Biarlah saya tafsir mengikut pemahaman saya yang telah berkecimpung selama 20 tahun menjalani rawatan saka bersama beberapa Perawat Islam yang handal-handal belaka . Izinkan saya berbicara bab-bab yang sesetengah orang rasa remih tak dimasuk dek akal fikiran manusia………………………….....................
Dalam pengertian istilah "saka"ini ianya diambil dari urutan nama "Tanah Pusaka" atau lebih tepat lagi "Harta Pusaka". Harta Pusaka adalah benda atau harta yang nyata (tak pakai cermin mata pun nampak) tetapi saka makhlok (jin) yg dipusaki oleh waris dari keturunan yang terdahulu (pakai cermin mata hitam ke, tak pakai ke tetap tak nampak dialam nyata -kita semua rabun mata batin) samaada pihak waris mahu ke tak mahu ke hukumnya mandatori (mesti terima tak boleh lari).
Punca saka ini datang (bukan dari pejabat tanah dan daerah untuk di cari kuasa pusaka) ianya datang dari beberapa punca dan mengikut pandangan saya hanya dibahagikan kepada tiga punca utama sahaja :-
a) Dampingan b) Tuntutan c) Belian .
Saka Dampingan - jin dampingan ni wujud apabila ianya samaada datang sendiri atau melalui peralatan dan amalan. Berbagai teknik serta cara pihak jin ni datang dan akan diwarisi oleh anak cucu setelah golongan peringkat-peringkat pertama ini telah putus nafas. Orang yg menerima jadi hebat dan gagah serta lain-lain keistimewaan yang jika dipandang memiliki kelebihan dari manusia biasa.
Saka Tuntutan - Ilmu-ilmu orang melayu juga mempunyai jin-jin atau kita panggil khadam/penjaga ayat bagi Al-Quran tapi ilmu-ilmu jampi serapah ianya juga ada khadam atau penjaga yang merupakan jin-jin yang hebat. Contoh kebiasaannya apabila ilmu cantik la....asyik sekampong...."umpama bulan penuh dan semua yg memandang ku akan asyik....." kalau mengikut perawat rupa kita memang cantik tetapi umpama pakai topeng kecantikan apabila kita seru dan amalkan kerana makhlok tersebut memainkan peranan atas seru kita tadi. Maka ayat atau ilmu ini akan jadi saka ayat pula apabila orang lain mengambil ilmu berkenaan dan apa lagi anak cucunya. Ada banyak bab ilmuan orang melayu yang berkaitan dengan seruan atau penjaga ilmuan ini, hanya yang punyai mata batin, kyasaf atau pandangan mata hati sahaja yang mampu melihat, itu pun bergantung kepada kekuatan mata batin orang berkenaan untuk menembusi penyamaran rupa sebenar makhlok berkenaan. Jika tidak kita akan tertipu juga.
Saka Belian - Jin-jin ini diambil atau diistilahkan dibeli dari peraih-peraih (saya tak tahu nama peraih atau pembekal jin ni) yang menggunakan nama bilangan puntung atau bara. Kalau kita beli ayam dipasar kita istilahkan seekor tapi dalam urusan pembelian atau penerimaan jin-jin ini digunakan berapa puntung atau bara. Kegunaanya untuk bagi orang dulu berbagai dan diantaranya tukang mengorek parit sempadan tanah,penjaga dusun,penjaga rumah dan banyak lagi lah. Anak cucu juga akan menerima saka ini setelah orang pertama ini hilang nafas. Jin-jin ini sungguh panjang umurnya, kalau setakat 200-300 tahun, baru umpama 4 atau 5 tahun umur manusia. Kelihatan hebat dan nampak kuat tapi menggunakan kekuatan mahklok ini dan sampai masa dihujung nafas barulah kita tahu mahklok ini menggunakan jasad kita untuk makan berpinggan pinggan dan berbesin besin malah bila nak meninggal terpaksa buka atap la dan buang kesungai serta tanam jagung atau kekacang yang telah direbus bagi menitpu mahklok tersebut agar jangan menganggu anak cucu waris tersebut.
Terdapat banyak surah didalam Al-Quran yg membicarakan kewujudan tentang jin-jin ini, diantaranya Suarah Al-Hijr ayat 26-27,
Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari Lumpur hitam yang diberi bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum diciptakan manusia daripada api yang sangat panas.
Surah Ar-Rahman ayat 15,
Yang bermaksud : Dia (Allah) mencipta Jann (Jin) dari nyalaan api (Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij)
Surah Al-'Araf ayat 12
Yang bermaksud : Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan ciptakan dia (Adam) dari tanah.
Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim r.a
Maksudnya : “Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah).
Apabila kita cerita bab saka samalah juga kita berbicara bab Jin dan syaitan. para ilmuan dan bijak pandai agama sebenarnya banyak mengajar bab jin dan syaitan yg lebih luas dari bab saka ni. Cuma kita ambil tahu atau tidak je, dalam internate ni bersepah bab jin dan saka, soalnya kita hidup zaman ini perlukan bukti sohih baru semua nak percaya, itu pun kalau nak percaya !!!
1 ulasan:
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Kelantan.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
Catat Ulasan