Memaparkan catatan dengan label SUMPAHAN TOK KADOK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUMPAHAN TOK KADOK. Papar semua catatan

Isnin, 10 Februari 2025

RUTIN TAHUNAN MAJLIS TAHLIL SEBELUM PUASA - KETURUNAN TOK KADOK.

Emas Kancin Ikan Tapah (Foto terbaru Ahad 9/02/2025).

Saban tahun majlis ini dilakukan oleh setiap sesiapa yang di wariskan memegang kancin emas tapah ini khususnya keturunan Tok Kadok. Kini Puan Hajjah Asmah telah lama tiada dan kini penulis tak berkesempatan merisik untuk mengetahui waris yang terbaru yang diwariskan  menjaga emas tapah ini.

                                                                                    

                                   Al-Marhumah Hajjah Asmah - didalam bulatan.
                                                           
Mengikut cerita moyang penulis dulu Alang Sumat bin Busu Mamat emas tapah ini tidak mahu keluar dari Mukim Lambor Kanan. Pernah seketika dulu cuba dibawa keluar dari rumah Tok Pandak Logam tapi dengan sendirinya ia kembali ke rumah berkenaan dan tersimpan dalam peti besi dimana tempat biasa ia tersimpan. Pelbagai Misteri cerita emas kancin tapah ini semasa moyang saya dulu memegangnya.
                                               


Semoga semua para keturunan Tok Kadok meingati dan sentiasa mengawasi supaya tidak termakan ikan yang dipantang oleh keturunannya. Jika terlanggar juga kembalilah ke Kampung Tua Lambor Kanan untuk mencari dan mendapatkan penawarnya.

Terima kasih kepada saudara Shariffudin Itam Saidin (Isa) dari Telok Bakong yang telah mengirimkan foto dan hadir di Majlis Tahlil di Kampung Tua Lambor Kanan.

Selasa, 10 April 2012

BLOG AL-LAMBORRI.


Sekolah Lama Lambor Kiri.

(Dalam Kenangan).

السلام عليكم ورحمةله هيوبركاته                                

Sesungguhnya catatan serta pengalaman generasi yang terdahulu patut kita amati dan sanjungi dimana susah senang  dalam mengharungi perjuangan dalam kehidupan mereka dimasa dulu, kini dipaparkan melalui tulisan yang ditinggalkan oleh warisnya bagi kita kongsi bersama pengalaman ini. Tak jauh beza suasana sekolah di Lambor Kiri dan Kanan waktu itu, malah pelajar-pelajarnya dari keturunan yang sama iaitu Maharaja Lambor dan Tok Kadok. Penulis ingin paparkan sedikit catatan diblog Al-Lamborri ini untuk tuan-tuan amati serta layari bagi meneliti catatan yang ditulis oleh generasi yang terdahulu.

MURID-MURID SEKOLAH MELAYU LAMBOR KIRI YANG AWAL LULUS DARJAH LIMA: Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak.







MURID-MURID SEKOLAH MELAYU LAMBOR KIRI

YANG AWAL LULUS DARJAH LIMA


Sebagaimana yang telah disebutkan saya dan tiga orang murid yang lain ialah murid-murid yang pertama sekali lulus di dalam darjah lima daripada Sekolah Melayu Lambor Kiri di tahun yang awal peperiksaan itu diadakan.  Kami yang berempat itu ialah:-

1.      Ngah Mohd Talib bin Kulop Karap
2.      Alang Mat Jali bin Kulop Deris
3.      Itam Kanda (Itam Abdul Ghani) bin Kulop Ali
4.      Mohd Yaakob Ngah Abas

Dalam tahun 1910, mereka yang ketiga telah dapat pekerjaan kerajaan belaka, iaitu:-

1.      Ngah Mohd Talib bin Kulop Karap
Sebagai Kastam O.D.A.
2.      Alang Mat Jali bin Kulop Deris
Sebagai Guru Penolong
3.      Itam Abdul Ghani bin Kulop Ali
Sebagai Guru Penolong

Tetapi Alang Mat Jali bin Kulop Deris, abang saudara saya itu tidak lama ia dalam jawatan kerana ia ditukarkan ke tempat lain.  Pada masa itu gaji guru penolong amat rendah.Sebaliknya, harga getah perca beratus ringgit sepikul lalu ia meletakkan jawatan.

Oleh itu tinggallah saya seorang diri menganggur.  Bagaimanapun, saya bagi kali yang ketiga telah sekali lagi masuk di dalam peperiksaan darjah lima di hujung tahun itu (1910) dan dengan senang telah sekali lagi lulus di dalam darjah itu serta mendapat sijil.




bersambung


Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA







Allahyarham Tn Hj Mohd Yaakob bin Hj Abas Al-Lamborri.



Tuan-puan boleh terus mengikuti catatan seturusnya dengan melayari   laman blog http://allamborri.blogspot.com


Terima kasih kepada penyumbang foto, 
Muka Buku Anak Perak dan Alumni SK Lambor Kiri.




Isnin, 6 Februari 2012

SALASILAH KULOP MAKMOR (CHU KUDU)



Pak Cu Kudu bersama isteri,anak dan cucunya.



Salasilah Kulop Makmor.

Dengan kerjasama puan Lela dan Waris Pak Kadok, maka terpaparlah satu lagi jurai anak cucu cicit Tok Kadok yang diusahakan oleh penulis blog bagi puak waris keturunan Tok Kadok mengenali jurai Kulop Makmor dari ronut Pak Chu Kudu.



Pak Chu Kudu bin Kulop Makmor.

Pak Chu Kudu merupakan berasal dari Kampong Bt 16 Lambor Kanan (penulis tak dapat mengetahui tempat asal atau kampong di batu 16 tu), didaerah mana beliau dilahirkan penulis kekurangan info. Beliau berkahwin dengan puan Sa'epah dan memperolehi 2 cahaya mata perempuan iaitu Puan Ainon yang tua dan puan Hawa yang kedua. Adik beradik puan Sa'epah pula adalah Encik Makton di Kampong Padang Changkat. Puan Sa'epah dan Makton memang berasal dari Kampong Telok Bakong batu 14 3/4 berjiran dengan Ngah Ibrahim datuk kepada Pak cik Mohammad bin Tongkah (salasilah Ngah Ibrahim) disebelah hilir rumahnya, di sebelah belakang iaitu rumah Mat Galan, di hulunya rumah Pak Cik Sahi dan Pak Cik Toi serta dibahagian depan rumah mereka ini adalah rumah Hajjah Alang Arpah dan Alang Abdul Rahman (Alang Chong) dan Tn Hj Jelih dan Hajjah Teh Seriah. Kalau dulu sekitar daerah ini dipanggil Tanah Gomen. Sekarang tanah gomen ini telah di hak milik oleh puak waris dari Lambor Kanan, jadi tiadalah dipanggil tanah gomen lagi (bekas tapak sekolah menengah).



Pak Chu Kudu bersama isteri 
Puan Sa'epah serta cucu dan cicitnya.
Foto ini dirakam dirumah lama beliau berhampiran dengan rumah
Tuan Haji Jelih dan rumah Ngah Ibrahim (Kulop Tongkah).



Belakang : Suami Intan dan Puan Intan.
 Duduk didepan dari kiri : Puan Hawa dan kanan Puan Ainon.
Foto ini dirakam dirumah Puan Ainon di Kg Padang Changkat.



Encik Halim : berdiri kiri sekali.
(suami 1 - puan Hawa)


Kanan adalah En.Ahmad - suami ke 2 puan Hawa.
(Lebih dikenali dengan nama Mat Cow Boy)
Foto ini dirakamkan di Ipoh.

Selasa, 10 Januari 2012

SALASILAH TOK NOJEH .



Kiri : Hajjah Khadijah bt Bedu,
Tengah: Md Hashim (Md Radzi) bin Md Diah
Kanan : Md Diah bin Uda Kassim
(Hj Mohd Perak Shafie - Imam )
.
(Kg Toh Paduka Raja, Pulau Tiga).
Dikemaskini Kolonel Mohammed Zaini 26/1/2011.

Kolonel Mohammed Zaini bin Hj Hashim adalah berasal dari Kampong Toh Paduka Raja, Pulau Tiga. Foto diatas adalah datuk serta moyang-moyang beliau. Tidak ramai yang berminat dan sanggup mencari salasilah keturunan hingga ke ronut-ronutnya sebagaimana yang dilakukan oleh beliau. Penulis telah berkunjung kerumahnya pada 8/6/2011 di Subang Jaya bersama Che'ei  bin Mohamad Norasid (Bujal). Penulis kagum dengan daya usaha Kolonel mencari serta menulis salasilah yang begitu banyak dan memakan usaha yang bertahun-tahun untuk disiapkan. Syukur alhamdulillah, atas daya usaha beginilah rangkuman salasilah dapat dibukukan atau setidak-tidaknya catatan bagi tatapan generasi akan datang. Kelihatan juga rumah melayu dibelakang foto yang begitu cantik dengan seni ukirannya. Bukan saja salasilah yang dapat disimpan, malah beliau juga dapat menyimpan foto-foto lama dari keturunan ke keturunan.




Carta Salasilah yang di gantung di bahagian 
ruang tamu rumah Kolonel Mohamad Zaini.



Carta Salasilah serta foto-foto keluarga 
Kolonel Mohamad Zaini.



Inilah bahagian keturunan yang lapisan diatas bagi salasilah 
Imam Jaesah dan yang telah berkaitan pula dengan 
Andak Mundam atau pun keturunan Tok kadok.


Tok Nojeh.


Buku Cetakan Salasilah (Keturunan Imam Jaesah)


Sebahagian salasilah yang kelihatan dalam foto diatas adalah terkandung didalam kertas gulung yang panjangnya 20kaki lebih yang ditulis oleh datuk kolonel Zaini dan kemudian disambung Kolonel sendiri. Sebahagian lagi beliau telah mencarinya sendiri dalam tempoh masa 40tahun, banyak kenangan pahit manis beliau bagi menyelidiki keturunan yang merangkumi keturunan Tok Kadok di daerah Perak Tengah serta kini telah berkembang sehingga keseluruh negara.

Rabu, 4 Januari 2012

SALASILAH KULOP MAT SHAH (2).


Puan Zawiah dan Encik Mat Piah - 
didepan rumah Kulop Ismail - Telok Bakong.



Kulop Ismail bin Alang Mayen (Mat Yen) -
(Kulop Semai )



Puan Jabiah bt Khatib Abdullah bersama
Tn.Hj Hashim dan Puan Hjjh Arbain.



KULOP MAT SHAH, ALANG SUMAT
DAN PANDAK DEMAT.




SALASILAH KULOP MAT SHAH 2 - 
(NOR ZAHRA MAT PIAH).



 
Keluarga Puan Zawiah dan Mat Piah.
Mohd Norzapawi, Mohd Norazmawi,
Mohd Norazri, Mohd Norazahari,
Norzahra, Mohd Norazan, Nozafirah.




Foto kenangan di rumah Kampong Telok bakong.



Cik Nor Zahra Mat Piah.
  •                                                Web site   http://norzahra.blogspot.com
  •                                           http://www.facebook.com/norzahra



Anak perempuan Puan Deriah, Norzilah dan Norbaiti.



Maznah, Zawiah, Deriah dan Rokiah (anak Sapiah).

Dengan kerjasama Puan Zawiah serta cik Nor Zahra, maka terpaparlah susunan salasilah Kulop Mat Shah 2. Berbanyak terima kasih kepada keduanya kerana bekerjasama dalam usaha pihak penulis blog memaparkan jurai-jurai salasilah keturunan Tok Kadok bagi dikenali oleh kita semua. Rumah Kulop Ismail terletak dikawasan tengah Kampong Telok Bakong iaitu susur masuk dari jalan raya menyusur rumah Pak Cik Mat Tapah, dan bersebelah dengan Rumah Pak Cik Li Mat Changgung serta Pak Yeop Ronah (kedua-dua rumah ini telah tiada) dihilirnya, manakala dihulunya rumah Pak Cik Kiman. Dulu riuh rendah rumah ini dengan karenah anak-anaknya dizaman tersebut. Rumah penulis juga tak jauh dari rumah mereka ini, selang beberapa buah rumah sahaja kehilir.

Tuan Haji Hashim telah berkahwin dengan anak Tuan Haji Yeop majlis iaitu Hajjah Arbain dan senarai penuh untuk anak-anak dan cucunya sila rujuk dalam entry Salasilah keturunan Tuan Haji Yeop Majlis. 

Khamis, 22 Disember 2011

MAKAM PEMBESAR MELAYU DI TELOK BAKONG HILIR (KG PALOH).





Terdapat tiga atau empat makam yang menggunakan 
batu nisan Acheh serta beberapa buah makam 
lagi menggunakan batu nisan biasa.


Batu nisan Acheh yang masih utuh.


Batu nisan ini agak besar dari yang lain 
dan mungkin ini adalah pembesar tersebut.


Yang ini agak kecil sedikit dan mungkin isteri atau permaisurinya.



Dan yang ini mungkin anaknya.


Mungkin makam anak-anaknya.




Batu nisan yang hampir tenggelam.



Arah laluan masuk untuk ke tempat pemakaman.


Pada simpang tiga ini belok ke kanan.

Petunjuk Lokasi Makam.

Dari jalan besar arah dari Bota ke Kampong Gajah iaitu sebelum corner simpang Kampong Batu 16, Kampong Tua, tuan-tuan akan melihat papantanda Kampong Paloh. Dari sini memasuki simpang berkenaan kira-kira 500meter terdapat lagi simpang tiga dan beloklah kekanan menyusuri jalan tepi sungai, dan dari sini pula kira-kira 350meter atau 400meter kehulu, tuan-tuan akan sampai depan rumah seperti foto dibawah iaitu rumah Allahyarham Encik Mansur. Makam-makam berkenaan berada didepan rumah tersebut.



Rumah peninggalan Encik Mansur yang kini didiami oleh anaknya.


Jika melalui jalan dari Telok Bakong Hilir ianya masuk melalui Kampong Mat serta akan melalui Rumah Pam Air sepertimana foto dibawah dan lebih kurang 200meter menyusuri tebing sungai,dari sini tuan-tuan akan sampai didepan rumah encik Mansur serta akan menemui makam-makam tersebut.


Jalan masuk dari Telok Bakong Hilir (dari Kg Mat)
Foto sumbangan dari Cik Shazlea Shayla @ Maria.


Belok ke kiri dan akan berjumpa Rumah Pam Air.


Dari pam air ini menyusur tebing sungai ke hilir.


Jika dilihat dari sejarah, Telok Bakong (Tanah Abang - Padang Marhom) adalah merupakan pusat pemerintahan negeri Perak pada zaman dulu iaitu Sultan Muzaffar Shah 1 dan makam baginda berada disana. Sebenarnya Telok Bakong juga mempunyai 4 lokasi makam yang bersejarah :-

1) Padang Marhom, Makam Sultan Muzaffar Shah 1.




2) Changkat Piatu - sebelah darat Telok bakong, makam Mahkota Alam.




3) Makam Pembesar di Telok Bakong Hilir (Kg Paloh). 

4) Makam Pembesar Melayu di Telok Bakong Tengah.   

Mengenai makam pembesar yang dipaparkan diatas penulis hanya mendapat info yang sedikit dizaman remaja dahulu oleh orang-orang tua di Kampong, mereka mengatakan bahawa makam tersebut adalah pembesar melayu yang memerintah dikawasan Telok Bakong atau didaerah jajahannya. Siapakah pembesar atau pemerintah yang diabadikan dikawasan ini ? tiada catatan yang jelas mengenai makam ini. Merujuk kepada catatan yang di bukukan oleh N.A.Halim mengenai sejarah negeri perak, tiada senarai nama atau catatan yang ditulis mengenai makam ini dan dari maklumat pembantu beliau encik Aziz 75 tahun yang kini telah bersara serta menetap di Melaka yang sering bersama beliau, masih banyak lagi makam bersejarah dinegeri Perak yang tak dapat dikenal pasti kerana kekurangan info serta kajian lantaran pihak-pihak yang mengetahui sesuatu sejarah ditempat berkenaan tidak menyampaikan kepada generasi berikutnya kerana berbagai sebab dan masalah.



Buku tulisan N.A.Halim.


Encik Aziz bin Mohd  - 
disamping kereta yang digunakan sewaktu ketika dulu.
(Pemandu yang bersama-sama N.A.Halim).




En.Aziz - ketika berehat bersama N.A.halim



Salah satu kenderaan yang digunakan semasa penyelidikan 
pihak Muzium termasuklah di Perak Tengah - Telok bakong.

Seharusnya ada satu kajian yang menyeluruh keatas makam-makam sepertimana dinyatakan diatas oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengetahui sejarah serta nama pembesar tersebut. Jika usaha-usaha untuk menyelidiki tidak dilakukan, maka tinggallah makam-makam ini didalam lipatan sejarah yang tidak diketahui oleh umum, khususnya para penduduk Kampong Paloh dan Kampong Telok Bakong serta penduduk Negeri Perak amnya.