Khamis, 28 April 2011

SALASILAH TOK TADU DAN ALANG MITA. (WARIS PAK KADOK)




PEMANDANGAN TEBING SUNGAI PERAK ,
TELOK BAKONG
(dari Tebing Mat Saaid ke Tebing Lamah)




SALASILAH TOK TADU DAN ALANG MITA.
(Up-date pada 3/5/2011).

Salasilah Tok Tadu ini dikirim oleh salah seorang warga Telok Bakong Hilir yang menggelarkan dirinya "Waris Pak Kadok", beliau banyak menyimpan salasilah keturunan Tok Kadok, Maharaja Lambor dan beberapa salasilah lagi yang berkaitan dengan kedua-dua salasilah tersebut. Beliau boleh dihubungi dan berbicara di FB nya, yang juga dinamakan "WARIS PAK KADOK" serta alamat e-mail warispakkadok@yahoo.com. Waris Pak Kadok juga sering membantu penulis mengatur salasilah yang tidak lengkap di blog ini dan memberi info salasilah yang berkaitan. Diharap dikalangan keturunan kita mencontohi kerjasama beliau untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kita sesama keturunan dibawah keturunan TOK KADOK.



Ini adalah foto profail FB "Waris Pak kadok"



Emas Kancing.


Hajjah Asmah bt Pandak Logam.

Mungkin salasilah ini tidak begitu lengkap atau ada perbezaan diantara salasilah yang kita simpan dan diharap hubungilah penulis blog untuk berbicara tentang jurai salasilah sebagaimana tertera diatas. Kerjasama para pelayar blog ini adalah kesenambungan kepada para waris keturunan Tok Kadok khususnya serta untuk meleraikan jurai salasilah yang masih tak lengkap atau berbeda diantara puak waris. Tuan Haji Norashid juga memerlukan salasilah berkenaan kerana jurai Tok Tadu ini adalah jurai yang ada kena mengena dengan beliau.

Ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada "Waris Pak kadok" kerana mengirimkan susunan salasilah yang asal dibawah fail excel dan penulis mengubahnya dalam fail sebagaimana tertera diatas.



Puan Zainab, Bainun dan Izham (Azham).
(selepas kenduri doa selamat - emas kancing )
Kampung Tua Bt 16,Lambor Kanan.


Selasa, 26 April 2011

SALASILAH TOK KADOK (TUAN HAJI NORASHID)

 

Dewan Kg Tua & Jalan Masuk ke Kg Batu 16 (Sekarang).



Dewan Batu 16 dan Jalan masuk ke Kampung Tua sewaktu ketika dulu.



 Tuan Haji Norashid bersama
Hajjah Saniah Mohd Radzi (isteri) & keluarganya.

Salam Sejahtera,
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Norashid bin Haji Ahmad diatas kiriman salasilah yang tertera diblog ini. Kepada waris-waris Tok Kadok sila rujuk pula salasilah yang dibekalkan oleh Tuan Haji Norashid ini kerana ianya melengkapi jurai-jurai keturunan yang melebar dari anak cucu dan cicitnya bagi kita mengenali antara saudara-saudara sesama waris dan mengeratkan silaturahim. Jika ada pembetulan dan penambahan pada mana-mana jurai dan juga nama sila e-mail atau komen terus di topik ini.



SALASILAH PANDAK DEMAT.
(UP-DATE 14/6/2011)






 SALASILAH TUAN HJ NORASHID.




SALASILAH NGAH JELIBAH.
( 14/6/2011 )




SALASILAH ITAM BALOR 
( up-date 4/5/2011 )





ANJANG BEE DAN ISTERI (YONG RAHMAH)




MAT JIDI.


Hj Ahmad Sohaimi (bapa Tn Hj Norashid )


Puan Fatimah bt Anjang Bee (ibu Tn.Hj Norashid )

MAT RADHI (Kiri sekali - berdiri) 
bapa mertua Tn.Hj Norashid.



Tuan Haji Norashid (berdiri - kiri berkaca mata) 
bersama ipar duainya.



Ahad, 10 April 2011

SALASILAH TOK KADOK (ANDAK MUNDAM 9)



BANGUNAN BARU PEJABAT PENGHULU
MUKIM PULAU TIGA.





SALASILAH ANDAK MUDAM 9.


Doa Zuriat.


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa permohonanku " (Surah Ibrahim : 40 )


Tercatat didalam risalah salasilah jurai Andak Mundam 9 ini berada di Kampong Baru Pulau Tiga. Pada awal 1980an penulis pernah berurusan dengan pembuat labu atau kraf tangan didaerah Pulau Tiga, kaum keluarga disini kebanyakannya mengenali penyimpan kerongsang emas pada masa itu, iaitu Tuan Haji Sulaiman di Kampong Tua Batu 16. Pandai tangan untuk membuat labu serta barangan lain yang juga bukan sahaja dimiliki oleh keturunan dari Pulau Tiga ini, malah turut sama kemahiran ini di turunkan di jurai Uda Malak. Teh Liggam (isteri Uda Malak - Jurai Uda Nahu - Salasilah Tok Kadok 1)  dan adik beradiknya berasal dari Kampong Bendang Kering Sayong , Kuala Kangsar yang begitu mahir membuat barangan yang dibuat dari tanah liat. Barangan tersebut seperti periuk dan labu serta perkakas dapur yang lainnya.



Pokok-pokok teratai yang boleh di temui dikiri 
dan kanan jalan Raya di Pulau Tiga




Apabila teratai ini ada maka ikan mempilai laga ini pasti hidup membiak didalam air sekitar teratai ini. Ikan ini amat popular dizaman berbendang padi enam bulan dahulu. Dengan tempoh masa yang panjang ikan-ikan ini sempat membiak dengan banyaknya didalam bendang-bendang padi atau pun didalam parit ditepi jalan kebendang - sawah padi. Mengutip atau mencari ikan mempilai ini adalah kerja-kerja bebudak sekolah yang mana ketika cuti penggal menjalankan aktiviti disawah padi dan membawa ikan ini untuk dilagakan antara ikan laga milik kawan-kawan pula atau ditangkap untuk perhisan dirumah-rumah yang diletakan didalam botol tauchu atau botol-botol oren yang telah dibersihkan bagi perhiasan dirumah-rumah. Dimasa ini manalah ada kemudahan Akuarium !!!



Ikan Mempilai.(ikan laga)



Sawah padi (bendang) dengan parit salirannya yang
 membolehkan ikan-ikan membiak dengan tanpa racun perosak.


Jumaat, 25 Mac 2011

SENI ANYAMAN TIKAR MENGKUANG-KELARAI



Anyaman Tikar Mengkuang - 
Kelarai Kepala Lalat bersulam kelarai bunga.


Foto hiasan - Menganyam Tikar Mengkuang

Menganyam ialah proses menjalin helaian atau jaluran daun mengkuang atau daun pandan yang telah diproses mengikut tatacara tertentu. Seni anyaman ini telah terkenal sejak zaman dahulu lagi dalam masyarakat melayu terutamanya di Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai tepi pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung atau nama yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan lain seperti kangkung dan sebagainya.


Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan. Di sini unsur ini amat jarang diterapkan kerana agak sukar untuk membentuknya dan memerlukan kemahiran yang tinggi bagi penganyamnya,  


Di Telok Bakong lebih popular dengan jenis ragi atau kelarai bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan antaranya. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar belakang corak. Bilah-bilah daun mengkuang berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan. 

Peringkat Anyaman
     
Terdapat lima peringkat proses menganyam iaitu :

A) Lagang

Kerja-kerja lagang adalah asas atau tulang kepada rekabentuk anyaman tikar mengkuang       serta juga menentukan panjang dan bentuk anyaman.Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan ‘corak’.

       B) Anyaman

       Anyaman pula terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Anyaman kelarai, Anyaman biasa atau      anyaman sulam.Anyaman dimulakan dari bahagian tengah (lagang) seterusnya dianyam ke bahagian tepi.Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Dua jenis warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan bentuk anyaman bagi menyerlahkan bentuk kelarai.

C) Pepeh atau Lepih

Anyaman Mati iaitu mengakhiri anyaman

D) Sisip

Hujung daun dipotong serong dan masukkan ke dalam bilah anyaman atau disisip supaya nampak kemas dan tidak terurai dari anyaman.

E) Kerat

Pepeh,sisip dan kerat adalah kerja-kerja berkaitan diantaranya. 

Setelah siap menganyam marilah kita lihat hasil anyaman kelarai tersebut yang antaranya disimpan begitu lama oleh pemiliknya. Ada sebahagian dari tikar yang disimpan sudah berusia 30tahun. Tikar-tikar mengkuang ini adalah hasil usaha oleh Puan Hajjah Fatimah bt Haji Mohd Ali sendiri kecuali tikar rubai yang dibeli dari Alang Payang (perempuan) dari Lambor Kiri/Kuchai. Beliau juga dizaman 70an menganyam tikar untuk dijual diMukim Lambor, Padang Changkat, Sedingka, Bota Kanan dan hingga ke Pulau Tiga Kampong Gajah. Harga sekeping tikar ketika itu adalah serendah 0.70sen sehelai dan paling tinggi pun RM3.50 dengan saiz tikar panjang sembilan, tujuh dan enam  serta lebar sekitar 3.5kaki,4kaki, 4.5 atau 5kaki.


  Puan Hajjah Fatimah Mohd Ali.

Tikar-tikar mengkuang yang dihasilkannya sendiri melalui anyaman dari mengkuang ditebing Chu Talak dan tebing Lamah :-


            Kelarai(ragi) Kepala Lalat


Ragi Corak Pelikat


Ragi Beras Patah.


Ini juga dalam bentuk kelarai bercorak/beras patah.



Kelarai(Ragi) Temose.



Kelarai jenis bercorak Temose.



Tikar Beralas (ada unsur tambahan kain 
merah dijahit dibahagian tepi).


Anyaman Halus untuk tikar jenis ini.


Gaya dan Corak anyaman Tikar Beralas.



Kelarai berbentuk empat segi 
diatas anyaman biasa Tikar Beralas.


Tikar Mengkuang Rubai.
(Kelihatan bilah-bilah daun mengkuang 
yang sedikit tebal dan kasar)


Tikar Rubai.




Rubai.(Anyaman Kelarai cara biasa)


Tikar Mengkuang pandan.


Kelarai Biasa bagi Tikar Mengkuang Pandan.


Tikar Beralas.

Kegunaan tikar beralas di Mukim Lambor ini adalah untuk majlis-majlis kenduri kahwin bagi melapik tempat khas Juru Nikah dan Pengantin Lelaki sahaja. Ia merupakan jenis-jenis tikar berada dimajlis khas sahaja. Ada juga tikar beralas ini digunakan untuk lapik tempat sembahyang di rumah-rumah mukim Lambor.Tak ketinggalan juga tikar jenis ini dikhaskan juga untuk melapik jenazah bagi pengiringan ke liang lahat dan turut di hadiahkan kepada imam yang membaca talkin si mati.

Tikar Bercorak dengan Kelarainya (raginya).

Tikar jenis ini dibentangkan dimajlis-majlis kenduri kendara seperti dianjung dan ruang ibu rumah untuk tetamu duduk dibahagian ini. Suasana rumah berwarna warni dengan corak kelarainya dan memeriahkan lagi majlis majlis yang diadakan.

Tikar Rubai.

Kebiasannya saiz tikar jenis ini adalah besar dan memanjang, ia juga digunakan untuk dibentangkan diruang tamu dan ibu rumah bagi keselesaan tetamu yang hadir. Tikar rubai juga sesuai untuk dibentangkan juga di laman rumah atau diluar rumah ketika persandingan pengantin diadakan didepan rumah. Dengan ketahanan tikar ini kebanyakan orang dahulu menggunakannya untuk menjemur padi sebelum di tumbuk dengan menggunakan lesung padi.

Tikar Pandan.

Tikar pandan banyak digunakan untuk lapik tempat sembahyang dan tempat tidur orang dulu-dulu, ianya lembut dan mudah rosak untuk kegunaan berlasak ditempat lain.

Mengkuang Laut.

Daun mengkuang laut pula dianyam terus untuk membuat simpanan penganan (dodol dan wajid) kerana daun berkenaan berbau wangi serta tahan untuk menyimpan kueh traditional tersebut disamping digantung ditepi dapur kayu. Begitulah orang dulu-dulu menyimpan kueh berkenaan sehingga tahan setahun atau lebih.


Ulasan Penulis.


Kini sudah tiada lagi kawasan tanaman mengkuang di susur tebing-tebing air mati dan generasi sekarang juga tak berminat untuk mempelajari bidang anyaman ini. Sejajar dengan pekembangan zaman yang serba cepat serta mudah didapati pula generasi kita telah beralih kepada tigar getah yang berbagai warna dan bentuk serta jenisnya. Agak sukar menemui tikar-tikar mengkuang dirumah-rumah kita dikala ini kerana perubahan cara hidup dan pelbagaian jenis lantai serta jenis rumah telah menghakis penggunaan tikar mengkuang itu sendiri dikalangan masyarakat kita. Penulis melihat pokok mengkuang tumbuh subur di sekitar tepi tebing sungai di Kampong Paloh serta di tebing Kampong Air Mati Bota. Masih adakah lagi yang berminat menganyam tikar ? atau perkara tersebut untuk generasi tua sahaja.

SENI ANYAMAN TIKAR MENGKUANG (PROSES PENYEDIAAN DAUN MENGKUANG)




POKOK MENGKUANG AIR.

Seni anyaman tikar dari mengkuang adalah seni yang diturun dari orang-orang tua dahulu, dan diwarisi oleh keturunan Tok Kadok hingga lah sekarang.Kami imbaukan kembali sewaktu ketika dahulu bahawa kampong kita mempunyai puak waris yang pandai menganyam tikar mengkuang setanding di negeri-negeri lain. Pokok mengkuang terdiri dari beberapa jenis seperti mengkuang pandan, mengkuang air, mengkuang kerling dan mengkuang laut serta rubai. Mengkuang yang ditanam disekitar tebing dan hujung hilir pulau tabuan di Telok Bakong adalah dari jenis mengkuang air dan mengkuang Kerling. Dizaman popularnya anyaman mengkuang ini banyaklah pokok mengkuang ditanam disekitar hujung pulau berhampiran tebing Cu Talak dan Tebing Lamah. Warga Telok Bakong yang menanam mengkuang tersebut adalah seperti Puan Siah (isteri Pak Yop Peting), Wan Lebor (Kamariah bt Kulop Keria), Puan Hajjah Khadijah, Puan Simah bt Alang Nawi, Puan Saerah Ngah Mat Taib dan Itam Rakayah serta beberapa nama lagi yang sukar dijejaki kerana sejarah tersebut tidak dibukukan. Mereka semua ini pandai menganyam tikar dengan berbagai corak dan gaya anyaman.

Tak banyak beza bagi proses penyediaan asas untuk menyiapkan daun-daun mengkuang dari memotong di pokoknya hinggalah merendam,melurut dan mewarnakan daun-daun.


Proses penyediaan daun mengkuang biasa atau pun mengkuang pandan :

1. MEMILIH DAUN – kerat pada waktu pagi atau petang untuk mengelakan daun mengkuang  akan layu, daun yang berusia 2 tahun atau lebih dipotong dan dikerat sama panjang mengikut sukatan yang diperlukan serta disusun mengikut rangkap sepertimana kelihatan difoto..

.


2. MELAYUR – Daun mengkuang dilayur atas bara api sehingga warna daun kekuningan supaya lembut dan tahan lama serta tak mudah patah dan juga memudahkan proses melurut daun mengkuang setelah kerja-kerja melayur selesai.






3.Mengjangka : Daun yang telah dilayur hendaklah dibuang duri empulor ditengah, manakala duri dikiri dan kanan daun juga hendaklah dibuang.




 Alat Jangka


4. MERENDAM – Dengan menggunakan belantan dedaun mengkuang ini setelah diikat-ikat diketuk dan dipukul dari pangkal hingga kehujung helaian daun, bertujuan untuk melembutkan dedaun helaian mengkuang setelah menjalani proses rendaman. Setelah selesai kerja-kerja berkenaan daun mengkuang yang telah siap diikat dan direndam 3 hari 3 mlm dgn air. Air perlu ditukar 2 kali sehari untuk mengelak bau masam. Proses rendaman ini bertujuan untuk lunturkan warna hijau menjadi putih pada daun apabila ianya menjalani proses pengeringan daun setelah dijangka. Proses rendaman daun mengkuang juga boleh dijalankan didalam air sungai dan di tali air bendang atau anak-anak sungai yang boleh menghapus dan menenggelamkan paras daun mengkuang bila direndam. Kebiasaannya rendaman daun mengkuang dibuat didalam tempayan yang diisi dengan air serta ditukar pada hari kedua rendaman.




5. MENJEMUR – Daun yang telah cukup rendamannya dibuka ikatan dan dijemur secara menghurai antara daun hingga kering. Kebiasaannya cuaca panas diperlukan untuk memutihkan daun-daun mengkuang ini. Jika ianya tak cukup panas warna tikar akan kekuningan dan tidak begitu putih, jika ianya tidak diwarnakan dan hanya menganyam secara biasa.



6. MELURUT/LARIK – Setelah daun-daun dijemur kering, kerja-kerja melurut daun tersebut dijalankan ini bertujuan untuk meluruskan daun dan bagi elak ianya bergulung-gulung apabila kerja-kerja menganyam dijalankan.












7. MEWARNA – Daun mengkuang yang telah dikeringkan bolehlah diwarnakan mengikut kehendak orang yang hendak menganyam. Terdapat dua iaitu cara tradisional atau moden. Cara Tradisional : menggunakan air kunyit kunyit bagi warna atau untuk warna kuning, kesumba india untuk warna jingga, buah mengkudu bagi warna biru dan arang untuk warna hitam. Dizaman sekarang kaedah ini sudah pupus dan tiada orang yang mengerti untuk menggunakannya lagi.
.
Cara Moden : dengan mengguna Dylon - jenis tepung pelbagai warna (celup mengkuang - kalau dulu boleh didapati di pekan Parit sahaja) dibancuh dan yang boleh didapati dengan mudah dikedai-kedai dan dididihkan dengan air panas. Daun diikat dan dicelup selama 15-20 minit. Ikatan daun diangkat dibiarkan sejuk dan dibasuh kemudian dijemur. Kaedah menjemur biasanya memerlukan cuaca yang cukup panas bagi mengeringkan daun mengkuang yang telah dicelup.


Mari kita kenali beberapa spesis Mengkuang 

:



Mengkuang Air yang terdapat di tebing Kampong Air Mati Bota.




Mengkuang Kerling yang terdapat di Punggai Hulu.



Mengkuang Pandan.

Ditepi Rumah Hajjah Alang Arpah.



Mengkuang Laut. (Umbai - Melaka)


Terdapat satu lagi jenis mengkuang yang tumbuh diair masin dan payau iaitu Mengkuang Rubai, pokoknya yang tinggi lagi berdaun lebar. Urat-uratnya kasar serta satu atau dua kali ganda saiz daunnya lebih besar dari mengkuang biasa. Didaerah Bakong menghala kelaut adalah terdapatnya hutan mengkuang Rubai ini. Dulu penduduk di Bakong dan Kuchai sering mengambil rubai didalam hutan tebal yang menghala ke laut. Nama-nama seperti Alang Payang, Puan Beah dan Alang Mani adalah merupakan tokoh popular dengan mengkuang Rubai didaerah Lambor Kiri sehingga menjual mengkuang tersebut diseluroh mukim Lambor. Penulis tak dapat mengesan pihak waris untuk mendapatkan kelarai kelarai yang dianyam waktu itu, terutamanya mengkuang rubai. 






* Sila ikuti pula jenis anyaman tikar mengkuang atau dikenali Kelarai dikeluaran seterusnya.