Selasa, 5 Oktober 2010

LEMBING BESI TULANG MAWAS HULU NIBUNG.

Lembing Besi Tulang Mawas Hulu Nibung.

Lembing ini merupakan pusaka dari keturunan yang terdahulu iaitu dari Moyang Busu Mamat bin Uda Bahrum (keturunan Tok Kadok). Lembing ini dipercayai telah berusia ratusan tahun dan dikhabarkan lembing ini seketika dahulu boleh terbang dengan sendirinya dengan mengikut arahan tuan punya. Sekarang ianya tidak berfungsi untuk terbang lagi kerana disimpan dan diikat kemas ditempat yang selamat. Tiada syarat khas untuk menyimpannya dan adakalanya lembing ini berbunyi sendiri dengan cara getarannya. Kini pewarisnya adalah Zainuddin bin Itam Saidin yang tinggal di Kampong Penyor Pekan Pahang.

Selain Lembing, peralatan mendulang emas, menguji emas, batu petir, kerongsang emas 9,(kerongsang baju wanita) batu geliga ular, dan mutiara tiga beradik telah hilang dalam simpanan. Barang-barang ini diwarisi dari turun temurun.

4 ulasan:

Diaryhanie@blogspot.com berkata...

Adakah lembing ni diberikan sebahagiannya kepada waris yg lain kerana saya pernah melihat lembing seperti ini dirumah Arwah Dato saya di Lambor Kanan. Menurut tok, lembing ni akan bergetar sekiranya akan berlaku kematian di kampung tersebut. Saya tak pasti adakah ianya lembing yg sama.

aisbatu berkata...

Untuk pengetahuan puan DiariHanie kami tiada data jumlah peralatan-peralatan tersebut (mungkin banyak)jadi dalam blog ini saya akan cuba keluarkan peralatan tersebut dengan kerjasama pihak waris sebagaimana Subang Emas Pusaka serta lembing berkenaan. Mungkin ada kaitan diantaranya setelah pihak moyang-moyang kita meninggal serta pembahagian harta-harta tersebut dari jenerasi ke jenerasi. Wallah hu.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya soalan yang sama cuma pada tahun yang berbeza. saya juga pernah melihat lembing yang sama di rumah tok saya di lambor kiri.adakah lembing ini mempunyai jumlah yang banyak?

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Lembing ini memang pada asalnya dipegang atau diamanahkan kepada puak waris Lambor Kiri dan datuk saya dulu diberi amanah pula ke Telok Bakong tetapi saya tak tahu ada pasangannya disana.