Khamis, 13 September 2012

BOT PENAMBANG DI KAMPONG GAJAH.



Bot Penambang di Kampong Gajah.

Marilah kita melihat foto yang diambil suatu ketika dahulu pengangkutan sungai menjadi nadi utama kegiatan disungai Perak, kini ianya tinggal sejarah dan kenangan pada generasi yang sezaman dengannya.

"Bot penambang terdapat di tebing Sungai Perak kerana tidak ada jambatan melintasi Sungai Perak yang lebar. Ada beberapa lokasi di mana bot penampang dijalankan. Suatu ketika dahulu bot penambang terdapat di Pasir Salak, Kampong Gajah, Teluk Intan dan Kuala kangsar
Tambangya murah iaitu 30 sen sahaja untuk satu hala. Biasanya motosikal , basikal dan barang-barang boleh diletakkan di dalam bot penambang. Pelajar sekolah menengah akan menaiki bot penambang untuk ke Sekolah Menengah Dato’ Maharaja Lela yang terletak di Kampung Gajah
Setelah adanya jambatan dbina pada tahun 1987 merentasi Sungai Perak antara Kampung Gajah dan Pasir Salak, pengusaha bot penambang tidak dapat cari makan, terpaksa mencari pekerjaan lain. Antara pengusaha bot penambang yang terlibat ialah di Kampung Pasir Salak, Selat Pulau, Bandar Tua , Kampong Air Mati dan Kampung Pebayan". - Daripada Wikipedia.

Foto Bot penambang ini diambil pada May 1977 sewaktu En.N.A.Halim dan rombongan dari Muzium Negara berkunjung ke Kampong Gajah dan Pasir Salak untuk meneruskan kajian dan penyelidikan ditempat ini. Penulis dan Rombongan Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Sultan Muzaffar Shah 1 Lambor Kanan juga pernah berkunjung ke Pasir Salak dengan menaiki bot pada tahun 1978. Waktu ini bot penambang juga ada di tebing pekan Pulau Tiga untuk kita menyeberang Sungai. Penulis pernah menyeberang Sungai menggunakan kedua-dua bot penambang samaada di Pulau Tiga dan Kampong Gajah. Paras air Sungai Perak ketika itu memang dalam dan deras, apa lagi ketika dari bulan Ogos hingga Januari iaitu musim tengkujuh. Sesetengah tempat didaerah ini memang dilanda limpahan air sungai yang meninggi parasnya kerana dihulu sungai sering hujan serta ditambah pula kawasan berkenaan turut dilanda musim tengkujuh. Berbeza dimasa sekarang paras air sungai perak dah cetek dan disesetengah kawasan seperti di Air Mati Telok Bakong dan Padang Changkat telah pun kering serta air sungai tidak mampu mengalir kedalam tasik berkenaan untuk kehidupan sungai serta hidupannya hidup sepertimana dahulu.



Kelihatan juga sampan yang bermotor yang digunakan rombongan pengkaji sejarah serta dibelakangnya jeti penambang.

Foto-foto adalah sumbangan dari en.Aziz bekas pembantu N.A Halim.



Encik Aziz bin Mohd.


Pekan Pulau Tiga - Bekas tapak bot penambang adalah dibelakang pekan ini.


Simpang Bandar Tua (Simpang Bandar Lama) - Jambatan yang merentang Sungai Perak.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu keme di lambor kiri nak sekolah menengah kena nyeberang naik sampan ke lambor kanan. Ise Conggah tukang ngalahnye.. kenangan

aisbatu berkata...

Dulu sampan batang tu...bergolek-golek je bila naiknya, teman udah tak ingat name orang yg ngalahnye tu. Teman nyeberang pergi Lambor Kiri romah emak saudare ngan pak sedare...ate mase ini udah tak ade sampan penambangnye pun, sekolah menengah di Lambor Kiri udah berasrama dan bukan main besor sekolahnye. Kalau mase itu ade sekolah macam sekarang tak nyeberang le mike.

eyra berkata...

assalamualaikum. saya azira, nak tanya sikit, penulis tahu tak ataupun kenal orang yang boleh saya hubungi untuk mengetahui lebih lanjut tentang kampung gajah ini? saya pelajar tingkatan 6 sedang melakukan kerja kursus. saya dalam perancangan ingin membuat tentang sejarah kampung gajah ini. harap penulis memberi respon secepat mungkin. jasa anda amat saya hargai. terima kasih =)

aisbatu berkata...

Waalaikumussalam,

Azira boleh berkunjung ke komplek sejarah Pasir Salak untuk penyelidikan yg dinginkan.Semua maklumat Azira boleh dapatkan disini, mereka juga menyediakan buku-buku sebagai bahan rujukan.

Tanpa Nama berkata...

Kume rindu juge sampan nyeberang. Seronok bebeno mandi sungei.

aisbatu berkata...

Suasana dulu dah kita tinggalkan sebagai kenangan dan kini jambatan merentasi sungai, arus pembangunan yang dikatakan deme tapi arus sungai makin cetek dan kering.....

KamalRamli berkata...

Pembetulan...simpang Kg Bandar Lama ye tuan...kg teman tu

aisbatu berkata...

Terima kasih tuan Kamal Ramli atas maklumat simpang jalan tersebut.