KELAB MELAYU PULAU TIGA.
Foto Rumah Kelab Melayu Pulau Tiga diambil sekitar tahun 1920an dan kini rumah kelab ini telah dijadikan sebahagian Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga.Foto ini adalah sumbangan dari Kolonel Mohammed Zaini bin Hj Hashim anak jati Kampong Toh Paduka Raja, Pulau Tiga. Rasanya pihak Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga memerlukan gambar kenangan ini silalah ambil gambar berkenaan untuk kita kongsi bersama bahan bersejarah ini.
SALASILAH IMAM JAESAH.
Inilah salasilah utama yang penulis telah bentangkan sebagai asas rujukan dari 3 anak imam Jaesah cuma dari keturunan Tok Enjah dan isterinya Andak Mundam yang dilarang memakan ikan Tapah atau Pantang larang Ikan Tapah iaitu keturunan dari Tok Kadok telah selesai dibentangkan dan dipaparkan oleh penulis. Sebanyak 11 salasilah Andak Mundam telah dipaparkan diblog ini dan saya akan bentangkan pula dua lagi keturunan Imam Jaesah ini dengan jurai dan runutnya sehingga selesai untuk tuan-tuan menyemak dan meneliti saudara mara keturunan sendiri dan menyambung rangkaian-rangkaian keturunan masing-masing. Jika terdapat perbezaan nama dan kedudukan (rangking) silalah kemukakan kepada penulis blog.
8 ulasan:
salam.....udah jauh meno mike nyelunsur nye yekk..tahniah.
Terima kasih atas bantuan dan dorongan mike Amri.
tuan, maap bertanya...
adakah Ngah Cengkeh tu isteri atau anak kpd Imam Jaesah...?
Kalau mengikut kedudukan cartanya di salasilah Ngah Cengkeh adalah isteri, walaubagaimana pun adakah pihak tuan mempunyai kedudukan yg berlainan dari itu ?
terima kasih tuan,
x ade tuan... teman pon ngharap kat mike punye suso galo je...
Catatan Salasilah Tn Hj Nasro (Imam Jaesah) di Sungai Manik juga perlu dilihat dan diteliti. Beliau pemegang salasilah yg ditulis dari turun temurun.
bagaimana sy boleh dptkannya tuan..?
e-mail saya ada tuan...sila la....
Catat Ulasan