Pintu Gerbang - Jalan susur masuk ke Makam
Toh Dewa Seri Maharaja Panjang Ogek bin Uda Khatab.
SALASILAH TOK LAMIT.
(Salasilah ini adalah sumbangan dari Encik Rosdi Safian)
SALASILAH TOK LAMIT.
(Salasilah ini adalah sumbangan dari Encik Rosdi Safian)
SENARAI NAMA ANAK DAN ISTERINYA DIMAKAM.
Binaan Makam Toh Panjang Ogek.
Batu nisan Makam Toh Panjang Ogek |
Terdapat makam-makam para waris Toh Panjang Ogek disekeliling makam ini yang turut terdapat binaan juga.Selain makam kelihatan rumah-rumah usang yang ditinggalkan dikiri dan kanan jalan masuk kemakam.
Terdapat juga Pondok Wakaf disediakan berdekatan makam.
Papan Tanda Peringatan kepada pelawat.
Makam Toh Panjang Ogek ini terletak di Kampong Lambor Kiri, Jalan masuk dari susur kiri dari jalan Besar Bota Kiri ke Ulu Dedap atau Pasir Salak.
Susur masuk ke Pejabat Persatuan Susur Galur Tok Uda Bahrum sepertimana kelihatan foto rumah dibawah.Sebelum susur masuk jalan berkenaan,susur masuk ke JPS Lambor kiri.Walaubagaimana pun susur ke JPS kenderaan tak boleh sampai ke makam berkenaan, cuma laluan penjalan kaki sahaja yang boleh menyusur ke makam kira-kira 100meter dari bangunan JPS.
Pejabat Persatuan Susur Galur Tok Uda Bahrum.
Kira-kira 450 ke 500 meter menyusur jalan berkenaan kearah tebing sungai dan terdapat simpang tiga, ambil jalan ke kiri dan dari sini 450 ke 500 meter lagi kehulu dan tuan-tuan akan melihat pintu gerbang sepertimana foto diatas. Jalan masuk adalah jalan tar dan hanya muat satu buah kereta sahaja jika berselisih dengan motor pun terpaksalah berhenti untuk memberi laluan salah satu antaranya. Terdapat juga jalan susur masuk dari Sekolah Kebangsaan Lambor Kiri, JPS dan belakang Masjid Jabariah Lambor Kiri dan susurlah ke kiri bila berada diatas ban sungai.
38 ulasan:
kampung saya berada di kg. lambor kiri. kata orang kg, makam ini berpenunggu. takut pulak nak lalu. sebelah makam ini, ada satu rumah kosong yang ditinggalkan. huhu
Rumah tinggai tu belah kiri ade, belah kanan ade....mun udah rope itu ape nak ditakutkan...kg kite....
Saya merupakan pendidik di Sek keb Lambor kiri Dan tertarik ngan kisah toh dewa panjang ogek dah masuk tiga tahun di situ setiap kali lalu dsitu saya akan sedekahkan al fatihah alhamdulillah segala program saya berjalan dengan lancar..cuma sepanjang tiga tahun saya berada disitu, tiada gangguan...memang banyak rumah tinggal...Sayang sangat
Terima kasih Cikgu wzahir, kerana sedia meziarahi komplek permakaman disitu. Rumah-rumah yang tak berpenghuni disitu dah jadi kebiasaan kerana golongan muda berhijrah ke kota dan tiada generasi menyambung untuk mendiami rumah atau mengusahakan tanah pusaka.
Assalamualaikum..Saya cucu kepada putri rahmah dan yeop ahmad..tapak rumah opah dan atuk saya di tepi sungai perak lambor kiri...x jauh dari makam ni..hanya beberapa meter sahaja kalau melalui jalan ban tepi sungai tu..tertarik jugak dengan sejarah kampung lambor dan negeri perak secara keseluruhannya yang kaya dengan sejarah tetapi tidak diketahui umum dan tidak digali..sayang sekali..
Waalaikumusalam,
Ramai keturunan Toh Panjang Ogek di Lambor Kiri menjadi orang beso di Negara kita. Kena bersoreh baru dapat tau susur galornye....kite berbangga dengan salasilahnya.
Assalam..raya 2015 berkesempatan mengunjungi makam toh dewa maharaja bersama piut2 yg lain..saya dari keturunan uda syukur.Alhamdulillah dpt bersoreh di sini.balik dari teluk sareh terus google dan membawa ke sini..
Assalamualaikum....Saya sedang mencari silsilah Alang Talib bin kulub Sidun, jika menurut silsilah Tok Uda Bahrum bin Kulub Sidun adalah adik beradik alang talib.....cuma saya mohon jasa baik tuan, jika dapat silsilah Kulub Sidun dan kaitannya dengan keturunan panjang ogek. Terima Kasih.
Waalaikumusalam,
Tuan Ahmad Abdullah, teman kesini hari tu tak berkesempatan untuk menemui siapa yang memegang salasilah Tok Uda Bahrum kerana kesuntukan masa. Saya tak tahu apa kaitan dengan Toh Dewa Panjang Ogek, dalam beberapa salasilah tidak terjumpanya Uda Bahrum bin Kulup Sidun. Mungkin Persatuan susur galur tu ada menyimpannya. Jika dilihat kawasan ini adalah kawasan Toh Dewa Panjang Ogek, pada penilaian saya dah tentu mempunyai kaitan dengannya...wallahhualam.
terima kasih pak cik atas info berkenaan panjang ogek.bagaimana saya boleh menghubungi pak cik, supaya senang nak bertanya khusus hal keturunan di lambor?
Hubungi saya dengan e-mail atau fb saya yang tertera dimuka depan sebelah kanan blog ini.
assalammualaikum, saya adalah cucu cicit pak kaduk yg keberapa tk taule..mak ngn arwah abah saya org lambor, pakcik..saya selalu dpt mimpi tentang sultan2 ni..pernah satu ketika saya bermimpi tunku aminah puan pahang mangkat..dan rupanya yang mangkat adalah tuanku jaafar negeri sembilan, saya betul2 terkejut, mimpi betul jadi kenyataan, saya juga pernah bermimpi tentang makam tok dewa ni...saya tak tau ape maksud mimpi ni...saya pernah bg tau kt mak abah saya...saya teringin nk pergi makam ni..saya tak pasti sama ada saya ada kaitan atau tidak dengan salasilah keturunan tok dewa ni, dengan lebih dekat tapi mak ayah saya larang...untuk pengetahuan pakcik, sampai sekarang saya masih lg kerap dpt mimpi yang sedemikian...
Waalaikumusalam,
Semaklah dulu salasilah yg tertera dibawah Toh Panjang Ogek dan dibawah Tok Lamit (cucu Tok Kadok). Saudara kena semak dulu salasilah bagi mengetahui kaitan dengan saudara. Kalau dikira dari praktikalnya saudara sudah tentu berkaitan dengan keturunan Tok Kadok, cuma dari jurai mana kita tidak tahu.Saya nasihatkan cubalah cari dan mungkin memakan masa. Tentang mimpi ni sukar untuk ditafsirkan kerana kekadang "saka" banyak mempermainkan kita dan membawa kita memasuki alam ciptaannya.
Assalamualaikum saya merupakan salah seorang keturunan Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek disebelah ibu dari susur galur Uda Abdul Syukur Bin Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek,di sebelah bapa puls dari susur galur Itam Nila Binti Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek yang berkahwin dengan Ngah Kenta Bin Toh Paduka Raja Alang Abu Kassim
Waalaikumusalam,
En.Nazrin Suhaimi, setahu saya setiap tahun pada sebelum puasa anak-cucu cicit Toh Dewa Panjang Ogek ini akan mengadakan tahlil di ruang Pondok Rehat di kawasan pusara. Disini semua ketrunan saling kenali mengenali susur galur salasilah keturunan.
Salam Tuan Aisbatu,saya adalah generasi muda..umur baru 33 tahun..saya adalah keturunan Allahyarham Panjang Ogek dari sblh ibu saya iaitu datuk saya Yob Tajuddin bin Kulop Ismail bin Ngah Idris..
Waalaikumusalam,
Mungkin tuan generasi yang ke sepuluh atau kesebelas keturunan Tok Kadok. Salam perkenalan dari saya.
Saya dari susurgalur uda syukur keturunan ke enam dari Panjang Ogek Kami pergi tahun lepas utk bersihkan maqam moyang. Memang kena pantau selalu. Tiada apa2 yg pelik2. Moyang dari orang yg baik2 dan kuat ugama. InsyaAllah tiada apa2. Pergilah ... untung tezeki dapat buah doyan 7 biji. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, kalau pergi dapat doyan....
Assalamuallaikum, sy dr susurgalur Pandak Taha.. generasi ke4 š
Waalaikumusalam,
Mungkin saudara berada diluar Lambor, kebanyakannya keturunanya dah merantau dan susunan salasilah Toh Panjang Ogek banyak disimpan oleh keturunan-keturunanya. Tuan dari keturunan Pandak Taha,simpan salasilah untuk generasi akan datang, bukan mudah untuk kita menyusunnya. Saya pun dapat dari saudara KMY di Datuk Keramat.
Assalamualaikum...saya keturunan Toh Panjang Ogek, dari anaknya Pandak Mat Taha, cucunya yg bernama Kulup Nordin yg pindah di Jeram Kampar Perak...salasilah masih kami simpan... sedikit pertanyaan,benarkah moyang kami ni (Pandak Mat Taha) pernah dilantik menjadi Penghulu?
Waalaikumusalam,
Tuan, mengikut maklumat yang dimaklumkan pada saya Pandak Mat Taha ada dua nama dan salah seorangnya saja yang memegang jawatan Penghulu. Jadi saya tak dapat perincian lebih lanjut mengenainya, mohon maaf tuan.
Assalamualaikum..maaf ye btanya tuan adakah tuan pernah tahu/dengar cerita tentang alang lambar(moyang sy).makam ade Di telok sareh.keluarga sy dahulu ade cerita mngenai sumpahan ikan tapah ni.sy tak tahu nk soreh dgn siapa utk mngetahui adakah keluarga ada kena mngena dengan tok panjang ogek ini.sekian Terima kasih
Waalaikumusalam,
Kalau dalam salasilah, nama Alang Lambar ni tak ada tersenarai, tapi jika di Telok Sareh ada juga keturunan Bugis dibawah Salasilah Ngah Pidup dan Tok Sagor didalam blog ini. Salasilah yang ada pada saya mungkin tak lengkap, jadi jika saya terjumpa dalam pencarian saya akan saya paparkan diblog ini.
Saya adalah dari keturunan penghulu mukim layang layang namanya mohamad taha ..kenapa nama moyang mohamad taha tiada dalam catitan pada makam
Salasilah nama YB hj saaudi bin ahmad zakaria bin mohamad taha bin panjang ogek ...tiada catatan mohamad taha pada makam panjang ogek ...mohamad taha adalah penghulu mukim layang layang parit
Mohamad taha dikebumikan dilambor kanan,anak anaknya isteri tua ahmad zakaria,mahyeddin,marbiah,ramlah,anak anak isteri muda mat taha (penghulu mukim layang ),che arpah,che ah
Isteri tua mohamad taha hajjah zainab.isteri muda hajjah mariah
Maaf tuan, saya tidak dapat menjawab persoalan tuan kerana susur galur TPO ini ada di FB dan silalah semak dengan mereka. Mereka ada Persatuan dan dulu setiap tahun mereka mengadakan tahlil dimakam TPO. Senarai salasilah TPO ni pun lengkap disimpan oleh keturunan ini.
Melan zubir bin YB saudi bin ahmad zakaria bin toh maharaja dewa hj mohamad @ pandak taha bin toh maharaja dewa panjang ogek bin toh adap uda katab bin toh adap kanda aman ..ini toh maharaja dewa hj mohamad @ pandak isterinya raja zainab bin toh temengong paduka raja alang abu kassim kerabat sultan muzafar shah 1 sultan perak yg pertama ..raja zainab ni cucu sultan ismail sultan perak ke 25..inilah keturunan saya ank jati lahir dilambor kanan
Penerangan yang lengkap, terima kasih tuan.
Assalamualaikum,adakah ngah idris mempunyai anak nya bernama hj ahmad? Arwah hj ahmad duduk di bota kiri...
Waalaikumusalam,
Yang ini tak pasti tuan...
salam.
Waalaikumusalam, terima kasih kerana sudi melayari blog ini.
Askum boleh saya tahu. Susur galur nie ada kaitan dengan Abdul rahman bin haji dahalan tak. Isteri dia yon @ ainun binti yeop ibrahim
Catat Ulasan