Selasa, 10 April 2012

BLOG AL-LAMBORRI.


Sekolah Lama Lambor Kiri.

(Dalam Kenangan).

السلام عليكم ورحمةله هيوبركاته                                

Sesungguhnya catatan serta pengalaman generasi yang terdahulu patut kita amati dan sanjungi dimana susah senang  dalam mengharungi perjuangan dalam kehidupan mereka dimasa dulu, kini dipaparkan melalui tulisan yang ditinggalkan oleh warisnya bagi kita kongsi bersama pengalaman ini. Tak jauh beza suasana sekolah di Lambor Kiri dan Kanan waktu itu, malah pelajar-pelajarnya dari keturunan yang sama iaitu Maharaja Lambor dan Tok Kadok. Penulis ingin paparkan sedikit catatan diblog Al-Lamborri ini untuk tuan-tuan amati serta layari bagi meneliti catatan yang ditulis oleh generasi yang terdahulu.

MURID-MURID SEKOLAH MELAYU LAMBOR KIRI YANG AWAL LULUS DARJAH LIMA: Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak.







MURID-MURID SEKOLAH MELAYU LAMBOR KIRI

YANG AWAL LULUS DARJAH LIMA


Sebagaimana yang telah disebutkan saya dan tiga orang murid yang lain ialah murid-murid yang pertama sekali lulus di dalam darjah lima daripada Sekolah Melayu Lambor Kiri di tahun yang awal peperiksaan itu diadakan.  Kami yang berempat itu ialah:-

1.      Ngah Mohd Talib bin Kulop Karap
2.      Alang Mat Jali bin Kulop Deris
3.      Itam Kanda (Itam Abdul Ghani) bin Kulop Ali
4.      Mohd Yaakob Ngah Abas

Dalam tahun 1910, mereka yang ketiga telah dapat pekerjaan kerajaan belaka, iaitu:-

1.      Ngah Mohd Talib bin Kulop Karap
Sebagai Kastam O.D.A.
2.      Alang Mat Jali bin Kulop Deris
Sebagai Guru Penolong
3.      Itam Abdul Ghani bin Kulop Ali
Sebagai Guru Penolong

Tetapi Alang Mat Jali bin Kulop Deris, abang saudara saya itu tidak lama ia dalam jawatan kerana ia ditukarkan ke tempat lain.  Pada masa itu gaji guru penolong amat rendah.Sebaliknya, harga getah perca beratus ringgit sepikul lalu ia meletakkan jawatan.

Oleh itu tinggallah saya seorang diri menganggur.  Bagaimanapun, saya bagi kali yang ketiga telah sekali lagi masuk di dalam peperiksaan darjah lima di hujung tahun itu (1910) dan dengan senang telah sekali lagi lulus di dalam darjah itu serta mendapat sijil.




bersambung


Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA







Allahyarham Tn Hj Mohd Yaakob bin Hj Abas Al-Lamborri.



Tuan-puan boleh terus mengikuti catatan seturusnya dengan melayari   laman blog http://allamborri.blogspot.com


Terima kasih kepada penyumbang foto, 
Muka Buku Anak Perak dan Alumni SK Lambor Kiri.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum wbt, foto teratas itu diambil sekitar tahun 1963 (darjah nya kurang pasti).Masa itu saya darjah 3. Cik gu nya Pn Habibah, En Kamaruddin, Th Hj Mohd Lazim, En Ma'un, En Megat, En Ahmad dan Cik Hasimah.Sekian.Ws.

aisbatu berkata...

Waalaikumussalam,

Mengimbau kembali suasana sekolah masa itu adalah kenangan yg tak mungkin dilupakan oleh pelajar disekolah Lambor Kiri ini.Terutama sesiapa yg kelihatan difoto berkenaan,syabas kepada tuan yg masih mengingati peristiwa ini.