Pak Cu Kudu bersama isteri,anak dan cucunya.
Salasilah Kulop Makmor.
Dengan kerjasama puan Lela dan Waris Pak Kadok, maka terpaparlah satu lagi jurai anak cucu cicit Tok Kadok yang diusahakan oleh penulis blog bagi puak waris keturunan Tok Kadok mengenali jurai Kulop Makmor dari ronut Pak Chu Kudu.
Pak Chu Kudu bin Kulop Makmor.
Pak Chu Kudu merupakan berasal dari Kampong Bt 16 Lambor Kanan (penulis tak dapat mengetahui tempat asal atau kampong di batu 16 tu), didaerah mana beliau dilahirkan penulis kekurangan info. Beliau berkahwin dengan puan Sa'epah dan memperolehi 2 cahaya mata perempuan iaitu Puan Ainon yang tua dan puan Hawa yang kedua. Adik beradik puan Sa'epah pula adalah Encik Makton di Kampong Padang Changkat. Puan Sa'epah dan Makton memang berasal dari Kampong Telok Bakong batu 14 3/4 berjiran dengan Ngah Ibrahim datuk kepada Pak cik Mohammad bin Tongkah (salasilah Ngah Ibrahim) disebelah hilir rumahnya, di sebelah belakang iaitu rumah Mat Galan, di hulunya rumah Pak Cik Sahi dan Pak Cik Toi serta dibahagian depan rumah mereka ini adalah rumah Hajjah Alang Arpah dan Alang Abdul Rahman (Alang Chong) dan Tn Hj Jelih dan Hajjah Teh Seriah. Kalau dulu sekitar daerah ini dipanggil Tanah Gomen. Sekarang tanah gomen ini telah di hak milik oleh puak waris dari Lambor Kanan, jadi tiadalah dipanggil tanah gomen lagi (bekas tapak sekolah menengah).
Pak Chu Kudu bersama isteri
Puan Sa'epah serta cucu dan cicitnya.
Foto ini dirakam dirumah lama beliau berhampiran dengan rumah
Tuan Haji Jelih dan rumah Ngah Ibrahim (Kulop Tongkah).
Belakang : Suami Intan dan Puan Intan.
Duduk didepan dari kiri : Puan Hawa dan kanan Puan Ainon.
Foto ini dirakam dirumah Puan Ainon di Kg Padang Changkat.
Encik Halim : berdiri kiri sekali.
(suami 1 - puan Hawa)
Kanan adalah En.Ahmad - suami ke 2 puan Hawa.
(Lebih dikenali dengan nama Mat Cow Boy)
Foto ini dirakamkan di Ipoh.
4 ulasan:
chu kudu b klp makmor bt ngah masiah bt puteh mata bt imam ismail bt tok bakong.
Terima kasih Tuan Haji kerana memberi info beharga ini, rupanya salasilah ini ke Tok Bakong juga.
Sallam...sungguh menarik melihatkan blog dan fb anda , tahniah saya ucapkan usaha yang murni ini.
Saya ni cucu kepada Imam Bodin kg paloh tu, tapi yang peliknya dari banyak-banyak gambar yang terdapat di blog danfb saudara hampir semua mereka tidak saya kenali sedangkan saya dilahir dan dibesarkan di kg.paloh. dalam tahun 57. saya ada sekeping dua gambar hitam putih lama yang telah saya scan. tak tau le sama ada gambar-gambar tersebut boleh mencetus nostalgia kepada waris-waris imam bodin.
Waalaikumussalam,
Nama imam Boden tu saya ingat tapi rupa paras saya tak ingat mungkin pada masa itu saya masih kecil,dibawah salasilah Kulop Bahaja (rumahnya disebalah surau Kg Paloh)kini semuanya dah tinggal tak ada orang. Dalam simpanan saya ada sekeping dua foto orang kg Paloh tapi kaitan salasilahnya tak dapat saya temukan. Jika sudi kirimkan kepada saya foto yg tuan simpan dan saya cuba cari salasilahnya.
Catat Ulasan