Memaparkan catatan dengan label OGEK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OGEK. Papar semua catatan

Selasa, 26 Julai 2011

SALASILAH TOK LAMIT (CICIT TOK KADOK)





Salasilah Tok Lamit (cicit tok Kadok)



Salasilah Toh Dewa Panjang Ogek.


Senarai nama-nama anak dan isteri Toh Panjang Ogek.




Gambo ni dipercayai ditangkap pade tahun 1926. Dari Kiri ke kanan. Anjang Talib B Panjang Ogek, Abdul Jabbar B. Panjang Ogek, Fatimah @ Long Mayong Bt. Kulop Ali (Isteri kepada Abdul Jabbar), Mohd Lazim B Alang Jumaat (Menantu kepada Arbi), Arbi B. Panjang Ogek .
Foto ini sumbangan dari Azizul Jabbar dan Tajul Ariffin Abd Ghani.


Salasilah Tok Lamit telah diusahakan oleh Encik Rosdi  bagi memperlihatkan asal usul keturunannya yang beliau ketahui dari Tok kadok dan Toh Dewa Panjang Ogek. Menyenaraikan susur galur salasilah bukanlah kerja mudah, namun anak muda ini begitu berminat dengan nasab dan keturunannya. Memang bagus sekali mencari sendiri asal usul keturunan serta mengetahui pantang larang sumpahan Tok Kadok.Menurutnya salasilah ini telah dipamerkan di ruang depan rumah beliau untuk tatapan.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rosdi Safian kerana memberikan salasilah Tok Lamit ini untuk dipamerkan diblog ini.

*Atas permintaan Encik Rosdi foto-foto berkaitan beliau telah di keluarkan oleh penulis.

Ahad, 24 Julai 2011

MAKAM TOH DEWA PANJANG OGEK.(LAMBOR KIRI)



Pintu Gerbang - Jalan susur masuk ke Makam 
Toh Dewa Seri Maharaja Panjang Ogek bin Uda Khatab.



SALASILAH TOK LAMIT.
(Salasilah ini adalah sumbangan dari Encik Rosdi Safian)



SENARAI NAMA ANAK DAN ISTERINYA DIMAKAM.



Binaan Makam Toh Panjang Ogek.



Batu nisan Makam Toh Panjang Ogek





Terdapat makam-makam para waris Toh Panjang Ogek disekeliling makam ini yang turut terdapat binaan juga.Selain makam kelihatan rumah-rumah usang yang ditinggalkan dikiri dan kanan jalan masuk kemakam.











Terdapat juga Pondok Wakaf disediakan berdekatan makam.


Papan Tanda Peringatan kepada pelawat.


Makam Toh Panjang Ogek ini terletak di Kampong Lambor Kiri, Jalan masuk dari susur kiri dari jalan Besar Bota Kiri ke Ulu Dedap atau Pasir Salak.


Susur masuk ke Pejabat Persatuan Susur Galur Tok Uda Bahrum sepertimana kelihatan foto rumah dibawah.Sebelum susur masuk jalan berkenaan,susur masuk ke JPS Lambor kiri.Walaubagaimana pun susur ke JPS kenderaan tak boleh sampai ke makam berkenaan, cuma laluan penjalan kaki sahaja yang boleh menyusur ke makam kira-kira 100meter dari bangunan JPS.



Pejabat Persatuan Susur Galur Tok Uda Bahrum.

Kira-kira 450 ke 500 meter menyusur jalan berkenaan kearah tebing sungai dan terdapat simpang tiga, ambil jalan ke kiri dan dari sini 450 ke 500 meter lagi kehulu dan tuan-tuan akan melihat pintu gerbang sepertimana foto diatas. Jalan masuk adalah jalan tar dan hanya muat satu buah kereta sahaja jika berselisih dengan motor pun terpaksalah berhenti untuk memberi laluan salah satu antaranya. Terdapat juga jalan susur masuk dari Sekolah Kebangsaan Lambor Kiri, JPS dan belakang Masjid Jabariah Lambor Kiri dan susurlah ke kiri bila berada diatas ban sungai.