Selasa, 1 Mac 2011

KETURUNAN TUAN HAJI YEOP MAJLIS BIN PANDAK MOHIT.



RUMAH KEDIAMAN & SURAU TN HJ YEOP MAJLIS
TELOK PEDAYONG, LAMBOR.



SALASILAH UTAMA.




KERATAN  1/1



KERATAN 2/1



KERATAN 3/1

Keratan 1 hingga 3 adalah dibawah salasilah Puan Che Me, isteri pertama Tuan Haji Yeop Majlis.
.

Salasilah Puan Hashimah isteri kedua Tuan Haji Yeop Majlis.




Salasilah Puan Hajjah Habsah isteri ketiga Tuan Haji Yeop Majlis
.



Encik Jalil Majlis dan Keluarganya.



Encik Jamaluddin Yeop Majlis.


Dengan kerjasama Encik Jalil Yeop Majlis dan Encik Jamaluddin Yeop Majlis terpaparlah salasilah keturunan Tuan Haji Yeop Majlis bin Pandak Mohit dari Lambor Kanan. Keluarga ini boleh menjadi contoh untuk kita semua sehingga boleh menubuhkan Rumpun Yeop Majlis dan mengadakan majlis perjumpaan seluruh keluarga yang besar ini. Kita patut berbangga kerana mereka-mereka ini adalah diantara keturunan Lambor dan Tok Kadok yang berjaya dalam pelbagai bidang. 



Keratan berita majalah Anis.





Penubuhan Ikatan Keluarga Yeop Majlis pada 2002.




Perhimpunan keluarga Yeop Majlis.




Bergambar dengan kedua isterinya.



Perhimpunan Ulama di Perak yang dihadiri oleh Tuan Hj Yeop Majlis..




 Tuan Haji Yeop Majlis.




Che' Mi




Puan Shamsiah.




Hajjah Habshah.



Dalam gambar ini terdapat juga orang Telok Bakong - Pak Kolah,(belakang kiri sekali) berikut senarai nama yang disenaraikan oleh Encik Jalil Yeop Majlis dalam FB beliau.

Duduk dari kiri - Hjh Habsah Tain. Opah Lijah (Isteri kedua Hj Tain), Opah Enson (Isteri Ketiga Hj Tain), Mak Cho (Isteri Muntaha Hj Tain), Makcik Ro (Isteri Pakcik Leman), Janatul Akmar, anak Pakcik Leman (Budak kecil berdiri). Berdiri dari kanan ke kiri: Ayah Kawi, Ayahco Bondan, Ayahco Muntaha, Wancu Itah, Wanchik Yam, Wak Kasan, Tok Mok Teluk Bakong & Pakcik Alias. Berdiri belakang sekali, dari kiri - Hj Sulaiman Hj Tain, Tok Busu (Adik Hj Tain) dan Ustadz Ismail Hj Tain.




Lokasi: Depan rumah Mat Saham Teluk Pedayung Lambor Kanan
(rumah lama sebelah rumah Pak Tait & Wan Limah).



Foto - antara hubungan keluarga ini dalam Suasana 50'an.
 
Jamaluddin Yeop Majlis - Baru dapat tau yg bolen tu namanya Mohamad Ariffin bin Hj Aziddin. Sekarang umurnya 56tahun tinggal di Taiping Perak dah bersara dari tentera. Beliau adalah sepupu emak kami. Bapanya Hj Azidin tu adik Tok Tain dari Kuala Kangsar.
Berdiri belakang sekali dari kanan gambar: Ayah Chor Bondan (abang Pak Kolah), Tok Hj Azidin Kuala Kangsar, Tok Tain (ayah emak), Tok Busu (Mat Kechik Teluk Bakong).
Lokasi gambar di perkarangan rumah Arwah Hj Azidin (adik Tok Tain) di Manong Kuala Kangsar.






 Dato'Ahmad Hambal ketika di Mesyuarat PIBG 
Sekolah Kebangsaan Parit - 1982




Keluarga Dato'Ahmad Hambal Yeop Majlis 2010.




Penulis bersama Dato' Ahmad Hambal Yeop Majlis - sebagai Guru Besar Sekolah Menengah SM 1 Lambor Kanan ditahun 1979 ( semua pengawas sekolah Tingkat 4 dan 5), Isteri beliau juga adalah guru kepada penulis di Sekolah Kebangsaan Telok Bakong - Puan Zainab.
Kelihatan juga Abd Razak Tajuddin, Ramlah Haji Suffian, Hashim Harun, Sarihan, Hamdan, Roslan, Rogayah.


Bersama Encik Jamaluddin bin Yeop Majlis di Tingkatan 3 pada tahun 1975 -1977 di SMDRY (Cawangan Telok bakong).Encik Jamaluddin - 6 dari belakang ( kanan ) dan penulis 2 dari kiri duduk bahagian depan.
Berdiri dibelakang : (..........), Abd Aziz, Abd Rahman, Shamsuddin, Hashim Harun, Hashim, Jamaluddin, Abd Gaffar,(........)., Zahari, Jamaluddin(bt 16), Sarihan.
Berdiri bhg tengah :  (..........) Khairiah,(.........),(Adik Zulkarnain Telok bakong), Ramlah Hj Suffian,(.........), Saliza Ibrahim,(..........), (.............),Salasiah, Rashidah, Siti.
Duduk depan : Jamaliah, Ariffin, (........),Cikgu Arshad,(..........),(...........),(...........),Ust Wahab, Cikgu Khairani, Rogayah dan Hamidah.


PANDANGAN DAN PENGALAMAN 
ANGGOTA KELUARGA INI MENGENAI 
"SUMPAHAN TOK KADOK".

Ikan Tapah.



Pengalaman mengajar kita erti sesuatu perkara dan mendidik kita menjadi dewasa dan matang untuk membezakan pengertian tentang hidup serta pantang larang yang disebut oleh orang-orang tua terdahulu pada kita. Andai kata sumpahan itu masih membara dan sering mengiring bisanya sumpahan ikan berkenaan pada keturunannya sehingga empas-empas daun, ada-ada tidak. Begitu panjangnya tempoh masa yang diberikan pada keturunan Tok Kadok ini. Sebagai keturunannya anak-anak Lambor tidak berani menjamah atau memakan berlaukkan ikan tersebut.Masih adakah sumpahannya ? mari kita ikuti pengalaman dan pandangan dari mereka.

Ikan tapah satu-satunya spesisi ikan yang amat sensitif bagi kebanyakan orang Lambor. Sebut sahaja Lambor,mesti terkait dengan Ikan Tapah. Warga Lambor dikatakan tidak boleh makan ikan ini. Ada pendapat mengatakan tujuh keturunan Pak Kaduk tak boleh makan ikan tapah. Persoalannya apakah generasi hari ini sudah melampaui edah yang disebutkan itu ? Oleh kerana rumpun keluarga Yeop Majlis ini berasal dari Lambor Kanan, tentunya kita juga terkait sebagai sebahagian daripada keturunan Pak Kaduk yang tidak boleh memakan ikan tapah. Benarkah keturunan Yeop Majlis hari ini masih terbelenggu dengan sumpahan Pak Kaduk itu ?


Salihun Yeop Majlis.

Jika merujuk kenyataan anaknya Salihun Yeop Majlis (foto) didalam facebooknya, beliau sudah pun termakan pekasam ikan tapah ini di Kuala Kangsar, namun sehingga sekarang tidak terdapat apa-apa kesan yang memudaratkan dirinya.


Jamaluddin Yeop Majlis.

Begitu juga dengan seorang lagi anaknya Jamaluddin Yeop Majlis (foto), beliau tidak mengalami kemudaratan setelah memakan ikan itu beberapa kali. Jika mengambil kira dua kenyataan daripada kedua-dua anak Yeop Majlis itu, maka terbuktilah generasi ketujuh Pak Kaduk yang terlarang memakannya kini sudah lama berakhir.

Sumber : rumpunmajlis.blogspot.com.


Ulasan penulis blog : 

Saya sering ditanya keturunan keberapakah kamu dari Tok Kadok hingga ke hari ini, jawab saya keturunan yang kesembilan. Dan pertanyaan lagi, masih adakah sumpahan atau larangan memakan ikan tapah ini didaerah kamu, mudah juga jawapannya, bagi sesiapa yang berhajat boleh cuba dan jika kemudaratannya menimpa terserah pada yang memakannya. Bagi saya, saya tak begitu makan ikan sungai kerana banyak tulang, dan ikan tapah tak banyak tulang tapi tetap saya tak suka. Jika encik Salihun dan encik Jamaluddin telah memakannya dan tiada pun kemudaratan yang menimpa, maka itu dah terjawap persoalan-persoalan yang sering diajukan pada saya. Wallahhualam.







Ahad, 20 Februari 2011

MASJID AIR MATI, BOTA.





MASJID BARU KAMPONG AIR MATI.




Jalan Masuk Ke Kampong Air Mati dan 
Makam Sultan Muzaffar Shah 2.


MASJID AIR MATI

.
Masjid ini pada asalnya dibina dari kayu yang dipindahkan dari Masjid Bota Kiri ke Kampong Air Mati, masjid ini mempunyai empat batang tiang utama yang dibuat dari teras kayu nangka. Teras ini dibuat semasa Masjid berkenaan mula dibina di Bota Kiri, orang yang membina tiang teras kayu nangka ini menebang dan memotongnya sendiri serta menyiapkannya khas untuk masjid ini. Tidak diketahui bila masjid ini dibina atau dipindahkan ke Kampong Air Mati, kemungkinan semasa kerajaan Perak di perintah oleh Sultan Perak yang ke 10 iaitu dibawah Sultan Muzaffar Shah 2. Jaraknya Masjid ini dengan makam Sultan Muzaffar Shah 2 adalah kira-kira 250 meter dari masjid ini.



Makam Sultan Muzaffar Shah 2.


Papan Tanda Makam ..

Masjid lama ini terkenal dengan karomahnya serta “Tempayan Bedene”dikalangan penduduk mukim Bota dan Mukim Lambor pada era sebelum merdeka dan pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 2 sebagai Sultan perak ke 10.



Tuan Haji Shuib - Setiausaha Masjid Air Mati menunjukkan 
Empat Tiang Teras Nangka yang dikekalkan 
binaannya didalam masjid baru.


Marilah kita selami dulu ayat suci ini dan doa menuju ke Masjid.

Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang.
(QS. An Nuur, 24 : 36)

Doa Menuju ke Masjid

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَعَظِّمْ لِي نُورًا

“Ya Allah! Jadikanlah dalam hatiku suatu cahaya, dalam pandanganku suatu cahaya, dalam pendengaranku suatu cahaya, dari arah kananku suatu cahaya, dari arah kiriku suatu cahaya, di atasku suatu cahaya, di bawahku suatu cahaya, di depanku suatu cahaya, di belakangku suatu cahaya dan limpahkanlah kepadaku dengan cahaya.   (H.R.Bukhari- Muslim)


SEJARAH PEMBINAAN MASJID AIR MATI.


Masjid asal di Bota Kiri terletak ditepi sungai dan pemunggahan kayu-kayu masjid telah dilaksanakan secara bergotong royong oleh orang-orang kampong serta kariah masjid Bota Kiri dan pihak Kampong Air Mati. Setelah disiapkan rakit yang besar maka di isilah semua ramu kayu-kayan masjid ke atas rakit untuk dibawa menghilir sungai perak. Setelah semuanya siap berlaku kejadian yang aneh iaitu rakit yang dipenuhi dengan kayu kayan tadi tidak mahu menghilir, bahkan berpusing-pusing sahaja dan didapati rakit berkenaan yang tadi kelihatan elok sahaja telah tenggelam paras lantai rakit. Keadaan ini mencemaskan anak-anak kariah dikedua-dua kampong. Sepatutnya tiada masalah kerana air sungai ketika itu amat deras dan laju serta keadaan rakit yang amat selesa, “tiadakah barang-barang masjid yang utama ditinggalkan disini soal imam” anak kariah menjawab hanya tinggal tempayan “Bedene” sahaja imam, rasanya perlu ke kita bawa bersama tempayan ini !!! marilahlah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah supaya kerja-kerja kita pada hari ini dimudahkanNya. Oleh itu bawalah apa sahaja semua barang-barang masjid ini kedalam rakit termasuklah tempayan bedene tadi, sahut imam dengan nada suara yang lembut.



Foto gambaran penulis - 
Raket, kayu-kayan Masjid dan Tempayan Bedene.

Setelah tempayan “Bedene” tadi dinaikan diatas rakit dengan tak semena-mena rakit yang tenggelam paras lantai terus ternaik sebagaimana keadaan asal serta meluncur laju menghilir sebagaimana yang dirancang oleh semua anak-anak kariah.

Setelah pemunggahan kayu kayan kedaratan di Kampong Air Mati selesai bermulalah kerja-kerja gotong royong memasang kembali Masjid di tempat baru. Dan setelah siap sepenuhnya kelihatan Tersergam indahlah Masjid ditempat baru iaitu di Kampong Air Mati.


TEMPAYAN BEDENE.



Disudut inilah Tempayan Bedene diletakan. 



Tin Biskut atau Tin Minyak Tanah = 16 x. 
Sukatan muatan air didalam Bedene. 



Buah Remenia yang muda.

Pengertian Tempayan “Bedene” ini adalah bermaksud bekas atau tempat yang berisi emas karun yang didapati atau yang berasal dari alam ghaib. Masa dulu tempayan inilah digunakan untuk meyimpan air bagi semua jemaah mengambil wuduk. Mengikut ceritanya tempayan tersebut diletakan disudut kanan masjid dibawah pokok remenia (semenia – bahasa tempatan) atau pun bahasa yang mudah pokok kundang. Muatan air didalam tempayan ini bersamaan dengan 16 tin minyak gas/tanah atau kira-kira  256 liter air atau 64 gelen air. Tempayan berkenaan telah pecah disebabkan ditimpa oleh dahan remenia yang patah lalu jatuh diatas tempayan berkenaan, kejadian ini berlaku kira-kira diakhir tahun 1890an. Bagi mengekalkan tempayan bedene ini dimasjid tersebut semua pecehan-pecahan tempayan berkenaan diletakan dibawah kolah air tempat mengambil air sembahyang (wuduk) semasa pembinaan kolah tersebut.



Buah Remenia atau menia.


Menurut cerita Tuan Haji Shuib pernah suatu ketika dahulu sepasang suami isteri mengalami masalah kerumitan rumah tangga dengan perhubungan suami isteri yang tidak bertegur sapa serta selalu bermusuhan. Setelah puas berubat hingga ke Johor serta sampai ke utara iaitu Perlis penyakit atau masalah suami isteri ini tetap juga begitu tanpa ada jalan penyelesaian. Maka setelah dinasihatkan supaya mengambil wuduk dengan air tempayan “Bedene” ini serta bersembahyang sunat bermohon didalam masjid ini supaya segala masalah rumahtangga mereka akan menemui hidayah dari Allah, si isteri telah bersembahyang sunat didalam masjid dengan ditemani oleh suami dan anak-anaknya dan ketika dalam sembahyang sunat tersebut isteri telah jatuh pengsan dan sempat di pangku oleh si suami diribaannya. Apabila si isteri tersedar maka berpelukanlah anak-anak serta suami isteri tersebut sesama mereka dan dari situlah masalah rumah tangga pasangan tersebut terus selesai dan tidak lagi bergaduh dan aman damai hingga ke akhir hayat. Begitulah karomah masjid kampong Air mati ini yang begitu sinonim dengan cerita tersebut dari generasi ke generasi sehinggalah sekarang. Cerita ini merupakan salah satu cerita yang berlaku didalam masjid ini dan banyak lagi cerita berkenaan masjid ini, hanya generasi yang lahir sebelum merdeka yang banyak menyimpan cerita tentang masjid ini.


PEMBINAAN MASJID BARU.


Masjid baru dibina pada tahun 2008 dan kini masjid lama telah menjadi sejarah dan kenangan sahaja pada generasi baru. Penulis tak dapat merakam gambar masjid lama kerana tiada foto yang disimpan didalam masjid. Walaubagaimana pun tiang teras nangka didalam masjid lama masih dikekalkan dengan menanamnya didalam kerangka batu dikeempat-empat tiang didalam masjid baru. Dengan RM50,000 sumbangan dari kerajaan serta selebihnya dari 200 penderma maka terbinalah masjid baru di Kampong Air Mati ini dengan kerja kuat yang diketuai oleh Setiausahanya Tuan Haji Shuib bin Ahmad serta barisan Ahli Jawatankuasanya yang dipimpin oleh Pengerusi Masjid iaitu Tuan Haji Abdul Shukur bin Haji Khalid dan hanya Allah sahaja akan membalas segala amal jariah yang dilaksanakan oleh kesemua Ajk-ajk yang mendirikan rumah Allah ini.



Laluan pintu masuk utama untuk kedalam masjid.



Senarai AhliJawatanKuasa Masjid.



Mimbar.



Ruang Pejabat Masjid.



Bilik Mesyuarat Masjid.



Dewan masjid.


Kerantong-Beduk (Nakuih)


Pihak Jawatankuasa Masjid Air Mati ini masih mengekalkan kehadiran Tempayan di sekitar kawasan tangga masjid dan kaki limanya. Walau pun tiada lagi kehadiran Bedene tapi kehadiran tempayan-tempayan berkenaan adalah bagi mewujudkan ingatan kepada suatu masa dahulu bahawa Masjid Air Mati ini pernah mempunyai Tempayan Bedene yang cantik serta besar untuk menampung semua jemaah  mengambil wuduk bagi menunaikan sembahyang waktu di Masjid Air Mati ini.



Kelihatan tempayan biasa di letakan dikaki lima masjid.



Takungan air masih diwujudkan didalam tempayan.




Tempayan yang muatannya mungkin 3 tin minyak 
tanah sahaja berbanding "Bedene" 16 tin.


Kediaman Setiausaha Masjid Air Mati ini tidak jauh dari kawasan masjid, rumah kediaman Tuan Haji Shuib  hanya berhadapan atau seberang jalan masjid ini sahaja dan beliau merupakan menantu kepada Hajjah Nobah dan isterinya Allahyarhamah Hajjah Che'Ah merupakan piut Ngah Pidup (rujuk salasilah Ngah Pidup).




 Tuan Haji Shuib bin Ahmad didepan rumahnya.




Kereta Datsun kesayangan beliau yang masih beroperasi dengan baik untuk meluncur kemana-mana destinasi yang diarahkan oleh Tuan Haji Shuib.Kelihatan juga bangunan masjid dibelakang gambar ini.




Rumah kediaman Tuan Haji Shuib berhadapan dengan masjid.


Marilah kita lihat dan dalami doa untuk ke rumah ibadat ini serta mengamalkannya .


DOA UNTUK KE MASJID.