Khamis, 13 Oktober 2011

SALASILAH NGAH IBRAHIM DAN PUTIH ARPAH (JURAI MARIAM @ PUTRI TEH KUDUS)




Rumah asal Puan Mariam di Kampong Pendiat,
Layang Kanan Parit.



Puan Mariam dan Kulop Hamzah (suami)



DR.Robiah (kiri)anak kedua dan suami .



Rumah kediaman yang telah diperbaharui
di Pendiat, Layang Kanan.




Kedudukan Puam Mariam dan Puan Maimunah didalam Salasilah 
Ngah Ibrahim & Putih Arpah.



Encik Hamizin dan isteri.



Puan Mariam bersama suami kedua dan anak-anak cucunya.


KETURUNAN NGAH IBRAHIM/PUTIH ARPAH....
ANAK KEPADA NGAH ROKIAH/MAT ARIFF...
DARI KIRI...TOK SIDEK,TOK ZAKARIA,TOK RAHIM,
OPAH HJH AMINAH,OPAH MUNAH DAN OPAH YAM..
( Azman Ibrahim ).



KETURUNAN NGAH IBRAHIM/PUTIH ARPAH....
ANAK KEPADA NGAH ROKIAH/MAT ARIFF...TOK SIDEK
( Azman Ibrahim )



Azman Ibtrahim (cucu  Mariam ) 
dan Isteri Intan Zahurah Zahadi


Yong Zul Fa dan suami Mat - cucu Pn Mariam.






Yong Zuraida dan Azman.




Norazrin dan isteri.




Terima kasih banyak kepada encik Azman Ibrahim yang telah mengirim gambar-gambar dari jurai keturunan Puan Mariam - Ronut dari Ngah Ibrahim. Rumah puan Mariam pada asalnya terletak di belakang Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Bakong atau dulunya Sekolah Inggeris (rumah berkenaan telah tiada) Berdekatan juga dengan rumah asal Ngah Ibrahim yang sekarang didiami oleh encik Osman Tongkah. Rumah kediaman ini juga setelah puan Mariam tiada telah didiami oleh Lop Osman iaitu adik Puan Mariam. Rumah penulis juga tidak jauh dari rumah puan Mariam ini. 


32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..ingin bertanya..ada sesiapa mengenali keturunan arwah tok MUHAMMED yg pernah berkahwin dgn arwah opah MAIMUNAH dari susur galur moyang MAT ARIFF/NGAH ROKIAH.utk makluman anak dari isteri pertama TOK MUHAMMED (kakak tiri ayah saya(IBRAHIM /YONG ARBI)masih ada di TELOK BAKONG)..AZMAN IBRAHIM

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Untuk makluman tuan Azman saya tak menyimpan sebarang data salasilah di sebelah "Tok Muhammed" iaitu datuk tuan. Saya juga menghadapi masalah untuk mengesan salasilah kerana tiadanya kerjasama atau masing-masing tidak mengetahui keturunan disebelah moyang-moyang mereka. Walaubagaimana pun jika saya berjumpa saya akan paparkan didalam blog ini.

Tanpa Nama berkata...

tak apa ...saya akan usahakan..dan terimakasih saya dahulukan jika tuan dulu yg terjumpa....namun berbanyak terimakasih di atas usaha2 tuan memaparkan salasilah keturunan saya...semoga usaha tuan diberkati.wassallam

Tanpa Nama berkata...

salam..saya baru mendapat informasi tentang"Tok Muhammed"yg bersumber dari ayahanda IBRAHIM (ayah kandung)dan sepupu tiri (ABU) saya,beliau adalah cucu tok Muhammed hasil dari perkahwinan pertama Tok Muhammed (HABSAH SAMEK),sebelum beliau berkahwin dengan opah MAIMUNAH.Di bawah ini saya sertakan salasilahnya:Tok Muhammed bin Ngah Mat Saman,dikenali juga sebagai Tok Muhammed Hassim dan bekerja sebagai penjual ayam kg. mempunyai 3 orang adik beradik iaitu Shile,Maimunah dan Alid.beliau berkahwin dan mempunyai 2 orang isteri iaitu HABSAH SAMEK dan MAIMUNAH MAT ARIFF.keturunan dari MAIMUNAH telah dicatitkan di dlm blog ini (tidak termasuk cicit-cicitnya)dan ini keturunan dari OPAH HABSAH SAMEK:anaknya HALIMAH dan berkahwin dgn OTHMAN UDA ISMAIL.nama anak-anak hasil dari perkahwinan ini akan disertakan kemudian. utk makluman tuan dan saya akan usahakan lagi pencarian ..berbanyak terimakasih di atas usaha2 tuan memaparkan salasilah keturunan saya...semoga usaha tuan diberkati.wassallam. azman ibrahim

aisbatu berkata...

Untuk tuan Azman teruskan usaha pencarian kerana pihak tuan lebih menepati susur galurnya dan memudahkan pengamatan yg tepat, jika ketemu hubungilah saya........

Tanpa Nama berkata...

salam tuan blog.
tadi saya ada search nama Umi Dr Robiah K Hamzah di google dan saya terjumpa blog tuan ni.

err sy sbenarnya masih tak faham..umi Robiah Hamzah ni keturunan diraja kee..?

-hamba Allah,peminat Umi Robiah Hamzah.

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Asal usul keturunan Tok Kadok adalah dipercayai dari keturunan Raja Siak Inderapura atau ada yg cerita dari Raja Palembang....tapi tiada dokumen yg pasti. Dr.Robiah juga dari jurai keturunan Tok Kadok dan terkait juga Pantang Larang tidak boleh menjamah ikan tapah...

cikguku berkata...



salam.. baru2 nie ayah ada bercerita tentang keturunan kami bermula cerita unyang saya iaitu Raja Daud bin Raja Ngah ( ayah pun tak tahu keturunan dari isteri Raja Ngah Ibrahim yang ke berapa ) Di khabar beliau beristeri 3.Adik beradik Unyang saya ada 4 orang iaitu Raja Mat, Raja Daud , Raja Endut dan Raja Hamidah. Persamaan cerita yang mengaitkan keturunan kami dengan Raja Ngah dengan Raja Ngah Ibrahim ialah cerita berkenaan raja Ngah kami merupakan pembesar yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W Birch. Telah dibuang negeri dan keturunan kami dipaksa menyembunyikan nama sebenar dan segala identiti dirahsiakan agar tidak dibunuh oleh pihak British. Keturunan kami ada yang terpaksa menyamar sebagai orang kebanyakkan dengan membuang gelaran raja.Kami yakin bahawa Raja Ngah dari keturunan kami adalah Raja Ngah Ibrahim yang disebut-sebut. Raja Mat mempunyai 3 orang anak iaitu Raja Usman bin Raja Mat, Raja Abdul Rahman bin Raja Mat dan Raja Meliah bt Raja Mat. Raja Abdul Rahman bin Raja Mat akan tetap dijemput oleh Sultan ( semasa istana di Telok Anson )dalam semua majlis dan upacara pertabalan, tidak ketinggalan semasa upacara di Beting Beras Basah. Info : Untuk pertabalan, Pedang Kerajaan ( Cura Simanja Kini ) di celupkan di Kuala Sungai Perak dikawasan beting beras basah, maka berbunyi lah deringan menunjukkan sahnya raja tersebut adalah pewaris yang sah untuk menduduki tahta kerajaan sebagai Sultan Perak yang sah. Upacara ini adalah “wajib” dan tidak melakukannya maka tidaklah dianggap sah perlantikkan tersebut. Info ini dinyatakan untuk menunjukkan bahawa keturunan kami adalah yang terpenting dalam Kesultanan Perak tetapi telah terputus hububgan dan kami ingin kembali. Kepada sesiapa yang ingin membantu harap dapat hubungi saya Raja Khairuddin bin Raja Majid ditalian 014 5042235


aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Cikguku,saya sebagai pengelola blog ini membuka dan memberi laluan bagi kerjasama menjejak keturunan sepertimana yg dinyatakan diatas. Silalah berhubung jika mempunyai data dan waris yg boleh menerangkan duduk perkara untuk mengenali dan merapatkan kembali keturunan ini.

Unknown berkata...

salam sejahtera ...
adakah keturunan ini sama susur dengan raja ngah iskandar ngah puteh

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Raja Ngah Iskandar Ngah Puteh tu dari daerah mana ?

Unknown berkata...

Boleh saya tau raja abdul rahman bin raja mat tu berasal dari mana??

aisbatu berkata...

Puan Yusnita Yusoff, saya tak punyai data atau rekod tentang Raja Abdul Rahman bin Raja Mat.Mohon maaf.

FaizalRSD berkata...

As salam,saya ingin bertanya,adakah Ngah Ibrahim dan Ngah Prang mempunyai kaitan persaudaraan?
Terima kasih.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Yang itu saya tak tahu kerana dalam semakan saya tiada catatan yang menunjukan adik beradik Ngah Ibrahim dicatatkan.

Unknown berkata...

As salam tuan.saya ingin bertanya pada tuan.nama arwah moyang saya bernama NGAH ALI dan bapa kepada moyang saya bernama KULOP DROWAH.Adakah ini sama dgn keturunan tok kadok

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,
dalam catatan saya Ngah Ali dan Ngah Drowah tiada ditulis dimana-mana dalam salasilah, mungkin perlu penelitian dan mengetahui cabang-cabang jurai yang terlibat dengan kedua-dua nama tersebut.

Unknown berkata...

Terima kasih tuan.insha allah saya akan cuba mencari lg.jika dalam ruangan ni ada org beruas tanjung belanja dan parit.yg blh usulkan sila whatsapp saya di no 0132913036.saya mencari keturunan tok saya.sekali lg saya ucapkan terima kasih sudi membantu.

Yusnita berkata...

Salam cikguku..boleh saya tau raja abdul rahman bin raja mat berasal dari mana..sbb cerita cikguku seperti sama dgn cerita dr mak saya..yg mana atok saya yg bergelar orang kaya ad dijemput ke istana teluk anson semasa raja ditabalkan...

Yusnita berkata...

Dan nama moyang saya ngah abdul rahman

Unknown berkata...

Assalamualaikum... Keluarga sy memang tak boleh mkn ikan tapah. Arwah ayah sy pernah termakan ikan tapah,lepas itu kulitnya bengkak2. Katanya dia berjumpa dgn seseorang tua ( sy lupa namanya) lepas minum air yang dicelup perhiasan wanita yang dikatakan ditelan ikan patin tu,baru la kulit arwah ayah sy sembuh. Cerita ni dah lebih 30 tahun rasanya.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Maksudnya saudara dan adik beradik serta anak-anak tidak boleh memakan ikan tapah kerana dibawah keturunan Tok Kadok la tu. Terpulang kepada memasing jika tak apa-apa rasanya memakan ikan tapah ni, silakan. Jika ada terkena penyakit gatal-gatal tu, kena berubatlah. Tapi buat apa kita mencari penyakit, ikan lain pun banyak untuk dimakan.

Unknown berkata...

Kmi dari keturunan ngah lamat.

aisbatu berkata...


Terima kasih kerana melayari blog sumpan tok kadok,Silalah salin salasilah dan simpan untuk generasi akan datang,bagi mengetahui susur galur keturunan.

Fiona berkata...

salam semua maaf jika saya ingin mengetahui adakah dulu arwah atuk saya yg bernama Abas dan isteri beliau alang halijah dan anak anak beliau Nab,Amin dan nuri dari bota kanan..ada susu galur dari ngah ibrahim..saya baru sahaja ke kg dengdang berjumpa saudara lama katanya arwah bapa saya ada susur galur dgn ngah ibrahim..wallahualam betul atau tidak

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Terima kasih tuan kerana sudi melayari blog saya.

Unknown berkata...

Assalamualaikum cikgu boleh saya tahu asal raja Abdullah Rahman ni asal mana? Sebab nama opah saya Wan mah binti ngah Abd Rahman dan dia punya saudara ada nama tak bin mat seron... Keturunan keluarga saya, tidak boleh makan ikan tapah..sebab kami dah dipesan oleh arwah opah... Saya difahamkan moyang kami pernah berkerja di istana Perak...sampai situ je saya tahu...sebab tak jelas.. saya masih mencari nama keturunan saya... Pak cik saya banyak guna nama Mior..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum , saya dr keturunan kulop kinta@maharaja kinta,,iaitu ngah jabor, yg sama2 bersubahat membunuh birch dgn dato maharajalela, dato sagor, ngah ibrahim, sultan ismail dan laksamana mat amin.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam tuan,

Alhamdulillah, datuk nenek moyang kita bangga dengan anak cucunya yang meneruskan perjuangan....salam perkenalan saudara.

Tanpa Nama berkata...

Ye keturunan sya pun tidal boleh makan ikan tapah pesan Dr nenek sya pada mak sya,sya yakin Dr keturunan ngah Ibrahim,sbb semua yg dsebut ada dcerita kan oleh mak sya..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,saya x tahu sama ada blog ni masih aktif atau x,cuma nak dapatkan kepastian..adakah ngah ibrahim mempunyai 2 lagi saudara..yg wanita bernama alang sepiah..sbb saya ni dr jurai che puteh hawiah anak kepada alang sepiah..tp x bnyk yg saya tahu…boleh sesiapa mmbantu..??

Tanpa Nama berkata...

Soalan.
Mohon tunjukkan nama2 kerabat dari Ngah Ibrahim ke Tok Kadok.
Terima kasoh