Khamis, 21 Julai 2011

KETURUNAN MAT LAMBOR (MOHD IBRAHIM BIN KULOP ALI ).






 Salasilah Mat Lambor.
(Dikemaskini 10/8/2011)




TOK KULOP ALI BIN NGAH PIDUP


Untuk pengetahuan semua keturunan Mat Lambor, pusara Tok Kulop Ali berada di atas Changkat Tempurung iaitu dikawasan Kampong Teluk Bakong Hulu. Pusara ini adalah satu-satunya pusara diatas Changkat ini, diberitakan bahawa Tok Kulop Ali meninggal dunia dimasa air banjir besar di Telok Bakong dan kebanyakan tempat telah tenggelam. Kawasan tanah perkuburan ketika itu terletak di sebelah Telok Bakong Hilir (sekarang ni berhampiran kunci air JPS) kawasan tanah perkuburan Islam di Changkat Melintang masih belum wujud pada masa itu. Setelah mendapatkan kebenaran dari pemilik tanah, maka jenazah Tok Kulop Ali dikebumikan di atas Changkat Tempurung. Jika penulis berkesempatan foto pusara berkenaan akan dipaparkan diruang ini.

Kulop Ali berkahwin dua, setelah isteri pertama meninggal dengan meninggalkan seorang anak lelaki iaitu haji Mohd Ali, dan beliau berkahwin sekali lagi kali kedua. Hasil dari perkahwinan kali kedua beliau mendapat 3 cahaya mata dua perempuan dan seorang lelaki.Lelaki berkenaan adalah Mohamad Ibrahim atau Mat Lambor (popular di Manong) dan popular pula namanya di Kampong kelahirannya dengan nama Mat Kanchil. Manakala 2 lagi adik beradik Mat Lambor ini tidak dapat dikesan dimana keturunan mereka berada.



Mohd Ibrahim @Mat Lambor dan Teh Ensah isterinya. 



Mohd Ibrahim @ Mat Lambor.

Mat Lambor berasal dari Telok Bakong dan merantau hingga ke Manong dan Kuala Kangsar, ianya menetap serta bekeluarga disana. anak-anak beliau juga bermastautin di daerah Manong (Kampong Ulu Piol) kecuali Puan Habsah yang berkahwin dengan orang Lambor Kiri.



Yop Aziz dan isteri Roshiah bt Kulop Sikin.




Encik Zainal Abidin bin Mohd Ibrahim @ Mat Lambor.



Encik Zainal Abidin dan Keluarganya.



Puan Habsah dan suaminya Encik Ibrahim,
Ahmad Khaharuzi (Gee) 
serta emak mertua Puan Habsah.



Keluarga Puan Habsah dan Encik Ibrahim.



Rumah kediaman Puan Habsah bt Mohd Ibrahim @ Mat Lambor, terletak di Lambor Kiri. Rumah ini bersebelahan atau dibelakang Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri. Dulu keluarga ini berumah di Pekan Lambor Kanan disebelah kedai papan (Hardware kayu kayan).



Rumah encik Ahmad Khaharuzi bin Ibrahim 
bersebelahan dengan rumah Puan Habsah.


 Khairel Khatab Zainal Abidin.


Muhammad Jibril Khairel Khatab.



Hasnaliza Ibrahim - berdiri bahagian tengah 6 dari kanan.
SMDARY( CAW TELOK BAKONG) 3A 1977.




Facebook - BYT-LAMBOR EWAH.



Norazah @ Manja dan Norpidah @ Piziz 
(anak-anak Yop Aziz )


* Terima kasih kepada penyumbang foto-foto diatas iaitu Puan Habsah, Encik Khairel Khatab, Byt Lambor Ewah dan Norpidah @ Piziz.  

17 ulasan:

Amri Mat Saaid berkata...

salam

tuan arifin

ate sedare kite le ni yek

Amri Mat Saaid berkata...

salam

aritu tok din alang saain yg tinggai di telok bedayung udah meninggai sakit tue

aisbatu berkata...

Aje bebenor le tu sedare kite......ade diantaranya terjumpa blog ini dan segera menghubungi saya untuk menghubung kembali silaturrahim antara kita yg dah lama terputus kerana tak tahu ropenye kita bersedare.Alhamdulillah.

Memang ada yg memberitahu atas kematian Tok Din Alang Saain...al-fatihah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman dan beramal soleh.

Amri Mat Saaid berkata...

salam

itu le ropenye esok udah xmandang org tue kite ..langsung le

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Mungkin keturunan kita suka merantau Amri, itu sebab gamaknya kita tak kenai.....saya tengah mengesan satu lagi keturunan Kulop Ali dan Kulop Langkat di Lelayang Kiri, insyaalah moga bertemu.

Amri Mat Saaid berkata...

Alhamdulillah....kala jumpe jangan lupe masukkan dalam blog...

Unknown berkata...

Salam...nak tanya...ada tak keturunan Pak kadok bernama PANJANG ARIF?Sekian,tq.

Asri Shuhim Ali Wahid berkata...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Saya asri, anak ke-9/13 kepada DARESAH BINTI MAT IBRAHIM (MOHD IBRAHIM@MAT LAMBOR) (A2/1/2/5), boleh Tuan hubungi saya untuk saya kongsi serba sedikit maklumat salasilah sebelah ibu saya.. terima kasih..

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tolong beri e-mail tuan dan boleh saya hubungi dengan e-mail.

aisbatu berkata...

Kalau ikut catatan yg ada, tak ada nama Panjang Ariff, catatan yg ada pun tak lengkap, tuan kirimkan saja senarai yg ada pada tuan, saya cuba rujuk dan cari.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. Saya WIRA NADA A2/1/2/4/7 ank ke8 kepada Pn Habsah sebenornye.. Utk makluman.. Pn Habsah (2013), Ahmad Khaharuzzi (2022) , Mohd Hanes (2015) Hasnaliza (2020) & Ekhlass (2009) telah kembali ke Rahmatullah.. Al Fatihah..

email : wira.ibrahim@gmail.com

aisbatu berkata...

Waalaikumussalam,

Saya maklum tentang pemergian mereka yg tuan senaraikan, saya hanya sempat pergi menziarah ketika Mak Kecik Habsah meninggal (Lambor Kiri - belakang Sekolah Menengah) dan yg lain lainnya tu saya tak berkesempatan. Cikgu Hanes (saya lewat dapat tahu) dan Liza juga saya tak dapat balik.

Semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama orang orang yg beriman dan beramal soleh.

Jaringgan Rakyat JR berkata...

Nama arwah datuk saya uda mat jali moyang saya alang karim dari apa yg bapak saya kata kan kami keturunan x boleh makan ikan tapah ...

Tanpa Nama berkata...

Ok...camni...Sy dpt tahu yg pjg Ariff tu abg kpd ngah kamdin@dato Sagor...betul ke?lg satu ada tak dlm salasilah pak kadok ada nama KAMARIAH BINTI HJ YAHYA@JAHYA...sekian,t.kasih

Tanpa Nama berkata...

Smpai sekarang Sy masih mencari salasilah moyang Sy iaitu HJ SHAHARIM BIN ALANG IBRAHIM.Sekian,t.kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam....ada tak salasilah org kaya2 bendahara Jen (b) Zahidi Zainuddin?

Tanpa Nama berkata...

atok saya nama mohamed nasir bin kulop ali jugak. Adakah kita bersedara