Rabu, 5 Oktober 2011

SALASILAH IMAM JAESAH 5.


Masjid Jaiziah - Telok Sareh.





Salasilah Imam Jaesah 5.

Dinyatakan Jurai Anjang Minat tidak dapat ditulis didalam salasilah serta tidak diketahui juga mengapa jurai berkenaan dibiarkan kosong. Begitu juga dironut Busu Nunih sampai setakat anak-anaknya sahaja, tidak terdapat juga susunan yang terkemudian yang dilampirkan oleh salasilah. Ada kemungkinan jejak jejak ronut ini tak dapat dikesan oleh orang yang terdahulu.



Sebahagian Pekan Telok Sareh 
disebelah kiri jalan menuju ke Kampong Gajah
(diselah pekan ini Sekolah Kebangsaan).



Sebahagian lagi disebelah kanan menuju ke Kampong gajah



Rumah dibahagian depan simpang jalan masuk menuju ketepi 
tebing Sungai Perak dan disebelah Pekan telok Sareh.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biring Si Kunani, salam pak aisbatu. terima kasih bebanyak yg tk dapt nk disbutkan. alhamdulilah saya telah mendapatkan waris dri itam mat lodin. rupa nya saya masih lagi ade sorang opah yg duduk di Guar, manong. selama ini pd anggapan saya adik beradik tok As syahid Hussein hanya ber3 rupa2 nya ber4, saya tengah menunggu masa utk berjumpa dan saya akan pelok cium opah saya tu nnti.

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Biring Si Kunani...itu ayam taruhan Tok Kadok tu....walaubagaimana pun syukur tuan telah mengetahui adik beradik datuk tuan di Guar Manong. Memang daerah Kuala Kangsar dan Manong mempunyai pertalian keluarga dengan keturunan Tok Kadok.