Sumbangan Kolonel Mohd Zaini.

Mengikut maklumat dan cerita dari orang lama di Telok Bakong, jalan raya mula dibina selepas merdeka dan pembinaan mula sampai di Kampong Telok Bakong kira-kira pada awal tahun 1960an bersama bekalan air dan letrik (KED- Kinta Eletrik Distribution. Sebelum ini jalan hanya menggunakan jalan tanah yang melalui celah-celah kebun getah, pokok durian dan dusun buah-buahan. Pembinaan jalan waktu itu menggunakan batu-batu besar sebagai tapak asas jalan, keluasan jalan pun kecil iaitu kira-kira 12kaki sahaja. Cuba tuan-tuan lihat pak cik yang menunggang basikal diatas dan kereta disebelahnya, jika kereta dua hala itu berselisih terpaksalah orang yang berbasikal mengenepi, tapi dizaman ini orang yang mengayuh basikal tak akan ketepi kerana budaya jalan raya waktu itu memang begitu. Mungkin kejutan budaya jalan raya bertar. Jika disapa pun "ketepilah sikit !!!" maka kita tidak akan dilayan dan yang berbasikal pun tidak ketepi, kerana ia memang melalui jalan dan lorong beliau semasa mengayuh basikal dijalan raya itu. Bagi yang ada pengalaman tentang suasana ini akan senyum lebar dengan gelagat demikian, penulis juga punyai pengalaman tersebut.




Landrover ini diguna sebagai teksi dari Lambor, 
Telok bakong ke Pekan Parit semasa jalan tanah.

Pada mulanya hanya sebuah Landrover digunakan sebagai kenderaan membawa penumpang ke parit dan balik ke Telok Bakong. Ianya dipandu oleh Encik Embi Uda Sirun dan tak lama kemudian sebuah lagi yang di punyai oleh seorang penduduk kampong juga (namanya tidak ada maklumat).



Allahyarham Embi Uda Sirun.



Foto hiasan - Jalan Tanah.


Pembinaan jalan raya berkenaan, kebanyakannya melalui ladang getah,dusun durian dan buah-buahan serta banyaklah pokok-pokok tersebut ditebang untuk membina jalanraya. Bayangkan dusun-dusun durian disepanjang jalan yang terlibat, namun kerana mahukan pembangunan di laksanakan orang-orang kampung mengizinkanya.

Kini lihatlah keadaan jalan raya yang amat selesa dan luas.



Jalan raya - Bendang Batu 16/ Kampong Paloh.



Jalan raya - di Kampong Lambor Kanan.



Dari Bt 16 menghala ke Bota Kanan.



Jalan menghala Padang Changkat/Bota Kanan ke Telok Bakong.



Jalan dari Bota Kiri- Lambor Kiri ke Ulu Dedap/Pasir Salak.


Bukan sahaja jalanraya sudah lebar dan luas serta cantik, jalan dan lorong-lorong masuk ke kampong dan ladang juga telah bertar, begitu selesa dan mudah membawa hasil-hasil ladang untuk dipasarkan. Masa zaman penulis dulu terpaksa melalui jalan tanah merah menuju kekebun getah. Zaman kini senang dan mudah serta pantas, peringkat kami yang merantau ni pun akan pantas lah juga menjadi tua.

Tiada ulasan: