Rumah kediaman Puan Hajjah Aishah bt Lodin dan suaminya
Tuan Haji Alias bin Haji Mat Nasir
di Kampong Tanjung Lambor Kanan Perak.
di Kampong Tanjung Lambor Kanan Perak.
Puan Hajjah Yong Aishah dan Tuan Haji Alias.
Salasilah Alang Sumat dan Pandak Demat.
(kedudukan Pn.Hajjah Aishah dalam Salasilah)
(kedudukan Pn.Hajjah Aishah dalam Salasilah)
Puan Embang bt Ngah Man dan HajjahYong Aishah
(Jurai Alang Sumat dan Pandak Demat)
Pn.Embang/penulis : Assalammualaikum............
Hjh Yong Aishah : Waalaikumsalam.....sape ke orangnye udah tak ku kenai...bercomen mate je...
Puan Embang : Saya....Embang.
Hjh Yong Aishah : Oooo kamu ke embang.... udah tetue ni mate tak berape nampak udah ....
auuu ni sape ni......
Puan Embang : Anak Itam dari Telok Bakong.......
Hjh Yong Aishah : Alaaa adik aku....ayah kamu tu pangkat pak sedare aku...Pak Cu Itam yg bongsu
dari mane kome tadi ?
Puan Embang : Saje datang kemari nak bersoreh dengan Yong le........
Hjh Yong Aishah : Bagus engkome mencari orang yang tau bersoreh, betui kan nama-nama deme.

Demikianlah antara perbualan cicit Alang Sumat (Pn.Embang & penulis) dengan Yong Aishah - cicit Pandak Demat pada 30/9/2011 Jumaat. Kami telah bersoreh untuk membetulkan nama-nama anak cucu Alang Sumat dan Pandak Demat. Saya amat kagum dengan Puan Hajjah Aishah, beliau menyebut nama-nama disalasilah tanpa melihat carta salasilah yang saya buat malah ada antara nama-nama yang dibetulkan oleh beliau. Di jurai Chu Mat Baki - nama-nama anak-anaknya, jurai Ahmad Gamat -isteri beliau Puteh Bulan dan anaknya siah, jurai Ngah Mesiah @ Ngah Rasiah iaitu datuk Puan Hajjah Aishah sendiri - Timen, Jariah adalah dua nama bapa dan emak saudaranya malah ibu beliau bernama Jumaah bukan Maah. Manakala jurai Kulop Mat Jelah - Khodijah bukan Lijah. Anak-anak Yong Aishah seramai 6 orang dan telah meninggal seorang, Abd Karim, Allahyarham Roslan, Mokhtar, Nisa, Norizan dan Sharun. Sikap mudah mesra dan menyayangi keturunan dan saudara mara patut dikekalkan oleh generasi sekarang serta dituntut oleh agama kita.
Puan Hajjah Aishah telah berumur 78 tahun dan masih boleh ingat dengan jelas semua nama anak-anak Alang Sumat dan Pandak Demat, saya terfikir generasi baru seperti anak-anak saya mampukah mengingat senarai keturunan sepertimana kemahiran yang dimiliki oleh Hajjah. Tak jauh dari rumah Puan Hajjah iaitu sebelah hilirnya terdapat rumah Pandak Logam dan Hajjah Asmah dan nampak rumah-rumah tersebut telah tiada penghuninya atau tidak diduduki lagi. Khabarnya puak waris sering menebas dan membersihkan kawasan rumah tersebut, kebetulan penulis mengambil foto ini kawasan rumah-rumah berkenaan belum dibersihkan tapi nampak masih terjaga.

Rumah Pandak Logam -
Penyimpan Emas Kancing Tapah yang terdahulu.
Rumah Puan Hajjah Asmah - Pewaris terkini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan