Selasa, 24 Januari 2012

SALASILAH KULOP BAHAJA (UDA TAKOR)



Foto didepan rumah Yeop Ganti & Ngah Taksiah 
bersama anak menantunya. (Telok Bakong batu 14 1/2).

Dengan kerjasama Tn Haji Kamarulzaman dan encik Shahrim bin Majid, maka terpaparlah satu jurai anak-cucu dan cicit Uda Takor dari jurai Kulop Bahaja serta satu ronut dari keturunan Tok Kadok yang berasal dari Kampong Paloh, Lambor Kanan. Hanya setakat Uda Takor sahaja yang dapat penulis risik dan mencarinya kerana susunan hingga ke Tok Kadok tidak dapat ditemukan kerana kekurangan info. Oleh itu mohon kerjasama dari jurainya untuk meneliti kembali ronutnya hingga bertemu ke susunan salasilah Tok Kadok.



Salasilah Kulop Bahaja (Uda Takor).
Dikemaskini pada 26/1/2012.



Salasilah Uda Ganjor.

Isteri kepada Ngah Sabun iaitu Puteh Bahyah (C5- sila lihat salasilah Uda Ganjor) adalah anak kepada Alang Chengeng, oleh itu jurai ini bersangkutan juga dengan jurai Uda Ganjor. Maklumat senarai adik beradik Uda Takor dan Kulop Bahaja telah diberi oleh Waris Pak Kadok dan En.Amri Mat Said. Jutaan terima kasih diucapkan kepada keduanya.



Kulop Bahaja bin Uda Takor.



Dari kiri : Hjh Ngah Taksiah,Hjh Saodah, Hjh Teh Gayah , Hjh Doriah.
Belakang :    Hjh Yah, Hjh Wai, Hjh Ramlah.



Foto ini didepan rumah Tn Hj Ismail dan Hjjah Doriah.



Tn.Hj Ismail dan Hjh Doriah.



En.Majid bin Kulop Bahaja.

Belakang dari kiri sekali En.Isa, dan kanan sekali Mat Noh
Duduk dari kiri : Syam (HjhWai), Kamarulzaman dan Majid.



Antara anak-anak Lelaki Hjh Ngah Taksiah
En.Samad. Tn Hj Bidin, Yeop Pian dan Tn Hj Kamarulzaman.



Keluarga Tuan Haji Kamarulzaman bin
Yeop Ganti dan Hjh Ramlah.



Keluarga Tuan Haji Shahidan Yeop Ganti.



Shahrim Majid adik beradik dan Keluarga.



Shahrim Majid dan isteri.

Maklumat tambahan : 

Yeop Ganti dipercayai berasal dari Kampong Layang-Layang Kiri dan terdapat adik beradiknya masih disana terutama adik perempuannya. 

Hajjah Wai berkahwin dengan orang Bakong Lambor Kiri iaitu adik beradik Sahi (kedai Pekan Telok Bakong) . 

Rumah Kulop Bahaja bin Uda Takor bin Ngah Sabun di Kampong Paloh Lambor Kanan adalah disebelah Surau Kampong tersebut dan kini rumah tersebut dah tinggal dan tiada sesiapa lagi disana.

3 ulasan:

Amri Mat Saaid berkata...

adik beradik kulop bahaja ialah arwah puteh biyah binti ude takor isteri pertama kepada ngah ahmad (ngah won)bin haji mohid...adik beradik ngah won ialah ali ahmad,ropiah, ha bini sabu lambor kanan,moktar hj mohid padang mohom, lon dll.

Manakala anak ngah won dgn puteh biyah ialah abdul talib, nahar, bahari dll yg udah teman ingat.

Amri Mat Saaid berkata...

ni ada beberape cucu cicit makcik puteh biyah yg ade di FB..

http://www.facebook.com/norazman.nahar

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002039125265

http://www.facebook.com/noorazman.abdtalib

aisbatu berkata...

Terima kasih Amri atas maklumat yang diberi....