Tahniah kepada semua keluarga keturunan Pandak Mohit serta penganjur majlis perhimpunan ini yang telah berjaya menghimpunkan sebegini ramai dan meriah sekali, beliau adalah Tuan Jalil Majlis (kiri sekali) berbaju batik.
"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan tidak, tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya..."
Khamis, 12 September 2019
Rabu, 28 Ogos 2019
PERHIMPUNAN KELUARGA SUSUR GALUR PANDAK MOHIT BIN DATUK GEMBIRA - AHAD 1 SEPTEMBER 2019
Insyaalah satu perhimpunan keluarga dari Susur Galur PANDAK MOHID BIN DATUK GEMBIRA KULUP LOKEH akan di adakan di dewan nama cucunya Dewan DATO AHMAD HAMBAL BIN YEOP MAJLIS, Bota Kanan pada 1 September 2019 ini.Setakat lni lebih kurang 250 orang dewasa telah mengesahkan kehadiran.Carta di gambar hanya setakat cucu dari anak2nya... padahal semue telah mempunyai cicit cucut... mmg tak muat carta... ok la tu.. ni pun jenuh aku membuatnye... cuba korang cari mana nama aku...(Encik Jalil Yeop Majlis).
Salasilah Pandak Mohit Bin Kulop Gembira.
(Susunan Encik Jalil Yeop Majlis)
Jumaat, 24 Mei 2019
MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEBELUM PUASA - WARIS WARIS TOK KADOK.
Diberitakan saban tahun Majlis Tahlil dan Doa Selamat akan diadakan pada atau sebelum puasa Ramadhan oleh sesiapa saja pemegang emas kancing pusaka ini dari turun temurun. Semasa arwah moyang penulis menyimpan peralatan emas kancing ini beliau berasa rimas dengan rutin setiap kali menjelang puasa. Beliau menyarankan agar penggiliran penyimpanan antara waris emas kancing ini dilakukan, namun adik beliau Pandak Demat Bin Busu Mamat sanggup menyimpan barang kemas ini, maka kekal lah kepada satu waris sahaja kini memegangnya.
Satu lagi pihak yang menyimpan atau memegang emas kancing ini tidak boleh membawa keluar emas berkenaan dari Kampung Tua Lambor Kanan, setakat mana kebenarannya penulis pun tak tahu. Pada pandangan penulis sesiapa sahaja boleh menyimpan dan memegangnya, kecuali bawa keluar dari kampung tua, itu pun kesahihannya belum terbukti.
Peti besi.
Menurut arwah Tuan Haji Sulaiman pernah suatu ketika emas kancing ini diletak didalam peti besi di kedai getahnya di pekan Lambor Kanan, setelah beberapa lama tersimpan disitu maka ada puak waris datang untuk melihat dan memerlukan air penawar berkenaan kerana termakan ikan tapah. Alangkah terkejutnya beliau kerana emas kancing tersebut sudah tiada didalam peti besi di kedai getah beliau. Apabila disemak dirumahnya di Kampung Tua, semua emas dan peralatannya tersimpan kemas didalam almari dirumah beliau. Siapa pula memindahkannya sedangkan kunci peti besi hanya beliau saja memegangnya ? semua barangan tersebut pindah sendiri kerumah tuan Haji Sulaiman.
Foto - Sumbangan dari tuan Jamal Jamaluddin.
Majlis Tahlil dan Doa Selamat pada 22Syaaban/Ahad 28April 2019.
Peti besi.
Menurut arwah Tuan Haji Sulaiman pernah suatu ketika emas kancing ini diletak didalam peti besi di kedai getahnya di pekan Lambor Kanan, setelah beberapa lama tersimpan disitu maka ada puak waris datang untuk melihat dan memerlukan air penawar berkenaan kerana termakan ikan tapah. Alangkah terkejutnya beliau kerana emas kancing tersebut sudah tiada didalam peti besi di kedai getah beliau. Apabila disemak dirumahnya di Kampung Tua, semua emas dan peralatannya tersimpan kemas didalam almari dirumah beliau. Siapa pula memindahkannya sedangkan kunci peti besi hanya beliau saja memegangnya ? semua barangan tersebut pindah sendiri kerumah tuan Haji Sulaiman.
Isnin, 15 April 2019
SALIRAN SUNGAI AIR MATI KEMBALI HIDUP UNTUK MEWARNAI KEMBALI TASIK AIR MATI .
Di awal tahun 80an saliran sungai air mati ini masih mengalir seperti biasa walau kekadang dimusim panas airnya tohor (cetek, kering) dan beting pasir pun timbul. Dimusim tengkujuh air sungai mati ni tetap mengalir. Tetapi perubahan cuaca, serta perubahan alam menyepikan aliran air sungai yang mengalir dari Sungai Perak dan memasuki ke dalam air mati di Padang Marhom seterusnya ke Tasik Air Mati.Kerana paras sungai Perak juga terjejas teruk,tidak seperti kedalam paras air semasa penulis berbelat disepanjang aliran air mati ini, iaitu dari Tebing Wan Lamah hingga lah Tebing Pak Cik Raga di Padang Marhom.
Kerja-kerja mengorek pasir hingga ke dasar aliran sungai air mati masih diteruskan, syabas kepada pihak yang mengembalikan aliran sungai Air Mati ini, semoga ikan "Lome" akan kembali membuak banyak didalam air mati. Terima kasih juga kepada Facebook Komuniti Telok Bakong kerana sumbangan foto-foto yang dipaparkan diblog Sumpahan Tok Kadok sebagai mana dibawah.
Tebing Wan Lamah.
Jumaat, 15 Februari 2019
MISTERI SANG KELEMBAI - GAJAH BATU DI AIR MATI TELOK BAKONG.
MISTERI SANG KELEMBAI DAN GAJAH BATU.
Bungkahan batu gajah yang dipercayai
disumpah oleh Sang Kelembai.
Foto diambil pada Julai 2018.
WUJUD KAH GAJAH DI PERSEKITARAN AIR MATI.
Dahulu kala,didaerah ini terdapatnya gajah liar atau yang dipelihara oleh orang kampung dan ketika itu gajah sebagai kenderaan untuk mengangkut balak atau sebagai kenderaan tunggangan. Ketika Sultan Muzaffar Shah 1 (SMS 1) dahulu sampai di Kampung Gajah dari Telok Intan, beliau menggunakan tunggangan Gajah untuk dibawa ke Kampung Tua. Kemudian mengikut ceritanya tak berapa lama berada disitu beliau terus ke Padang Marhom Telok Bakong dan bersemanyamlah baginda disitu bersama kerajaannya. Beliau juga ada beberapa ekor memelihara Gajah sebagai mana cerita yang penulis tulis didalam blog ini.Oleh itu binatang yang bernama gajah ini memang wujud didaerah atau kawasan ini. Jika zaman SMS 1 pun telah diakui wujud disini apatah lagi zaman sebelumnya.
Dari cerita orang tua dahulu, sekitar Padang Marhom dan Changkat Melintang ini terdapat tiga kerajaan sebelum SMS 1 didirikan. Penulis tak dapat mengingat nama-nama kerajaan berkenaan kerana semua catatan mengenainya telah musnah dan tak ramai yang tahu tentang cerita tersebut, lagi pun tiada catatan serta kajian mendalam tentangnya oleh pakar sejarah. Sebagaimana penulis senaraikan antara barangan atau batuan yang terdapat didaerah Gajah Batu didalam cerita Air Mati adalah antaranya Gajah Batu, Batu Dalong, Pengantin Bersanding dan Jemuran padi yang menjadi Batu, selain itu "terowong lome" juga diaerah ini. Maksudnya Bukan Gajah Batu sahaja yang berada disini tapi berbagai lagi yang dikaitkan dengan Sang Kelembai.
Kalau mengikut semakan penulis dengan orang-orang tertua di Kampung Telok Bakong, rata-rata mereka semua bercerita dengan cerita Sumpahan Sang Kelembai lah yang menyebabkan gajah liar itu menjadi batu. Apakah rupa bentuk Sang Kelembai ini ? apakah kuasanya yang menyebabkan boleh menyumpah atau menegur sesuatu mahklok menjadi batu ? apakah juga satu kampung dijadikan batu ?
Jika dilihat keberadaannya batu dalong didalam tasik ini,ianya melambangkan kewujudan sesebuah kerajaan yang memerintah disini,kerana batu dalong adalah merupakan tempat pengujian dan penyeksaan pesalah-pesalah yang didapati mengingkari undang-undang didalam kerajaan yang memerintah. Bagaimana pula pengantin yang sedang bersanding dan kenapa semua ini ditenggelamkan didaerah ini. Mungkinkah kerajaan disini ditenggelamkan oleh Allah kerana kekufuran mereka terhadap yang Maha Besar, yang menjadikan alam ini.
Batu Dalong (Meja Penyiksaan).
Tiada sebarang catatan mahupun kajian yang memberikan jawapan kepada semua pertanyaan yang cuba dirungkai mengenai sejarah Tasik Air Mati di Changkat Melintang ini. Hanya kaitan cerita dongengan saja rata-rata penduduk setempat menyatakan kepada generasi-genarasi sekarang dan mungkin yang akan datang pun.
Selasa, 15 Januari 2019
EMAS KANCIN TAPAH - TOK KADOK.
Kancing Emas Tapah.
Ikan Tapah.
Teman tertarik dengan cerita sahabat ni didalam Face book dari Saudara "Nazrin Suhaimi" tentang Tok Kadok dan beliau telah menerangkan susur galur Tok Kadok.
Mengikut cerita lisan dan catatan ahli keluarga
terdahulu "Tok Kadok" atau nama sebenarnya ialah Seri Agar Diraja
Maharaja Lambor Tun Malim bin Seri Agar Diraja Tun Bangsawan Seri ialah Dato
Sagor ke-2 Negeri Perak pembesar yang berkuasa memerintah kawasan Daerah Perak
Tengah dan Hilir Perak setelah kalah ditipu menyabung ayam kawasan jajahannya
telah dirampas oleh baginda Sultan.Emas kancing ikan tapah ini telah digunakan
untuk menebus kembali kawasan Mukim Lambor,ahli keluarga,anak-anak serta
isteri.
Emas Kancing Ikan Tapah ini pada mula
dipertanggungjawabkan dibawah jagaan keluarga Allahyarham Alang Kontin bin Uda
Katab abang kepada Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek bin Uda Katab pembesar Orang
Besar Enam Belas Mukim Lambor pada zaman sebelum penjajahan British.
Allahyarham
Alang Kontin bin Uda Katab merupakan piat kepada Seri Agar Diraja Maharaja
Lambor Tun Malim dari susurgalur ibunya iaitu Ngah Mariam binti Andak Majiwa
anak perempuan hasil perkahwinan Toh Andak Majiwa bin Toh Lamit,kerabat diraja
Jambi,Sumatera dengan Alang Ghayam binti Orang Kaya Besar Penghulu Bendahari
Seri Nara Diraja Tun Besar Toha yang merupakan anak perempuan kepada Toh Ngah
Bakal binti Seri Agar Diraja Maharaja Lambor Tun Malim dengan Orang Kaya Besar
Penghulu Bendahari Seri Nara Diraja Tun Besar Toha bin Tun Abdul Samad
Hasil
perkahwinan Alang Kontin dengan Halimah binti Uda Jaafar yang juga dua pupu
dengannya iaitu cucu kepada Toh Paduka Raja Busu Ayan bin Orang Kaya Besar
Penghulu Bendahari Seri Nara Diraja Tun Besar Toha telah dikurniakan 6 orang
anak antaranya ialah Kulop Ismail,Ngah Yop,Alang Hassan,Uda Ragam,Pandak Aman
dan Teh Nyawa.
Anak
perempuannya iaitu Teh Nyawa binti Alang Kontin telah berkahwin dengan keluarga
dari susurgalur Long Puasa anak Andak Majiwa iaitu Pandak Demat bin Busu
Mamat.Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan 8 orang anak iaitu Kulop Mat
Jelah,Ngah Rasiah,Alang Ghasiah,Uda Tiram,Pandak Logam,Hindun,Itam Loden dan
Busu Mat Baki.
Selepas
Allahyarham Alang Kontin meninggal dunia tugas penjagaan emas kancing ikan
tapah ini diserahkan kepada anaknya Uda Ragam bin Alang Kontin.
Apabila Allahyarham Uda Ragam meninggal dunia emas kacing ikan tapah diserahkan kepada anaknya untuk dijaga namun begitu disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan tanggungjawab menjaga emas kancing ikan tapah ini kemudiannya diserahkan kepada keluarga disebelah sepupu mereka iaitu Pandak Logam bin Pandak Demat pada tahun 1950 sehinggalah ke masa sekarang dijaga oleh waris keluarga Pandak Logam bin Pandak Demat di Kampung Tua,Lambor Kanan.Perak.

Ulasan dari penulis blog : Saya kira tulisan ini mengambil kira cerita yang asal di pihak Lambor Kiri dan tempat Tok Kadok mula-mula singgah dari Siak adalah di Lambor Kiri.
Khamis, 30 Ogos 2018
BELAT.
Sebagaimana penulis janjikan untuk menerbitkan cerita belat yang menjadi salah satu cara tradisi menangkap ikan di Tasik Air Mati, Padang Marhom Telok Bakong.
Pengenalan "Belat".
Tebing Sungai Perak
Pengenalan "Belat".
Di Kampung Telok Bakong suatu ketika dulu diawal 50an sehingga awal 80an cara penangkapan ikan sungai adalah dengan cara belat. Selain cara penangkapan tradisi seperti serkap, jala, rawai, taut dan sebagainya.Pada ketika ini cara penangkapan ikan tradisi cara belat telah pupus dan tiada sesiapa yang berkebolehan dan berkemahiran bagi menyalin belat bagi kegunaan menangkap ikan. Penulis juga tak berkemampuan untuk menyalin belat sepertimana ayah penulis dahulu kerana dah berpuluh tahun meninggalkan lapangan tersebut. Tasik Air Mati pun sudah benar-benar kelihatan mati dan tiada arus air sungai Perak masuk kedalam kawasan tasik untuk suasana air sebak atau surut berlaku lagi.
Pada masa itu tidak kurang 5 orang atau kumpulan yang menjalankan penangkapan ikan menggunakan belat secara aktif dan sudah tentu setiap keluarga yang terlibat berkemahiran untuk menjalin belat dengan kemas.
Makna "Belat".
Difinisi atau istilah belat dari segi bahasa yang biasa dipertuturkan di Telok Bakong dahulu, semasa Tasik Air Mati masih berair dan penangkapan dijalankan secara aktif.
Belat atau Kelong adalah jalinan (anyaman) bilah-bilah buluh yang dijalin bersama tali sabut atau akar atau pun rotan dan dipasang (mengempang) di anak sungai yang mengalir airnya samaada air sebak (air pasang) atau air surut untuk memerangkap ikan dengan menggunakan "Magun".
Ukuran setiap satu bidang belat adalah setinggi 5kaki, 6kaki, 7kaki serta 9kaki dan ada juga yang 12kaki tapi jarang-jarang pembuatan sedemikian kerana untuk menjalin bilah-bilah belat agak sukar serta memerlukan buluh yang tahan serta ringan. Kelebaran setiap bidang belat bergantung kepada pembuat atau penjalinan belat dan kegunaan kawasan pembelatan. Pendek kata saiz atau kelebaran sesebidang belat tidak ada ukuran standard atau khas terpulang kepada pembuatnya. Ketahan atau usia sesuatu bidang belat agak cepat mereput iaitu dari setahun atau dua tahun dan ada juga sampai tiga tahun. Jika belat tersebut masih terpasang didalam sungai dan usia nya mencapai setahun atau lebih, biasanya jika boleh dipakai pun terpaksa disulam dengan bilah-bilah yang baru dan kerja-kerja sedemikian memakan masa dan berbeza dari membuat yang baru lagi mudah dan cepat.
Buluh atau alat kelengkapan seperti buluh boleh didapati dengan mudah di hutan darat Telok Bakong dan tali sabut yang boleh didapati Telok Intan atau pekan Parit.
Dimasa sekarang atas tinjauan rambang penulis, semua bahan-bahan untuk membuat belat tersebut agak sukar didapati kerana arus pembangunan telah melenyapkan banyak jenis-jenis buluh yang telah ditebang dan dimusnahkan untuk laluan tanaman ladang-ladang kelapa sawit dan getah. Tali sabut juga masih ada dijual di Telok Intan tapi tidak mudah untuk diperolehi lagi. Semua belat-belat diTelok Bakong dijalin dengan tali sabut kerana ketahanan tali sabut didalam air serta tidak keras untuk dianyam bersama bilah-bilah buluh.
*Dijalin -bilah-bilah buluh di susun dan dianyam mengikut setiap bilah dengan tali sabut.
*Sebidang Belat - saiz belat ( contoh : Tinggi 5kaki x Panjang bukaan 10kaki)
*Mengempang - memasang/hadangan belat dari kiri tebing sungai/tali air ke kanan tebing.
*Air sebak - air sungai Perak yang mengalami paras air yang naik akibat hujan di hulu dan memasuki aliran kedalam tasik melalui sungai air mati.
*Magun - magun adalah sebahagian dari belat dan ianya diguna untuk memerangkap ikan-ikan sungai. Ianya berfungsi seperti bubu tapi magun,ikan ikan boleh keluar balik apabila arus sungai surut atau pasang. Oleh itu artikal akan datang akan penulis terangkan fungsi "magun"dengan jelas.
*Turus - diperbuat dari anak-anak kayu yang terdapat disekitar hutan tebing sungai dan berfungsi sebagai kerangka menahan belat yang dipasang.
*Sambungan Artikal akan datang - cara pembuatan Belat.

Pokok Buluh.
Buluh yang telah siap dipotong.
Dimasa sekarang atas tinjauan rambang penulis, semua bahan-bahan untuk membuat belat tersebut agak sukar didapati kerana arus pembangunan telah melenyapkan banyak jenis-jenis buluh yang telah ditebang dan dimusnahkan untuk laluan tanaman ladang-ladang kelapa sawit dan getah. Tali sabut juga masih ada dijual di Telok Intan tapi tidak mudah untuk diperolehi lagi. Semua belat-belat diTelok Bakong dijalin dengan tali sabut kerana ketahanan tali sabut didalam air serta tidak keras untuk dianyam bersama bilah-bilah buluh.
Pokok Bemban.
Selain tali sabut, tali atau kulit bemban juga digunakan untuk mengikat belat diantara kayu turus. Ianya digunakan bagi mengikat antara bilah belat dengan kayu-kayu turus atau juga bilah bilah penghadang yang dibina sebelum belat dibentang dan diikat keturus kayu.Bemban cukup tahan dengan air serta jangka hayatnya juga boleh mencapai berbulan-bulan.*Dijalin -bilah-bilah buluh di susun dan dianyam mengikut setiap bilah dengan tali sabut.
*Sebidang Belat - saiz belat ( contoh : Tinggi 5kaki x Panjang bukaan 10kaki)
*Mengempang - memasang/hadangan belat dari kiri tebing sungai/tali air ke kanan tebing.
*Air sebak - air sungai Perak yang mengalami paras air yang naik akibat hujan di hulu dan memasuki aliran kedalam tasik melalui sungai air mati.
*Magun - magun adalah sebahagian dari belat dan ianya diguna untuk memerangkap ikan-ikan sungai. Ianya berfungsi seperti bubu tapi magun,ikan ikan boleh keluar balik apabila arus sungai surut atau pasang. Oleh itu artikal akan datang akan penulis terangkan fungsi "magun"dengan jelas.
*Turus - diperbuat dari anak-anak kayu yang terdapat disekitar hutan tebing sungai dan berfungsi sebagai kerangka menahan belat yang dipasang.
*Sambungan Artikal akan datang - cara pembuatan Belat.
Langgan:
Catatan (Atom)