Isnin, 11 Oktober 2010

SAKA KETURUNAN.

Salam sejahtera.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya mengenai saka serta pengubatannya bersama perawat-perawat yg berpengalaman mengenai saka dengan tuan-tuan.
Bagi saya saka boleh di bahagikan pada empat iaitu :-

1)SAKA HITAM,
Saka hitam ni kebanyakannya jin-jin yg telah dikenali oleh orang-orang melayu dan ada berbagai bagai jenis dan bentuk. ianya diwarisi dari keturunan nenek moyang. tempat mereka-mereka ni selalu lepak adalah diatas rumah,didalam rumah(sudut-sudut didlm rumah),pokok-pokok berhampiran rumah dan berbagai tempat lagi yg tak jauh dari rumah kediaman pewaris. Bayangkanlah jika 14 dan 15 ekor tu betapa sesaknya mereka ni dikediaman kita.
Kebanyakan perawat-perawat menyatakan mudah untuk membereskan semua mahlok ini dari kawasan kediaman kita, samaada dimusnahkan atau dipulangkan ketempatnya (alamnya).Dekat mana entahlah tak tahulah saya.

2)SAKA HITAM DAN PUTIH.
Kumpulan ini pula datangnya juga dari saka datuk nenek yg berilmu, samaada ilmu-ilmu orang melayu atau yg berkaitan dengan guru-guru agama (bukan semua hanya segelintir sahaja). Rupa bentuk pun berbagai juga tapi yg popular menyerupai manusia dan dari pinggang kebawah menyerupai sebenar mahlok tersebut. Ada yg menyerupai datuk nenek moyang kita juga terutama yg ada perjanjian dengan mahlok tersebut. Kumpulan saka yg ini adakalanya boleh mengajar ilmu-ilmu dunia melayu dan ilmu-ilmu dari guru-guru (nenek moyang kita semasa hidup - guru agama ke,guru silat ke atau berbagai lagi yg baik-baik dan putih jernih).Ilmu mistik atau kuasa mistik dari mahlok ini buat kita terpesona dengan kebolehan sendiri, jadi bagaimana saka ni nak berpisah dengan kita kerana selagi kerap kita berzikir dan amalan mendekati Allah (amalan sepertimana datuk nenek kita yg terdahulu) maka makin dekatlah kita dengan mereka ni. Tempat mereka lepak dimana ??? hampir keselurohannya dibelakang pewaris mengekori kemana sahaja, tapi tak ketinggalan juga diatas bahu,didukung,digendong, bergayut kat tengkok ,dijulang dan berbagai posisi yang mereka suka. bayangkanlah jika ada 4 atau 5 ekor............Perawat-perawat biasanya dapat mengesan kewujudan mahlok ini dari pewarisnya melalui mata batin mereka serta menangkapnya mengikut cara perawat itu sendiri.

3)SAKA PUTIH MUTIARA.
Saka putih mutiara ni biasanya juga datang dari keturunan yg hebat-hebat dan berbentuk seperti beruk, labah-labah dan ada kes juga harimau. kebolehan saka ini berfungsi dari dalaman tubuh pewaris , seperti menjadi bidan,perawat, tukang urut serta melihat barang-barang hilang dan lain-lain lagi. Bila kebolehan ini datang sendiri dan boleh berkhidmat menolong orang kita amat terpesona dan kagum dengan kebolehan sendiri tanpa menyedari ianya juga datang dari "saka" . Kalau sedar pun kita dah terpengaruh atas kebijaksanaan mahlok tersebut serta sikap sayang terhadapnya dah menebal. Tempat lepak mereka dimana ??? ini yang susah nak diterangkan......tapi saya nyatakanlah juga mengikut kata para perawat-perawat yang saya temui...tempat-tempat mereka lepak adalah seperti didalam hati,jantung, mulut dan hujung lidah, anggota sulit serta didalam otak pewaris. Kebanyakan perawat-perawat menyatakan bab ini adalah yg paling sukar untuk discan atau diimbas serta untuk ditangkap dan dimusnahkan.

4)SAKA PUTIH EMBUN.
Mewarisi dari keturunan atau tuntutan tidak pulak diketahui iaitu mempunyai pendamping para wali atau mahlok Allah seangkatan para wali atau malaikat saya pun tak mengetahuinya tapi begitulah kata perawat-perawat yg saya temui. Tak semestinya pewaris boleh nampak atau perawat pun sukar mengetahuinya melalui scan mata batin. Perkara yang ini saya pun tak mengerti apa-apa yg dicakapkan oleh perawat-perawat yg bergelar Tok Syeikh atau Pak Syeikh ni, katanya kena berlajar dan berguru yang mursyid.

Kata seorang sahabat kepada saya tentang “saka putih embun” ini iaitu :-
secara amnya...

saka hitam mengajar dan membantu dalam berbuat kejahatan....
dengan syarat yang bertentangan dengan hukum syariat...
lebih kepada jin saitan dan iblis...
lebih kepada menyakitkan dan memudaratkan pewaris...

saka putih mengajar dan membantu dalam berbuat kebaikan....
dengan syarat yang mengikut hukum syariat...
lebih kepada makhluk ghaib seperti bunian dan manusia yang dighaibkan kerana ilmu amalan nya....
namun menyakitkan juga memudaratkan jika kita tidak mengikut arahan nya...

namun para wali bukan saka keturunan...
kerana..........
wali adalah wakil allah...
wali pilihan allah...
wali berjihat dalam membantu mereka yang terpilihyang dipilih allah .......
wali tidak memilih waris dengan sewenang wenang nya....
wali mengikut pilihan dan perentah allah...
wali berjihad untuk peningkatan darjat kewalian hingga ketingkat tertinggi...( tingkat 7 )
kerana awal kewalian hanya ditingkat 4....
wali tidak masuk tinggal dalam jasad manusia....
wali tidak menyakitkan manusia...

yang perlu kita berhati hati....
hanya manusia dan jin saitan yang mengaku dan menyamar sebagai wali....

disini lah guru mursyid diperlukan untuk mengesahkan hal kewalian ini....

Begitulah cerita tentang pengalaman saya berubat melalui perawat-perawat sepanjang kira-kira sepuloh tahun mencari penawar saka yg mengganggu kehidupan dan amalan seharian saya sebagai manusia biasa. Mungkin penerangan saya ini tidak sebaik mana dan berbeza dengan pengalaman tuan-tuan tapi itulah serba sedikit pengalaman saya tentang saka yg berjumlah berpuloh-puloh itu. Saya rasa terpanggil untuk menulis pengalaman saya setelah melihat ada dikalangan keturunan Tok Kadok ini serta rakan-rakan yg lain menghadapi masalah saka ini.
Berbicara bab saka seolah-olah sama kita berbicara bab jin dan syaitan, sekurang-kurangnya kita kena ada asas pengetahuan tersebut dari guru-guru agama mahupun rujukan kepada orang yg arif dalam bab ini. Bab saka keturunan sangat luas untuk dibincangkan, yang saya terangkan tu hanya sebahagian kecil dari cerita saka ni dan pengalaman dengan kebolehan perawat adalah cerita yg berbeza. Oleh itu pendalamannya kena rujuk kepada perawat-perawat kerana pandangan dari sudut pesakit serta perawat itu sendiri berbeza. Kemudaratan akibat saka ini juga berbeza diantara pesakit ke pesakit, tak semestinya antara adik beradik yg abang tak kena. mungkin tahap atau jenis saka yg dialami tidak sama sebagaimana adik, symptom-symtom penyakit saka ini sukar dimengertikan dan dibuktikan dengan jelas, dan manusia hari ini semuanya nak dengan bukti sahih baru boleh dipercayai, itu pun jika nak percaya, kalau tidak tinggallah saka itu didalam anggota badan pewaris sebagai saka baka.

Cara sesuatu saka keluar dari badan pesakit adalah berbeza juga mengikut kebolehan Perawat, ada yang alami terasa sesuatu keluar dari badan mengikut kepala, itu salah satu cara kebolehan perawat tersebut untuk membuang saka/jin. Kadang-kadang kita tertipu juga, nampak macam dah keluar tapi rupanya temberang je, esok lusa dia kembali pulak dengan cara lain. Itu sebab kita berubat adakalanya lama dan berpanjangan. Jangan putus asa setiap penyakit mesti ada ubatnya.

24 ulasan:

minta bantuan ilmuan berkata...

kurang faham mengenai saka putih embun....

adakah,saka 2 sendiri baek? sehingga jd wali allah?
bukankah,kita dilarang berhubung dgn dunia luar untuk mengelakkan kesyirikan?

bgaimana blh jd sampai wali allah?

aisbatu berkata...

Banyak lagi tahap-tahap tersembunyi dalam mengkaji Saka dan Saka Keturunan ni tuan, kenapa tak boleh berhubung jika berkesempatan, kalau berkebolehan maka itulah jawapan dari persolanan tuan. Mestilah berguru yg mursyid.

Tanpa Nama berkata...

semua itu anugerah. mana ade kuasa yg boleh menguasai n menentukan jalan hdup kita. hanya ALLAH. kita umat paling tinngi darjat. mane ade kuasa lain yg boleh buat kita bgitu. ALLAH je yg berhak. tingkatkan ilmu. fokus hanya ALLAH dan RASULNYA semata-mata- permata 7

Tanpa Nama berkata...

Pengembaraan 40tahun dlm diri yg x prnah berhenti dan x tahu pun bila dan kat mane hentiaannya..cara paling selamat.. anggaplah semua itu adalag satu anugerah ALLAH. untuk memantapkan iman kita pd NYA semata-mata..
contohi saidina abu bakar as siddiq.. knapa syaitan takut kepadanya? kerana QURATUUN AIN. Kerna pgertiaan nya pd amalannya..waallah ualam

aisbatu berkata...

Tuan Baidury...adalah benar kata-kata tuan. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam..sy pernah berjumpa sorg ustaz dan dy ckp saya ad saka keturunan dr arwah nenek sy y mrupakan sorg bidan....persoalan sy skg knp sy y dpilih?dan bgaimana cara utk bersemuka??sbb smua ciri2 org y ad saka tiada dalam diri sy kculi cpt marah..

aisbatu berkata...

Walaikumusalam,

Tuan, mohon e-mail tuan untuk saya berbicara.

Unknown berkata...

Assalamualaikum..
Tuan
Says juga berminat untuk mengetahui tentang saka serta warisan leluhur yg saya x I tahu puncanya..
Semua bermula apabila abang says meninggal ( perawat alternatif) ..kemudian bapa saya pula meninggal dunia. Sya pernah diberitahu oleh perawat semasa didalam wad bahawa saya punyai warisan leluhur.. Ketika itu saya sakit tb yg menurut dokter tiada simptom sakit tersebut.
Tuan
tolong beri penerangan tentang masalah sya ini..says telah mula dihantui dgn masalah ini...
. Email sya: mariamyusof12@yahoo.com
Terima kasih

Unknown berkata...

assalam tuan,1 soalan dari saya,saka baik iaitu saka keturunan saya yang hendak masuk ke tubuh saya dan di halang oleh saka hitam...kedua2 saka ini cuba masuk ke tubuh saya...apa harus saya lakukan..terimakasih

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tuan Syed Dzul.

"Saka" fahamkan dengan baik kerana bukan senang untuk mengiktiraf baik dan sebaliknya mengenai saka ni. Seeloknya bersih (buangkan) semua yang hitam (sila rujuk pada yg berkemahiran) kemudian yg baik akan timbul dengan sendirinya.

Unknown berkata...

assalamualaikum, boleh terangkan pada saya apa itu panglima hitam. sbb ada orang-2 kampung cakap keluarga saya nie berketurunan orang hitam. ada orang cakap dia mcm orang berwarna hitam. badan besar dan sasa. dia slalu muncul bila ada sesuatu masalah

Unknown berkata...

saya juga keturunan sumpahan pak kaduk. kampung saya di telok bakong bota kanan perak. haritu ada panggil ustaz utk pulih rumah. ustaz pulihkan rumah lepastu dia ckp keluarga kami ada sejarahnya. ustaz tu ckp cuma makcik jea yg tahu kisahnya. nanti smpai masa nanti makcik akan ceritakan kepada anak-2 cucunya. tapi jangan paksa dia. dia akan ceritakannya. maakcik tu disini ialah opah saya. masalah skrg nie smpai skrg dia tak cerita pape pown. apa yg saya tahu sedara mara jauh dan jiran-2 kmpung ada ckp kami nie keturunan orang hutan dan bagi saya pula mungkin berketuranan panglima hitam. jadi saya nk tahu betul kea itu panglima hitam. adakah ia sejenis saka

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tuan, Panglima Hitam itu kalau didunia nyata adalah jawatan dan melalui penilaian saya tuan sudah pun mempunyai saka sebagaimana yg mengiring P.Hitam itu. Sedangkan Panglima berkenaan telah lama tiada. itulah masalah anak cucu yg punyai saka keturunan.

Tanpa Nama berkata...

Arwah ayah saya dulu ada memiliki sebilah keris . Dan ketika ayah saya dibuat orang dia ada kata tok dia ada melawat dan menyuruh dia membaca ayat2 untuk buang santau orang tu . Dia panggil orang tu tok abah . Dia kata tok abah sudah lama tak ade . Selepas ayah saya meninggal saya dan adik beradik kerap mimpi bnde bukan2 . Ibu mimpi seseorang menyerupai ayah ingin bersama . Bagaimana saya nak tau samada benda tu ada pada siapa ?

aisbatu berkata...

Puan Atikahazmi,

Terima kasih kerana melayari blog saya. Carilah perubatan Islam untuk menghindarkan mahklok yang digelar "Saka" yang berupakan HR (Hantu Raya) ini. Mungkin istilah saka yang saya beri terlalu awal tapi cuba segeralah puan berubat. Melalui jarak jauh banyak yang terselindung, oleh itu temuilah pihak yang pakar bahagiannya.

Unknown berkata...

Salam ustaz .. kami sekeluarga kena akibat buatan orang mereka buat hingga mahu kami Mati, tapi yang paling teruk adalah Ibu Dan adik perempuan saya .. dan kami sekeluarga memang akan cari bantuan untuk buang semua sihir2 ada, dah hampir 30 Tahun merawat, mereka hantar kami buang begitulah kitarannya .. alhamdulillah kami banyak jumpa dengan orang baik2 .. tapi kami tak pernah membalas .. dukun, bomoh, ustaz semua pernah Cuba .. pernah pergi berubat dekat seorang akak ni, Dan dia Kata saya boleh berubat, sbb ada pendamping .. tapi saya tak pernah tahu saya punyai kebolehan tu .. cuma saya dapat rasakan ada benda bedekatan saya, saya juga bnyak Kali pernah nmpak kelibat tapi hanya kelibat bukan nmpak sebiji makhluk .. Dan semalam kami pergi berubat lagi .. tapi dekat seorang ustaz pula .. semasa merawat adik saya, benda tu cakap saya Dan ayah saya boleh berubat sebab kami Dari keturan sheikh Dan setiap Dari kami ada pedang di belakang badan Dan pedang ayah saya lah yang paling tajam .. mungkin ayah saya bnyak mngamalkan ayat2 alquran .. dan ustaz tu meminta izin untuk menggunakan pedang ayah saya .. dan memang pedih bila kena sembelih dengan ustaz tu .. lepastu, benda tu dah masuk Islam entah betul ke tidak sbb benda ni mereka banyak akal .. benda tu nak keluar tapi tak boleh sbb dah terlalu lama, masa masuk benda tu kuat, tapi bila benda tu nak keluar benda tu dah tak kuat .. benda tu minta kami sekeluarga jaga diri, dan suruh saya belajar berubat pelan2 dan benda tu pun tahu yang saya ni penakut, dan patutkah saya belajar berubat untuk membantu keluarga saya ? Saya takut tersilap menuntut je .. dan memang ada yang mahu mengajar saya ..

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam tuan,

Saya bukan Pak Ustaz, mohon maaf.

Pendamping dan khodam dia tetap makhlok jin dan terpulanglah pada tuan untuk kekalnya atau sebaliknya. Tanyalah perawat islam tu kedudukannya. Kebolehan berubat perlu diteliti dengan jelas kerana selalunya dia kerap berdamping dengan makhluk tersebut.

Bersabit dengan pedang ,keris atau peralatan pahlawan, pakaian kalis sihir dan bermacam lagi yg semua itu dialam ghaib dan kita tak nampak. Dia datang dari keturunan (putih - cahaya) tapi kena teliti dengan orang yg berilmu untuk mengelakkan dari penipuan mahklok tersebut.

Farissya berkata...

Tuan mohon tuan email kn kepada sy.. sricandy25@gmail.com.

aisbatu berkata...

Mohon maaf Farissya, nak e-mail apa tu ?

aisbatu berkata...

Kalau nak e-mail saya, ada sebelah atas kanan atau aisbatu2003@gmail.com

Tubuhsatu berkata...

Assalamualaikum.
saya mencari info rawatan jarak dekat di sekitar kelantan (Lemal) Untuk masaalah sihir berpenjaga.
Semoga Allah membalas kebaikkan anda dengan kebaikkan yang banyak.
Tubuhsatu@gmail.com

Unknown berkata...

Assalamualaikum...
Mohon pencerahan apakah cara untuk menghilangkan saka keturunan dari mengangu?

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Tuan, tak mudah untuk menghilangkannya. kena berubat cara Islam dan dilapangan masih banyak orang alim yg berkebolehan membuangnya. Harap tuan bertemu dengan orang yg pakar membuangnya.

Tanpa Nama berkata...

Sejenis saka ilmu hitam seperti hantu raya...