Khamis, 21 Jun 2012

SALASILAH TOK KADOK.



Rumah Pandak Logam di Kampong Tua 
(pemegang dan penyimpan emas kancing ikan Tapah).



Salasilah Tok Kadok.

Salasilah Tok Kadok ini merupakan gabungan dari penulis (isteri 1) dan saudara KMY dari isteri kedua yang mana salasilah berkenaan di paparkan dibawah. Dari jurai isteri pertama Tok Kadok adalah jurai keturunan yang di ingatkan melalui mulut kemulut oleh jenerai tua ke generasi seterusnya seperti saya, salasilah yang disebut oleh Ahmad Gamat bin Alang Sumat serta Chu Talak bin Alang Sumat serta tidak ditulis atau didokumenkan seperti yang disimpan oleh saudara KMY. Terdapat juga yang mengatakan Toh Tunku merupakan anak Tok Kadok dan antara Tok Nibung Hangus dengan Uda Lahit atau ditempat Uda lahit sendiri atau nama Uda Lahit sendiri adalah Tok Polah.Penulis belum bertemu lagi salasilah yang mengatakan Toh Tunku adalah anak Tok Kadok. Ramai penyimpan salasilah Tok Kadok seperti di Batu Gajah, Ipoh serta di Manong Kuala Kangsar tidak dapat bekerja sama dengan penulis blog bagi memaparkan salasilah Tok Kadok ini untuk kita bincangkan bersama kerana beranggapan ianya milik individu atau lebih tepat dipanggil juga sebahagian dari hata pusaka. Jika generasi sekarang tidak mengetahui susunan orang terdahulu maka minat mereka untuk menyimpan salasilah tidak dapat disambung jika generasi kita tidak berusaha memaparkan salasilah tersebut.Dengan adanya internate dan facebook makin mudah lagi kita berhubung serta bertukar-tukar data salasilah serta menghargai usaha-usaha antara anak cucu Tok Kadok dalam usaha membina suatu salasilah yang boleh digunapakai oleh generasi akan datang. Dari itu jika tuan-tuan merupakan penyimpan salasilah Tok kadok atau jurai-jurainya silalah kemukakan kepada penulis blog untuk kita saling berbincang mengenai salasilah tersebut.



Rumah Puan Hjh Hasmah Pandak Logam 
di Kampong Tua Lambor Kanan.



Antara salah seorang keturunan Tok Kadok dan Imam Jaesah yang bergiat cergas sewaktu dulu menulis salasilah di pulau Tiga dan sekitarnya. Dulu beliau pernah mencetak salasilah diatas atau yang saya namakan salasilah Andak Mundam serta menjualnya dengan harga seringgit satu bagi semua keturunan Tok Kadok memilikinya. Atas usaha beliau kini beberapa salasilah yang ditulis oleh Allahyarham telah saya paparkan didalam blog ini. walau pun tidak lengkap sepenuhnya tapi generasi masa kini dapat menelitinya bagi mengenal para waris serta asal keturunan mereka. Salasilah yang ditulis oleh beliaulah yang telah diberi oleh Saudara Daud Haji Sulaiman kepada penulis untuk dikembangkan dan diperbaharui dengan jurai-jurai yang telah berkembang hingga ke jenerasi ke sepuloh dan sebelas pada masa sekarang. Salasilah dari encik Alwi bin Halim (Halim Kain) di Telok Bakong yang merupakan hasil tulisan dari pakar salasilah (En.Halim) tidak dapat dipaparkan diblog ini kerana salasilah berkenaan telah hilang dari simpananya. Sementara itu maklumat yang dikirimkan oleh Tuan Haji Norashid pula mempaparkan susunan adik beradik Tok Kadok seperti berikut :-

1. Bahum
2.Tok Kadok
3.Tok Sifat
4.Tok Tabat
5.Tok Takin.

Sama-samalah kita renungkan salasilah berkenaan.


Inilah satu-satunya foto yang dapat diambil dari Kancing Emas Tapah.


Salah satu Salasilah Tok Kadok yang dapat dikumpulkan
oleh penulis melalui saudara KMY. Salasilah ini yang asalnya
adalah tulisan jawi tapi telah dialih ke rumi.

Muka depan salasilah.

Sehingga kini penulis masih menjejak salasilah Tok Kadok serta yang terbaru Tok Nojeh bagi dipaparkan diblog ini untuk rujukan serta simpanan kita bersama. Kenapa pula Tok Nojeh ? apakah kaitannya dengan keturunan Tok Kadok ? cuba kita renungkan seketika apa yang dikatakan oleh saudara KMY ini.....

" Keturunan Tok Nojeh ada kaitan dengan Keturunan Toh Kadok saya tidak tahu
Atau dimana sangkutnya pun saya tak tahu
Tetapi selalunya keturunan Tok Nojeh ini berminat untuk mencari menantu dengan keturunan Toh Kadok
Alasan yang diberi selalunya ialah untuk merapatkan saudara kembali
Dimana kedudukan saudaranya pun saya tak tahu
Ini yang berlaku sekitar dan sebelum tahun 1960an
Keturunan Toh Nojeh ini kebanyakkannya berada di Kampung Gajah pada masa dahulu
Itu sahaja yang saya tahu "


Semoga tuan-tuan boleh menghubungi penulis jika turut mempunyai pendapat serta pandangan mengenai salasilah Tok kadok diatas yang telah saya paparkan.

Khamis, 24 Mei 2012

SALASILAH PANJANG KODENG.



Rumah Pusaka Encik Ri bin Itam Selan di Kg Tua.


SALASILAH NGAH PIDUP.





SALASILAH PANJANG KODING.

Setelah bersoreh, penulis dengan Puan Kamariah bt Chu Ahmad serta Puan Hazarah bt Ri, maka marilah kita lihat salasilah Panjang Koding bin Ngah Pidup yang mana dapat dipaparkan disini. Dari jurai ini juga anak-anaknya telah ramai merantau meninggalkan kampong Tua dan batu 16 1/2 Lambor Kanan. Puan Kamariah dan Encik Ri di Desa Tasik Sg Besi KL dan telah menetap di sini.  Emak kepada encik Ri (Chu Jenab) sebenarnya adalah pangkat anak saudara kepada Mohd Ali bin Kulop Ali dan Puan Kamariah juga pangkat anak saudara kepada datuk penulis ini, jadi Puan Kamariah dan Encik Ri merupakan kahwin sepupu.  Untuk melihat kedudukan salasilah Panjang kodeng silalah berkunjung juga ke SALASILAH NGAH PIDUP.

Sementara keluarga sebelah Alang Pilih bin Ngah Talih atau ada yang menyebut Ngah Salleh, antaranya di Selayang Selangor, Ipoh dan Taman Indera Titi Gantung (kedai runcit atau mini market). Alang Pilih atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Alang dan Alang Buta tinggal di sebelah Masjid Al-Syukuriah Telok Bakong. Dulu setiap waktu solat maka bergemalah laungan azan yang berkumandang dicorong pembesar suara masjid oleh suara ayah Alang, kini beliau telah uzur dan tinggal dirumah anaknya di Selayang (Norizan).



Andak Lisam (tengah) dan keluarganya 
di Kampong Teluk Pedayung Lambor Kanan.

Mungkin pada sesiapa dari Kampong Teluk Pedayung mengenali dan mempunyai kaitan dengan foto ini supaya memberi info kepada penulis mengenai hubung kait serta kaitan dengan ahli-ahli dalam foto ini. Kami tak dapat menyenaraikan dengan terperinci nama-nama mereka yang mungkin berada dizaman 1950an atau lebih awal dari itu. Foto adalah sumbangan dari cicit Andak Lisam iaitu Muhammad Afif Hilmi.(up-date pada 10/06/2012).



Chu Ahmad.


Chu Ahmad dan Andak Lisam (Isteri).



Berdiri dibelakang : Abdul Karim dan Aishah.
Duduk didepan : Muhammad Hassan dan Teh



 Puan Kamariah bt Chu Ahmad bersama anak dan menantunya.












Encik Ri Itam Selan.



Puan Kamariah Chu Ahmad .



 Puan Hazarah dan Kamarul Aznam (suami).



Puan Hazarah dan 4 hero-heronya.



Encik Basaruddin berbaju putih.


Dari kiri : Puan Rohana, Auzaie, Abdul Muiz,
Muhammad Afif dan En.Hilmi Hashim (suami Puan Rohana).

Setelah kita melihat jurai Andak Lisam,berikut saya paparkan pula foto-foto dari jurai Ngah Talih (Ngah Talib). Hanya sebelah Ayah Alang sahaja dapat saya paparkan kerana yang sebelah Yong Kamaliah, Ngah dan Uda tak dapat saya cari lagi. Mungkin terpaparnya salasilah Panjang Kodeng ini para warisnya dapat membantu menyenaraikan ronut yang sedia ada ini. Penulis memohon maaf kerana terpaksa menggunakan nama-nama gelaran (nama gelor) yang dikenali oleh orang kampong iaitu Ngah Carut dan Uda Kobak. Mereka ini adalah semua sedara mara penulis, mohon maaf sekali lagi.



Encik Ahmad Bidin bin Alang Pilih (baju biru) serta keluarganya.



Dua dari kiri - berdiri, Puan Mai Taksiah bt Alang Pilih.
(ketika zaman sekolah di SMSMS 1 Lambor Kanan).



Ma Taksiah bt Alang Pilih dan keluarga.



Norizan Alang Pilih



Norizan tiga dari kanan.


Bagi sanak saudara di perantauan, jika berkaitan dengan salasilah Panjang Kodeng ini info dari tuan-tuan amat dialu-alukan bagi melengkapi lagi susunan dari keturunan yang tidak boleh memakan ikan tapah ini. Iaitu keturunan Tok Kadok di Mukim Lambor.

Maklumat di up-date pada 18/09/2013.

Maklumat dari Norizan bt Alang Pilih menyatakan Alang Pilih bin Ngah Talib (Ngah Talih) bin Ngah Kumbang bin Panjang Tetap. Nama-nama ini tertera diatas geran tanah yang mereka duduki sekarang. Panjang Tetap adalah nama sebenar kepada Panjang Koding.

Maklumat dari Abu Husna - Ipoh. August 14/2014.
di kemaskini pada 25/11/2015.

Anak-anak Panjang Kodeng ada 6 semuanya.

August 14 · Ipoh ·
salam saya cucu andak lisam binti panjang kodin klu lihat dalam salasilah rasa anak panjang kodin ada enam orang kesemuanya
1. ngah talih (bapak alang buta)
2. alang lisah + uda tanda (kampuang tua, tanjung belanja)
3. uda jilid + wan da (air itam teluk intan)
4. andak lisam + chu ahmad (teluk bedayung)
5. salleh + sene (changkat jong, bagan datoh)
6. mensyah + mat pinang (uda kidiq) kati
ini yang dimaklumkan oleh Arwah bapa saya.

Khamis, 10 Mei 2012

SALASILAH PANDAK SALI (ALANG NAWI).



Keluarga Encik Embi bin Alang Nawi dan anak-anak saudaranya.



Salasilah Pandak Sali (Alang Nawi).

Dari kerjasama encik Mohamad Abdullah bin Ngah Ahmad, encik Suhaimi Embi serta Norafzani Embi maka terpaparlah satu lagi ronut dan jurai keturunan Tok Kadok. Dipercayai Pandak Sali adalah adik beradik Busu Mamat iaitu bapa kepada Alang Sumat dan Pandak Demat. Busu Mamat mempunyai 6 adik beradik dan didalam salasilah tidak terdapatnya senarai keenam-enam adik beradik tersebut, cuma dari jurai   pemegang kancing emas tapah iaitu Busu mamat sahaja yang penulis tahu. Salasilah Pandak sali ini juga sebahagian sahaja yang dapat ditulis kerana memerlukan kerjasama semua keturunannya bagi mengetahui nama-nama tersebut untuk dipaparkan. Buat masa ini hanya yang tertera sahaja yang dapat penulis paparkan untuk kita sama-sama mengenali keturunan ini. Adik beradik Alang Nawi, salah seorangnya dibelakang pekan Telok Bakong (perempuan) dan seorang lagi Tukang Basikal. Nama-nama penuh antara adik beradiknya mungkin saya perolehi sedikit masa lagi.

Seperti biasa jika terdapatnya maklumat dari para waris semua, silalah berhubung dengan penulis blog untuk mengemaskini semua data-data salasilah Pandak Sali. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama yang turut menyumbang foto iaitu Telok Bakong on line (TBO), encik Suhaimi dan Norafzani.




Salasilah Uda Mali.

Bagi Cik Norafzani dan encik Suhaimi, salasilah Uda Mali ini adalah keturunan dari sebelah Puan Bibi iaitu dari jurai Anjang Sapi. Jurai ini juga tak dapat saya penuhkan kerana tidak mempunyai data yang lengkap. Jika tuan berdua boleh memberi info maka jurai ini mungkin dapat disiapkan dengan lebih lengkap.



Belakang - Tiga dari kiri Cikgu Sopi (1)
dan duduk tiga dari kanan Puan Fauziah (2).



Encik Embi dan Puan Bibi,serta adik puan Bibi dan Norafzani.



Encik Embi dan isteri (Pn.Bibi).



Encik Mohamad Abdullah dan Isteri- Zaleha @ Norizan



Encik Suhaimi Embi.


Kelihatan encik Mohamad Abdullah bersama keturunan dari Alang Sumat dan Kulop Bahaja dimajlis perkahwinan keturunan ini di Temerloh Pahang.

Selasa, 10 April 2012

BLOG AL-LAMBORRI.


Sekolah Lama Lambor Kiri.

(Dalam Kenangan).

السلام عليكم ورحمةله هيوبركاته                                

Sesungguhnya catatan serta pengalaman generasi yang terdahulu patut kita amati dan sanjungi dimana susah senang  dalam mengharungi perjuangan dalam kehidupan mereka dimasa dulu, kini dipaparkan melalui tulisan yang ditinggalkan oleh warisnya bagi kita kongsi bersama pengalaman ini. Tak jauh beza suasana sekolah di Lambor Kiri dan Kanan waktu itu, malah pelajar-pelajarnya dari keturunan yang sama iaitu Maharaja Lambor dan Tok Kadok. Penulis ingin paparkan sedikit catatan diblog Al-Lamborri ini untuk tuan-tuan amati serta layari bagi meneliti catatan yang ditulis oleh generasi yang terdahulu.

MURID-MURID SEKOLAH MELAYU LAMBOR KIRI YANG AWAL LULUS DARJAH LIMA: Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak.







MURID-MURID SEKOLAH MELAYU LAMBOR KIRI

YANG AWAL LULUS DARJAH LIMA


Sebagaimana yang telah disebutkan saya dan tiga orang murid yang lain ialah murid-murid yang pertama sekali lulus di dalam darjah lima daripada Sekolah Melayu Lambor Kiri di tahun yang awal peperiksaan itu diadakan.  Kami yang berempat itu ialah:-

1.      Ngah Mohd Talib bin Kulop Karap
2.      Alang Mat Jali bin Kulop Deris
3.      Itam Kanda (Itam Abdul Ghani) bin Kulop Ali
4.      Mohd Yaakob Ngah Abas

Dalam tahun 1910, mereka yang ketiga telah dapat pekerjaan kerajaan belaka, iaitu:-

1.      Ngah Mohd Talib bin Kulop Karap
Sebagai Kastam O.D.A.
2.      Alang Mat Jali bin Kulop Deris
Sebagai Guru Penolong
3.      Itam Abdul Ghani bin Kulop Ali
Sebagai Guru Penolong

Tetapi Alang Mat Jali bin Kulop Deris, abang saudara saya itu tidak lama ia dalam jawatan kerana ia ditukarkan ke tempat lain.  Pada masa itu gaji guru penolong amat rendah.Sebaliknya, harga getah perca beratus ringgit sepikul lalu ia meletakkan jawatan.

Oleh itu tinggallah saya seorang diri menganggur.  Bagaimanapun, saya bagi kali yang ketiga telah sekali lagi masuk di dalam peperiksaan darjah lima di hujung tahun itu (1910) dan dengan senang telah sekali lagi lulus di dalam darjah itu serta mendapat sijil.




bersambung


Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA







Allahyarham Tn Hj Mohd Yaakob bin Hj Abas Al-Lamborri.



Tuan-puan boleh terus mengikuti catatan seturusnya dengan melayari   laman blog http://allamborri.blogspot.com


Terima kasih kepada penyumbang foto, 
Muka Buku Anak Perak dan Alumni SK Lambor Kiri.




Isnin, 2 April 2012

SEJARAH PONDOK AGAMA DI TELOK BAKONG.


Sekolah Pondok dan Madrasah Nur Ambia
Kampong Telok Bakong Hilir.



Kawasan makam Pahlawan Aceh Kg Paloh/Telok Bakong.


سجاره ڤوندوق اڬام دتلوق باكوڠ

Terdapat 3 surau dan sebuah Masjid di Telok Bakong, Surau Telok Bakong Hulu, Surau Padang Marhom (Al-Makbullah), Madrasah Nur Ambia Telok Bakong Hilir serta Masjid Al-Syukuriah. Ada sebuah lagi Surau yang telah dirobohkan iaitu Surau Tuan Din (Guru Quran) di Telok Bakong Tengah, ianya terlalu hampir dengan Masjid iaitu kira-kira 200meter sahaja ,serta bersebelahan dengan kedai runcit “Che Teik”. Jika kebaruh dari arah kedai runcit ini iaitu menuju ke hulu sedikit ditepi tebing sungai Air Mati didaerah ini kita akan menemui makam pembesar Aceh dan isterinya (Tok Kelempayan ).

Ketika Masjid Telok Bakong dibuat dari kayu dan nak digantikan dengan benaan batu (sekarang) suatu bantahan dari penduduk serta guru-guru agama telah dijalankan bagi membantah perobohan masjid berkenaan walau pun ianya dijanjikan dengan benaan yang baru. Atas campur tangan pihak berwajib, maka masjid yang ada sekarang telah dibina dan disiapkan sepertimana ada sekarang. Guru-guru agama ramai memberi kuliah dimasjid ini dan aktiviti mengimarahkan masjid berjalan dengan begitu baik. Adakah tapak masjid ini pernah wujud sekolah pondok ? jika menemu bual orang-orang terdahulu yang ketika itu masih kecil dan sekarang telah berusia mencecah 60 ke 70 tahun, mereka menceritakan tiadanya sekolah pondok ditapak masjid ini sewaktu masjid ini dibinaan kayu dahulu. Sebuah surau lama iaitu yang diusahakan oleh Tuan Haji Zamzuri iaitu ketika ianya ditapak lama ( Madrasah Nur Ambia), merupakan sekolah pondok, maka benarlah wujudnya sekolah pondok di Telok Bakong. Jarak pemakaman Pahlawan Aceh ini dengan Madrasah Nur Ambia adalah kira-kira 750 meter saja dan kedudukan Madrasah ini juga hampir benar dengan Sungai Perak.

Kemungkinan wujudnya sekolah pondok berkenaan adalah warisan dari kedatangan pemerintahan Aceh Darulsalam sepertimana peninggalan makam-makam pemerintahannya yang ada di Telok Bakong Tengah dan Hilir. Ada kemungkinan juga wujud tapak sekolah pondok yang lain didaerah ini kerana penyelidikan yang berterusan masih dilakukan oleh penulis.

Catatan di mukasurat 37.


Tulisan atau catatan diatas dipetik dari muka surat 37 dan 38 buku yang ditulis oleh Dr. Abdul Rahman Hj Abdullah sebagaimana dibawah.


Buku Pemikiran Islam di Malaysia
Sejarah dan Aliran. 
Tulisan Dr. Abdul Rahman Hj Abdullah.



Kitab Lama yang diambil oleh N.A.Halim pada orang Kg Paloh/Telok Bakong semasa penyelidikan dan kajian di makam Pahlawan Aceh. Buku atau kitab ini adalah setebal 59 muka surat.


Muka surat kitab yang kedua.



Gambar hiasan sebahagian pelajar tahfiz - 
Institut Maahad Tahfiz Al-Azim (IMTAZ) Bandar Country Rawang.



Masjid Al-Syukuriah Telok Bakong.



Foto hiasan -Kuliah Muslimat di Masjid Telok Bakong.



Madrasah Al-Makbullah Padang Marhum, Telok Bakong.




Madrasah Telok Bakong Hulu.

Kesinambungan kewujudan sekolah pondok di Telok Bakong patut di sambung kembali oleh generasi sekarang supaya generasi baru terdidik dan seterusnya melahirkan cerdik pandai didalam bidang agama terus wujud di Kampong Telok Bakong.



Tuan Amri bin Mat Saaid.

Terima kasih kepada penyumbang artikal dan penyelidik kewujudannya Sejarah Pondok Agama Di Telok Bakong iaitu Tuan Amri Mat Saaid, dan beliau juga adalah salah seorang berpendidikan dari Sekolah Pondok