Khamis, 22 Disember 2011

MAKAM PEMBESAR MELAYU DI TELOK BAKONG HILIR (KG PALOH).





Terdapat tiga atau empat makam yang menggunakan 
batu nisan Acheh serta beberapa buah makam 
lagi menggunakan batu nisan biasa.


Batu nisan Acheh yang masih utuh.


Batu nisan ini agak besar dari yang lain 
dan mungkin ini adalah pembesar tersebut.


Yang ini agak kecil sedikit dan mungkin isteri atau permaisurinya.



Dan yang ini mungkin anaknya.


Mungkin makam anak-anaknya.




Batu nisan yang hampir tenggelam.



Arah laluan masuk untuk ke tempat pemakaman.


Pada simpang tiga ini belok ke kanan.

Petunjuk Lokasi Makam.

Dari jalan besar arah dari Bota ke Kampong Gajah iaitu sebelum corner simpang Kampong Batu 16, Kampong Tua, tuan-tuan akan melihat papantanda Kampong Paloh. Dari sini memasuki simpang berkenaan kira-kira 500meter terdapat lagi simpang tiga dan beloklah kekanan menyusuri jalan tepi sungai, dan dari sini pula kira-kira 350meter atau 400meter kehulu, tuan-tuan akan sampai depan rumah seperti foto dibawah iaitu rumah Allahyarham Encik Mansur. Makam-makam berkenaan berada didepan rumah tersebut.



Rumah peninggalan Encik Mansur yang kini didiami oleh anaknya.


Jika melalui jalan dari Telok Bakong Hilir ianya masuk melalui Kampong Mat serta akan melalui Rumah Pam Air sepertimana foto dibawah dan lebih kurang 200meter menyusuri tebing sungai,dari sini tuan-tuan akan sampai didepan rumah encik Mansur serta akan menemui makam-makam tersebut.


Jalan masuk dari Telok Bakong Hilir (dari Kg Mat)
Foto sumbangan dari Cik Shazlea Shayla @ Maria.


Belok ke kiri dan akan berjumpa Rumah Pam Air.


Dari pam air ini menyusur tebing sungai ke hilir.


Jika dilihat dari sejarah, Telok Bakong (Tanah Abang - Padang Marhom) adalah merupakan pusat pemerintahan negeri Perak pada zaman dulu iaitu Sultan Muzaffar Shah 1 dan makam baginda berada disana. Sebenarnya Telok Bakong juga mempunyai 4 lokasi makam yang bersejarah :-

1) Padang Marhom, Makam Sultan Muzaffar Shah 1.




2) Changkat Piatu - sebelah darat Telok bakong, makam Mahkota Alam.




3) Makam Pembesar di Telok Bakong Hilir (Kg Paloh). 

4) Makam Pembesar Melayu di Telok Bakong Tengah.   

Mengenai makam pembesar yang dipaparkan diatas penulis hanya mendapat info yang sedikit dizaman remaja dahulu oleh orang-orang tua di Kampong, mereka mengatakan bahawa makam tersebut adalah pembesar melayu yang memerintah dikawasan Telok Bakong atau didaerah jajahannya. Siapakah pembesar atau pemerintah yang diabadikan dikawasan ini ? tiada catatan yang jelas mengenai makam ini. Merujuk kepada catatan yang di bukukan oleh N.A.Halim mengenai sejarah negeri perak, tiada senarai nama atau catatan yang ditulis mengenai makam ini dan dari maklumat pembantu beliau encik Aziz 75 tahun yang kini telah bersara serta menetap di Melaka yang sering bersama beliau, masih banyak lagi makam bersejarah dinegeri Perak yang tak dapat dikenal pasti kerana kekurangan info serta kajian lantaran pihak-pihak yang mengetahui sesuatu sejarah ditempat berkenaan tidak menyampaikan kepada generasi berikutnya kerana berbagai sebab dan masalah.



Buku tulisan N.A.Halim.


Encik Aziz bin Mohd  - 
disamping kereta yang digunakan sewaktu ketika dulu.
(Pemandu yang bersama-sama N.A.Halim).




En.Aziz - ketika berehat bersama N.A.halim



Salah satu kenderaan yang digunakan semasa penyelidikan 
pihak Muzium termasuklah di Perak Tengah - Telok bakong.

Seharusnya ada satu kajian yang menyeluruh keatas makam-makam sepertimana dinyatakan diatas oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengetahui sejarah serta nama pembesar tersebut. Jika usaha-usaha untuk menyelidiki tidak dilakukan, maka tinggallah makam-makam ini didalam lipatan sejarah yang tidak diketahui oleh umum, khususnya para penduduk Kampong Paloh dan Kampong Telok Bakong serta penduduk Negeri Perak amnya.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi sesiapa yang mengetahui sejarah beberapa makam yang disebutkan oleh yang empunya blog ini silalah maklumkan kepada beliau supaya kita ketahui siapakah pembesar atau raja yang pernah memerintah di kampong kita. Membongkar sejarah yang hilang ini memerlukan daya usaha yang tinggi serta kesabaran yang jitu, syabas kepada yang empunya blog........semoga berjaya.

aisbatu berkata...

Terima kasih tuan kerana sudi singgah diblog saya. Makam ini kemungkinan besar Pembesar Aceh di kurun ke 17 semasa pemerintahan Islam Aceh di Negeri Perak tapi saya tak dapat memastikannya dengan tepat kerana kekurangan info.

shazlea shayla @ maria berkata...

Salam,

Terima kasih atas usaha penulis mewujudkan blog informatif ini khususnya untuk generasi2 muda agar tahu susur galur keturunan kami.

p/s: Gambar ke-12 (with naration Jln masuk dari Telok Bakong Hilir)actually gambar pemandangan yang dicapture dari tingkap rumah arwah atok saya (Odin Kedai).

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Terima kasih Cik Shazlea @ Maria kerana menyumbang gambar ke 12 tu, memang saya kenai sangat dengan arwah datuk saudari dan amat mengenali juga Emak saudara Cik Shazlea iaitu isteri En.Daud Hj Sulaiman serta saya sebaya dengan Puan Jamilah bt Odin (kawan sekolah hingga sekolah menengah).

shazlea shayla @ maria berkata...

=) bukan Puan Jamilah le.. tapi Puan Jamaliah Bt Odin tu la mak saye...

aisbatu berkata...

bagi shazlea, sila lihat foto dlm Tinkatan 3A 1977 - entry Keturunan Mat Lambor dan dlm satu lagi entry Keturunan Tuan Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohit. Sebelah Puan Jamaliah duduk dikiri dibhg hadapan itulah saya dan ibu kamu semasa bersekolah di Sekolah Menengah DARY Cawangan Telok Bakong dulu.

shazlea shayla @ maria berkata...

=) rasanya mak pun ada simpan gambar tu. waaaad, banyak betul nostalgia dalam blog aisbatu ni.. Salasilah mak tak ada ke?

aisbatu berkata...

salasilah sebelah Pak Cik Odin serta isterinya, dan termasuklah Puan Jamaliah sendiri adalah didalam salasilah utama (salasilah Alang Sumat & Pandak Demat) cuma pecahannya berlainan jurai. Agak sukar dan memakan masa untuk meneliti susur galur jurai tersebut. Manakala disebelah bapa shazlea merangkumi didalam satu jurai yg berkaitan juga iaitu salasilah Tok Bakong dan Tok Kempam.Pernah dengar tak ?

aida berkata...

Salam sedare adik beradik,sy nak numpang tanyer, ate kenei ke mike asai usui keluarge aye ni..keme ni anak Yeop Bidin, mak keme name nyer Teh Sawiyah duduknyer di telok bakong belakang dewan telok bakong tu.(warna kuning).Kalo la ade keturunan salasilah keluarge keme ni alangkah seronoknyer sebab nak mencari adik beradik..apak ngan mak keme udah x mandang..Senang la sikit kalo udah jadi warge tue nanti..mase mude ni la nak mencarinye pun..Sekian terima kaseh ye..

shazlea shayla @ maria berkata...

Alaa.. tak pernah dengar tapi excited nak tahu. klo nanye opah mungkin die tahu kn

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Puan Aida, Teh Sawiyah dan Yeop Bidin ....yg duduk tepi tebing Opah Lamah ke ? salasilah yg ade kat teman ni di buat lebih dari 30 tahun dulu dan tidak di up-date sehingga tahun 2011. Jika puan boleh susun sedikit mana yg tau sampai ke datuk, moyang ke memudahkan sedikit saya menyusun atau mencarinya dan cobe e-mailkan pada teman......

Untuk Shazlea, cuba tanya opah...kot dia tau dan boleh le emailkan senarai tu bior saya semak.

Don Qulub berkata...

Salam wbt, tumpang bertanya yob. Kg. Paloh tu nama baru bagi Telok Bakong ke? Kalau ye, sejak bila? Ade ceghite kenape tukor?

Terima kasih.

aisbatu berkata...

Waalaikumsalam,

Tuan Qulub, makam diatas adalah bersempadan diantara dua kg iaitu Telok Bakong dan Kg Paloh, jadi tiada apa apa yg bertukor....nama ni dari dulu lagi sebegitu. Ianya telah didiami oleh keturunan yg sama iaitu keturunan Tok Kadok.

Don Qulub berkata...

Terima kasih bebanyak Yob. Nanti InsyaAllah teman kontek mike lagi. Mike duduk di mane ye? Peghak ke Kelumpo?

aisbatu berkata...

Salam sejahtera Tuan Don Qulub,

Teman di Kuala Lumpur tapi selalu juga balik ke Telok Bakong........

Fizah Shariffuddin berkata...

Kg.paloh tmpat kelahiranku. Salam persaudaraan dari teman cicit Chu Mat baki b. Pandak Demat.

aisbatu berkata...

Salam persaudaraan juga dari saya....

Unknown berkata...

Salam persaudaraan ,sy antara cucu arwah Tok Noh dan arwah Menah di Kg Paloh,Teluk Bakong..tp dah tinggal kenangan semuanya.

aisbatu berkata...

Waalaikumusalam,

Kg Paloh udah leboh tak ber orang, generasi muda semua merantau...

Fizah Shariffuddin berkata...

Tu le ghopenye..Sekali sekale keme balik jgk balik ke Kg Paloh. Jenguk bapak sdara, ketua Kg. Chor Sabri. Situ le nk menempek pun.Ate nk ke baroh, rmh arwah Opah (hjh Tibah) dgn tok (hj.md.nipah-bekas imam surau kg.paloh) udah xdpt. Kirenye dh xmandang dh. Udah btukor owner.. nengok Dr jauh je le..curi2 nangkap gambor.skrg ni klau dpt nengok rmh wan biah dgn bau2 kambingnye pun dh kemain bahagia..dpt le mengenang kisah2 lalu. Dah xmandang semuenye..Alfatihah.

aisbatu berkata...

Ate mike idak ke tojon ke ayo tebin tu,masa rerenik dulu itulah tempat kita berkubang.

albab5c berkata...

Cik puan aida..salam. saya juga mencari salasilah keluarga Teh Sawiyah. Saya, Ahmad Faisal bin Ahmad Fauzi bin Hj Harun bin Hj Ismail bin Hj Abdullah. Pakcik saya Latiff Harun beri info untuk mencari Salasilah Teh Sawiyah. Datuk saya Hj Harun menetap di Parit, Kampung Tengah, Lorong Haji Pilus.

Jika ada info boleh whatsapp saya 0173403256

albab5c berkata...

Terima kasih tuan kerana berkongsi maklumat sejarah yang orany kebanyakkan tidak ambil tahu lagi.

Kembara Santai berkata...

Cer..cerite asal usul keturunan KULUP/KULOB. MCMANA DAPAT NAMA KULOB,

aisbatu berkata...

Tuan Kembara Santai,

Asal usul nama atau keturunan Kulop tiada dalam pengetahuan saya, kalau tak silap saya salasilah ini ada dipaparkan di muzium Taiping.