Isnin, 11 Oktober 2010

ROH.




Merujuk kepada Firman Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Israk ayat 85;


Dan mereka bertanya kepada mu tentang roh,katakanlah "Roh itu termasuk urusan Tuhan ku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit"


Demikianlah yang mana manusia hanya diberikan sedikit sahaja ilmu tentang ROH, akan tetapi dengan sedikit ilmu ini manusia berusaha mengkaji dan telah berjaya mengambil beberapa manfaatnya terutamanya dalam konteks Ilmu Kerohanian dan Alam Ghaib.Mengikiut tafsiran seorang guru tasauf "melainkan sedikit" bermakna umpama luasnya lautan untuk diterokai oleh manusia tentang bab Roh.

Berdasarkan ilmu dan kajian ahli-ahli ilmu kerohanian, ROH manusia terdiri daripada himpunan 9 jenis Roh. Setiap Roh ini mempunyai fungsinya yang tersendiri seperti berikut;
1. Roh Idofi - Roh Utama
2. Roh Rabbani - Roh yang sukar ditemui. Bersifat diam dan tidak mempunyai apa-apa kehendak. Sifat kehambaan yang sebenar-benarnya.
3. Roh Rohani - Roh yang berkaitan dengan nafsu
4. Roh Nurani - Roh yang berkaitan dengan hati yang baik (nafsu mutmainnah)
5. Roh Kudus - Roh berkaitan berhubungan dengan berbuat kebaikan
6. Roh Rahmani - Roh yang mempengaruhi manusia bersifat sosial dan suka memberi
7. Roh Jasmani - Roh yang menguasai seluruh darah dan urat. Roh yang menjadikan kita sakit dan seumpamanya. Sekiranya kita dapat menguasainya, ditusuk jarum pun tidak akan rasa sakit. Roh ini mudah dikuasai oleh nafsu amarah dan sifat kebinatangan buat manusia seperti suka makan,bersetubuh, malas dsb.
8. Roh Nabati - Roh yang mengendalikan perkembangan dan pertumbuhan badan fizikal
9. Roh Rewani - Roh yang menjaga tubuh fizikal dan pemikiran. Bila tidur,roh ini yang keluar.
Penerokaan roh kita kealam lain atau alam nyata...ianya sukar dibayangkan, sepertimana berterbangannya burung-burung diangkasa kemana sahaja samaada anda mengikut system gps sebagai panduan atau nurani anda memacu panduan seadanya. Bertemu alam jin,bunian,alam roh orang yg telah pergi, wali-wali Allah ,Malaikat atau kerajaan Wilayah dan sebagainya. Seperti juga dialam nyata, apakah kenderaan yg dinaiki ? atau meluncur laju tanpa apa-apa kenaikan ? atau diiringi ? atau …………………..
Apakah beza Roh & Sukma ? bagi saya ianya berbeza dari segi bahasa sahaja. Fungsi utamanya adalah sama.Agak-agak berapakah kelajuan sesuatu roh digerakan melalui kelajuannya ? dari pengamatan saya ianya bergerak selaju 500km sesaat atau mungkin lebih dari itu.

Wallahhualam..


Pandangan 1, sahabat saya memberi pandangannya tentang meraga sukma (roh)...........

Menurut apa yg saya tahu drp guru ,ia adalah penerokaan roh kita kealam lain atau alam nyata...meraga sukma bkn saja utk kita kelalam ghaib tp kealam nyata juga melalui perjalanan roh...Alam nyata cthnya nak melihat keadaaan kampung dan sbgnya..
Menurut guru yg menceritakan roh kita ada 9 dan semasa meraga sukma hanya 1 roh saja yg keluar,dan tidak perlu bimbang kerana mereka tidak boleh mngaggu kita..dan semasa meraga sukma alam ghaib dpt melihat kita dan kita dpt melihat alamnya juga dan berjumpa dgn mereka..

Berbeza dgn terawangan hanya kita dpt melihat alamnya tp ia tidak dpt melihat kita dan kita tidak boleh buat apa2 disana.hanya melawat dan melihat..
latihan mngikut tahap kemampuan masing2,ada yg 7 hari latih dah boleh gi,ada gak yg 9 hari,dan ada yg tak dpt langsung...(biasanya 7cakra dlm diri telah diakseskan)
Peringkat awal selalunya kita meditasi dan pusing area dlm rumah,pastu luar rumah,pastu seterusnya ketempat jauh bergantung dgn niat kita...
Ada gak yg xperlu meditasi hanya tennang jer (pejam mata terus dah sampai) ada yg tgh baring pn dah sampai...

Pandangan 2.

.....saya nyatakan aspek yg di terangkan oleh sesetengah paranormal yg saya temui. Roh hanya datang dan pergi sekali sahaja didalam tubuh kita, pertama semasa didalam perut ibu dan kedua pergi setelah dijemput oleh malaikat. Apabila dijemput bermakna mati, qo'rim tak terlibat didalam meraga sukma ?, pecahan roh pula seperti diterangkan oleh tuan diatas. Memang roh boleh keluar dan masuk kembali serta ianya digelar "meraga sukma" tak pelik jika berguru serta mengamalkannya. Tuan-tuan boleh menggapai kealam jin,bunian, para roh,alam wali-wali dan seterusnya...........melihat kebesaran Allah. Disini saya perturunankan difinisi atau makna meraga sukma sebagaimana yang saya tahu atau yang diberitahu.

" Meraga sukma (pemikiran)adalah suatu proses pelepasan sukma dari raga untuk melakukan perjalanan yang tidak dibatasi oleh ruang dan waktu. Proses ini bila sempurna maka semua rasa panca indera pelakunya dibawa keluar, sehingga sukmanya mampu mendengar, merasakan, melihat dan meraba lingkungan sekitarnya dengan sukma itu sendiri secara nyata ". Dalam proses ini ada yang berpendapat Qo'rim juga terlibat sama ini kerana menurutnya hanya Qo'rim yang boleh berperanan merasa,mendengar dan melihat serta .....................wallahualam.


Apakah meraga sukma diperbolehkan dalam syariat Islam? Marilah kita baca firman Allah SWT ini, “Seluruh jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya, melainkan dengan kekuatan.” (QS. Ar Rahman:33)

4 ulasan:

TOK KUTAN berkata...

Bercakap tentang ruh bukan sekadar bercakap tentang meraga sukma.Jauh sekali penyimpangannya.. itu hanya sebatas berbicara tentang martabat nafsani. Jangan disalah fahami atau disalah tafsirkan...nanti ramai yg keliru dalam ertikata berbicara tentang martabat ruh yg sesungguhnya.

aisbatu berkata...

Benar saranan tokkutan tu,entry atau topik ini saya keluarkan untuk menjawab serba sedikit soalan pihak waris-waris Tok kadok, selebihnye pihak waris kena cari sendiri dan tak sesuailah saya detailkan disini kerana ianya perlu berguru yg mursyid. Saya amat berbesar hati pada tokkutan jika dapat mengirimkan penerangan tentang roh untuk kita kongsi bersama,terima kasih banyak.

Sham berkata...

500km sesaat kelajuan roh..X masuk akal.Kelajuan roh melebihi Kelajuan cahaya..Masakan 500km sesaat sahaja..

aisbatu berkata...

Mohon maaf tuan, Hisham.Perkara begini perlu merujuk guru yang arif tuan......bukan sengaja saya tulis