Memaparkan catatan dengan label PAHANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAHANG. Papar semua catatan

Khamis, 18 November 2010

KAITAN TELOK BAKONG – LAMBOR DENGAN RAUB PAHANG SERTA KETURUNAN TOK KADOK.

Kira-kira 400 tahun yang lampau telah terdapat seorang pahlawan yang bernama TOK PERAK yang berkhidmat dengan Sultan Perak waktu itu dan kemungkinan mereka ini berasal dari Perak(Lambor - Minangkabau) dan kaitan dengan keturunan Tok Kadok. Atas sebab-sebab yang sukar dimengertikan maka TOK Perak ini telah pun pergi ke Negeri Pahang membuka kampong dan daerah disana. Pada tahun 1974 salah seorang keturunannya telah datang ke Lambor Kanan (Telok Bakong) dan khususnya berubat dengan Tuan Haji Sulaiman kerana keluarganya terkena sumpahan ikan tapah. Alhamdulillah penyakit tersebut sembuh setelah meminum air kancing emas berkenaan. Salah seorang daripada keturunan ini telah pun menulis sebuah buku mengenai sejarah Raub Pahang dan memasukan cerita kedatangan salah seorang waris mereka ke Lambor  dan Telok Bakong serta tulisan waris berkenaan yang ditulis dalam tulisan jawi dan telah pun ditulis kembali dalam tulisan rumi.

Siapakah Tok Perak ini dan apakah kaitan dengan keturunan Tok Kadok, telah diceritakan dizaman 60an salah seorang keturunan dari jurai Alang Sumat iaitu Ngah Man bin Uda Malak telah tinggal disana beberapa waktu di salah satu kampong disana kerana lari merajuk. Ini berikutan terdapatnya bapa saudara sepupu disana dan puak-puak Lambor serta Telok Bakong ramai disana menghuni beberapa kampong di Ulu Dong.Penulis pernah kesana pada tahun 80an dan loghat orang-orang disana menyerupai loghrat Telok Bakong Lambor dan kalau tersilap macam kita berada di Perak pula.Boleh kah kita menjejakinya lagi pada zaman ini dengan tiada sebarang panduan dan kalangan yang tua-tua sudah tiada sama ada di sebelah Perak dan Raub.Saya timbulkan cerita ini kerana ingin memberitahu semua warga Telok Bakong Lambor bahawa pernah suatu ketika dahulu hubungan antara Raub, Lipis juga Ulu Dong berkaitan juga dengan keturunan Tok Kadok. Berikut saya muatkan tulisan dari petikan buku tersebut untuk tatapan semua kuhususnya untuk kisah kaitan dengan Telok Bakong dan Lambor. Buku ini tiada didalam pasaran dan cuma ada pada waris-waris Tok Perak sahaja jadi atas sebab yang tidak dapat dinyatakan disini saya cuma muatkan petikan yang ada kaitan dengan Telok Bakong Lambor sahaja.Sila klik pada muka surat yang dipaparkan untuk tujuan memudahkan pihak tuan-tuan membaca bahagian muka surat tersebut.

Gambar hiasan - Sungai Pahang (kampong Lubok Paku)

 Gambar hiasan-Sungai Pahang dan rakitnya.



Gambar hiasan - Sungai Perak.


 Sekitar pulau Uban didalam Sungai Pahang.


Sungai Pahang dekat Temerloh.
Bot Penambang.

 Jeti Penambang di Sungai Pahang

Tempat yang bernama "Padang Pak Beruk " adalah di hulu Kampong Padang Changkat dan keluarga Saari Ngah Kidi adalah di belakang pekan Telok Bakong. Tuan Haji Sulaiman bin Pandak Logam  bin Pandak Demat adalah pemegang emas kancing di batu 16 Kampong Tua Lambor Kanan.