Khamis, 10 Mei 2012

SALASILAH PANDAK SALI (ALANG NAWI).



Keluarga Encik Embi bin Alang Nawi dan anak-anak saudaranya.



Salasilah Pandak Sali (Alang Nawi).

Dari kerjasama encik Mohamad Abdullah bin Ngah Ahmad, encik Suhaimi Embi serta Norafzani Embi maka terpaparlah satu lagi ronut dan jurai keturunan Tok Kadok. Dipercayai Pandak Sali adalah adik beradik Busu Mamat iaitu bapa kepada Alang Sumat dan Pandak Demat. Busu Mamat mempunyai 6 adik beradik dan didalam salasilah tidak terdapatnya senarai keenam-enam adik beradik tersebut, cuma dari jurai   pemegang kancing emas tapah iaitu Busu mamat sahaja yang penulis tahu. Salasilah Pandak sali ini juga sebahagian sahaja yang dapat ditulis kerana memerlukan kerjasama semua keturunannya bagi mengetahui nama-nama tersebut untuk dipaparkan. Buat masa ini hanya yang tertera sahaja yang dapat penulis paparkan untuk kita sama-sama mengenali keturunan ini. Adik beradik Alang Nawi, salah seorangnya dibelakang pekan Telok Bakong (perempuan) dan seorang lagi Tukang Basikal. Nama-nama penuh antara adik beradiknya mungkin saya perolehi sedikit masa lagi.

Seperti biasa jika terdapatnya maklumat dari para waris semua, silalah berhubung dengan penulis blog untuk mengemaskini semua data-data salasilah Pandak Sali. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama yang turut menyumbang foto iaitu Telok Bakong on line (TBO), encik Suhaimi dan Norafzani.




Salasilah Uda Mali.

Bagi Cik Norafzani dan encik Suhaimi, salasilah Uda Mali ini adalah keturunan dari sebelah Puan Bibi iaitu dari jurai Anjang Sapi. Jurai ini juga tak dapat saya penuhkan kerana tidak mempunyai data yang lengkap. Jika tuan berdua boleh memberi info maka jurai ini mungkin dapat disiapkan dengan lebih lengkap.



Belakang - Tiga dari kiri Cikgu Sopi (1)
dan duduk tiga dari kanan Puan Fauziah (2).



Encik Embi dan Puan Bibi,serta adik puan Bibi dan Norafzani.



Encik Embi dan isteri (Pn.Bibi).



Encik Mohamad Abdullah dan Isteri- Zaleha @ Norizan



Encik Suhaimi Embi.


Kelihatan encik Mohamad Abdullah bersama keturunan dari Alang Sumat dan Kulop Bahaja dimajlis perkahwinan keturunan ini di Temerloh Pahang.

5 ulasan:

Amri Mat Saaid berkata...

salam

ate ngape x dimasukkan pak cik maai (Ismail bin anjang Sapi) dalam jalur keturunan anjang sapi

aisbatu berkata...

Waalaikummussalam,

Amri, bukan tak nak masukkan Pak Cik Ismail tapi berapa orang adik beradiknye teman tak dapat senaraikan. Nanti bila teman dapat akan up-date salasilah ini. Terima kasih.

shaudin mohd sidek berkata...

salam semua, klu ikut catitan teman: uda mali = uda mat ali, isteri - adk ganti. anaknya 9 org. ngah mat taib, alg, uda said, pdk muhid, ajg sapi, itam lahid, mat raga @din, teh niah & chu nasit.

shaudin mohd sidek berkata...

utk perhatian juga, en muhamad abdullah tu kawan sebaya teman.

aisbatu berkata...

Waalaikummussalam,

Saya amat berbesar hati kerana Tn Haji dapat meluangkan masa berkunjung ke blog saya, saya hanya dapat menyenaraikan 8 saja anak-anak Uda Mali dan saya tak tahu pula 9 rupanya. Terima kasih banyak.