Isnin, 2 April 2012

SEJARAH PONDOK AGAMA DI TELOK BAKONG.


Sekolah Pondok dan Madrasah Nur Ambia
Kampong Telok Bakong Hilir.



Kawasan makam Pahlawan Aceh Kg Paloh/Telok Bakong.


سجاره ڤوندوق اڬام دتلوق باكوڠ

Terdapat 3 surau dan sebuah Masjid di Telok Bakong, Surau Telok Bakong Hulu, Surau Padang Marhom (Al-Makbullah), Madrasah Nur Ambia Telok Bakong Hilir serta Masjid Al-Syukuriah. Ada sebuah lagi Surau yang telah dirobohkan iaitu Surau Tuan Din (Guru Quran) di Telok Bakong Tengah, ianya terlalu hampir dengan Masjid iaitu kira-kira 200meter sahaja ,serta bersebelahan dengan kedai runcit “Che Teik”. Jika kebaruh dari arah kedai runcit ini iaitu menuju ke hulu sedikit ditepi tebing sungai Air Mati didaerah ini kita akan menemui makam pembesar Aceh dan isterinya (Tok Kelempayan ).

Ketika Masjid Telok Bakong dibuat dari kayu dan nak digantikan dengan benaan batu (sekarang) suatu bantahan dari penduduk serta guru-guru agama telah dijalankan bagi membantah perobohan masjid berkenaan walau pun ianya dijanjikan dengan benaan yang baru. Atas campur tangan pihak berwajib, maka masjid yang ada sekarang telah dibina dan disiapkan sepertimana ada sekarang. Guru-guru agama ramai memberi kuliah dimasjid ini dan aktiviti mengimarahkan masjid berjalan dengan begitu baik. Adakah tapak masjid ini pernah wujud sekolah pondok ? jika menemu bual orang-orang terdahulu yang ketika itu masih kecil dan sekarang telah berusia mencecah 60 ke 70 tahun, mereka menceritakan tiadanya sekolah pondok ditapak masjid ini sewaktu masjid ini dibinaan kayu dahulu. Sebuah surau lama iaitu yang diusahakan oleh Tuan Haji Zamzuri iaitu ketika ianya ditapak lama ( Madrasah Nur Ambia), merupakan sekolah pondok, maka benarlah wujudnya sekolah pondok di Telok Bakong. Jarak pemakaman Pahlawan Aceh ini dengan Madrasah Nur Ambia adalah kira-kira 750 meter saja dan kedudukan Madrasah ini juga hampir benar dengan Sungai Perak.

Kemungkinan wujudnya sekolah pondok berkenaan adalah warisan dari kedatangan pemerintahan Aceh Darulsalam sepertimana peninggalan makam-makam pemerintahannya yang ada di Telok Bakong Tengah dan Hilir. Ada kemungkinan juga wujud tapak sekolah pondok yang lain didaerah ini kerana penyelidikan yang berterusan masih dilakukan oleh penulis.

Catatan di mukasurat 37.


Tulisan atau catatan diatas dipetik dari muka surat 37 dan 38 buku yang ditulis oleh Dr. Abdul Rahman Hj Abdullah sebagaimana dibawah.


Buku Pemikiran Islam di Malaysia
Sejarah dan Aliran. 
Tulisan Dr. Abdul Rahman Hj Abdullah.



Kitab Lama yang diambil oleh N.A.Halim pada orang Kg Paloh/Telok Bakong semasa penyelidikan dan kajian di makam Pahlawan Aceh. Buku atau kitab ini adalah setebal 59 muka surat.


Muka surat kitab yang kedua.



Gambar hiasan sebahagian pelajar tahfiz - 
Institut Maahad Tahfiz Al-Azim (IMTAZ) Bandar Country Rawang.



Masjid Al-Syukuriah Telok Bakong.



Foto hiasan -Kuliah Muslimat di Masjid Telok Bakong.



Madrasah Al-Makbullah Padang Marhum, Telok Bakong.




Madrasah Telok Bakong Hulu.

Kesinambungan kewujudan sekolah pondok di Telok Bakong patut di sambung kembali oleh generasi sekarang supaya generasi baru terdidik dan seterusnya melahirkan cerdik pandai didalam bidang agama terus wujud di Kampong Telok Bakong.



Tuan Amri bin Mat Saaid.

Terima kasih kepada penyumbang artikal dan penyelidik kewujudannya Sejarah Pondok Agama Di Telok Bakong iaitu Tuan Amri Mat Saaid, dan beliau juga adalah salah seorang berpendidikan dari Sekolah Pondok 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam tuan,
bagaimana hendak mendapat salinan kitab pohon bersuci seperti yang tertera di atas?

Boleh emel kepada saya, ikantongkol09@gmail.com atau hubungi saya 016-3218202

aisbatu berkata...

Wa'alaikumusalam,

Insyaallah, nanti teman e-mailkan kepada tuan.