Makam Puteri Limau Purut.
(Sambungan dari kisah Puteri Limau Purut 1)
Olih
Bendahara Garang di ambilnya sebagai anak angkat.Bendahara Garang percaya Bana
tentu akan datang mengetuai bala tentera Acih untuk menyerang Perak.Olih yang demikian
di arah kan nya Tok Ribut untuk memberi tahu Pembesar Pembesar di seluruh
negeri Perak supaya datang ke Geronggong dengan orang orang nya untuk menentang
musuh.Ada pun akan Tok Ribut ini perjalanan nya semacam ribut laju nya.Mana
mana pokok yang melentang jalan nya habis tumbang di langgar nya.Apa bila ia
hendak berhenti di tuju kan nya peda pokok pokok yang besar besar lalu di pelok
nya, baru lah dapat ia berhenti.Alang alang pokok habis tumbang di buat
nya.Sebab itu lah di tugas kan kerja memberi tahu Pembesar Pembesar Perak itu
kepada Tok Ribut.Apa bila semua sudah berhimpun Bendahar Garang mula lah
membahagi bahagi kan kerja peda tiap tiap Pembesar Pembesar itu.Ada yang
membaik Kota dan ada pula yang membela senjata senjata.Ada pula yang di kerah
untuk membuat beratus ratus perigi serta pula di bubuh dengan daun daun
jelatang di dalamnya.Pendek nya, masing masing dengan kerja nya.
Tersebut
kisah Raja Acih, apabila keadaan telah pulih semula di dapati nya Bendahara dan
rakan rakan nya telah tidak ada, pintu penjara telah pecah dan Sultan Perak pun
tidak ada lagi di dalam penjara itu.Baginda pun tersangat murka di atas
kejadian itu.Peda masa itu juga sa orang pahlawan Acih telah membawa Bana
kehadapan nya.Apa lagi lah, kemurkaan Baginda pun bertambah tambah lagi.Lalu di
perentah nya bunuh Bana itu.Bana pun mendatang kan sembah, 'Ampun tuanku.Patik
pohon jangan lah patik ini di bunuh. Patik berjanji patik lah yang akan
membunuh Bendahara Perak itu kerana patik telah berguru peda nya.Patik tahu
akan kekuatan nya."Raja Acih pun suka cita nya mendengar kan sembah Bana
itu.Baginda pun memerintah kan bala tentera nya pergi menyerang Perak.Baginda
yakin akan dapat menawan negeri Perak.Olih itu Baginda pun memerentah hamba
rakyat nya yang ingin hendak pindah ke Perak bulih lah
ikut bersama sama dengan asykar asykar nya.Banyak hamba rakyat nya yang hendak
pergi membawa segala anak bini masing masing sehingga penuh sesal dalam kapal
kapal perang orang Acih itu.Maka berlayar lah kapal kapal Acih itu sahingga
sampai ke Kuala Perak lalu modik ke hulu.Tidak berapa lama modik sampai lah ke
satu tempat tidak jaoh dari Kota Geronggong itu.Naik lah mereka kedarat serta
membuat persediaan untuk bermalam di situ.Yang perempuan nya mulai lah menyediakan
alat alat memasak nasi.Mereka pun mula lah mencari cari apa apa benda yang
bulih di buat tungku.Mereka pun terjumpa dengan ketul ketul ubi lalu di buat
mereka tungku.Tetapi alangkah malang nya apabila nasi hampir masak tungku ubi
itu pun terbakar.Periuk nasi itu pun terbalik lah dan nasi nya tumpah ruah ke
tanah.Peda malam itu mereka tidak dapat makan.Untuk tempat tempat tidur pula
mereka ambil daun daun jelatang yang lebar lebar itu di buat nya sebagai
tikar.Apabila di baring badan pun tampil lah gatal.Begitu juga yang menggunakan
ayer telaga.Pendek kata peda malam itu tidak lah mereka tidur kerana asyik
tergaru garu saja.
Peda
pagi besok nya mereka pun tampil lah berperang dengan orang orang Perak.Apakan
daya, perut lapar, badan gatal, tergaru garu.Dalam masa kelam kabut berperang
itu Bana pun tercongak congak dalam orang ramai mencari Bendahara
Garang.Senjata Lawi Ayam ada di tangan nya.Bendahara Garang ternampak akan Bana
tercongak congak itu lalu di sergah nya,"Hey Bana, kamu durhaka."Bana
pun terkejut akan sergah Bendahara Garang itu, sambil memegang kemas akan Lawi
Ayam nya.Sekali lagi di sergah olih Bendahara Garang, tetapi tidak di peduli
olih Bana bah kan mara juga ia menuju ke hadapan Bendahara Garang.Bendahara Garang
pun mengangkat lembing nya lalu di lejang nya peda perut Bana tembus, kena pula
beberapa pokok tembus juga.Bana pun rebah langsong mati di situ juga.Apa bila
asykar asykar Acih mendapat tahu yang Bana sudah mati di tangan Bendahara
Garang maka masing masing pun bertempiaran lari membawa diri.Mana mana yang
sempat ke kapal mereka pun berlayar lah balik ke negeri mereka.Yang tak sempat
mereka menyerah diri, menjadi orang tawanan.Ada pun akan mayat Bana itu sempat
juga orang orang Acih itu melarikan ke hilir lalu di tanam di sabuah tanjong
yang sekarang ini dalam kawasan Kg. Telok, mukim Kg. Gajah.(kubur nya telah
jatuh ke ayer)
Rakyat
Acih yang telah lari membawa diri dengan kapal telah sampai ke negeri lalu
mengadap Raja mereka.Mereka telah menyembah kan apa yang telah berlaku masa
perang itu.Baginda pun tersangat murka, merah padam muka nya lalu Baginda
bersumpah tidak membenar kanrakyat Baginda bermastautin di negeri Perak
lagi.Khabar nya sumpah itu telah pun berlaku kerana jarang benar orang orang
Acih datang tinggal menetap di negeri ini.(di kampung kampung di tepi sungai
Perak)Jika ada sekali pun kehidupan mereka tidak berapa elok.Begitu lah cerita
orang tua tua di kampung.
Ada
pun orang orang Acih yang menjadi orang tawanan terlalu banyak sangat, tak
tertanggong olih Kerajaan Perak.Olih yang demikian di perentah olih Bendahara
Garang orang orang Acih yang laki laki membuat kerja membaik dan membesar kan
Kota.Yang perempuan nya, janda dan dara di lelong.Janda di lelong dengan harga
empat sa gantang padi.Anak dara di lelong dengan empat sa kupang.Begitu lah hal
nya di Perak peda masa itu.
Dengan
pimpinan Bendahara Garang Perak pun telah kembali aman seperti sedia kala.Tak
berapa lama lepas itu Baginda pun mangkat lalu di makam kan dalam
kawasan Kota itu juga mengikut adat istiadat raja
raja di negeri perak ini.
Sekian
lah cerita Tuan Putri Limau Purut dan Perang Acih yang telah di ceritakan olih
A.y.Hj.Abd.Latif dari Kg. Jawa, Pulau Tiga peda tahun 1958.Kemudian di susun
untuk pengetahuan kita dan anak anak cucu kita peda bulan januari 1979,
bersamaan dengan bulan safar 1399.
Sebagai
penutup saya mengucap kan syuur ke hadrat Allah Subhanahu
Wataala yang telah memberi saya petunjuk dan pertulungan untuk menyiap kan cerita
ini sa hingga siap.Saya berharap
peda pembaca pembaca yang bijaksana jika ada di dapati cerita ini tidak berapa
sedap peda serba serbi nya di harap jangan lah di jadikan kejian kerana saya
bukan lah dari peda ahli karang mengarang.Cuma tujuan saya ia lah hendak di
buku kan cerita ini supaya dapat di baca olih anak anak cucu kita kemudian
kelak .Banyak orang tua tua kita yang tahu akan cerita cerita lama sudah pun
meninggal dunia bersama sama dengan cerita cerita yang ada peda mereka itu.Jika
tidak di buku kan harus lah habis hilang semua nya.
Sedikit Tentang Datok Bendahara Garang
Ada pun akan Datok Bendahara Garang ini , nama batang tubuh nya
ia lah Megat Menjanis anak Megat Abdullah ,cucu Megat Musatafa dan cicit Megat
Terawis ibni Daulat Pagar Ruyung.Beliau ia lah Bendahara yang ke tiga dalam
Kerajaan Negeri Perak ini.Gelaran olih orang ramai ia lah Bendahara Kukut
kerana tangan nya rosak olih penyakit.Beliau mendapat gelaran Bendahara Garang
selepas ia dpat menyelamat kan Sultan dari tahanan olih Raja Acih.
Megat Menjanis atau Bendahara Garang ini ia lah sa orang yang
kemah lembut laku nya, bertimbang rasa terhadap orang yang di bawah nya hurmat
peda orang yang di atas.Ia sa orang yang pendiam.Apa bila ia marah di bawak nya
suka.Ia sangat pemalu dan lekas pula merajok tetapi lekas pula baik nya.Lagi
pula sangat umanah dan setia.Pendik kata Bendahara Garang ini, bak kata orang ,
di rebus tak empok di baker tak hangus dan di rendam tak basah.Ini lah dia
Megat Menjanis ,Bendahara Garang ,Bendahara yang ketiga di negeri Perak ini.
Selain dari yang tersebut di atas beliau suka juga peda
syaer,pantun dan seloka.Sa orang dari sahabat karibnya ia lah Tok Mencalang ,sa
orang ahli pantun dan seloka yang datang dari Sayung dan menetap di Geronggong
ini.
Sekian lah sedikit sebanyak tentang Bendahara Garang ini.
2 ulasan:
saya ada buku cerita psal ptri limau purut ni..
jika berkesempatan kirimkan pada saya untuk dimuatkan didalam blog ini....
Catat Ulasan