Rabu, 18 November 2015

JALINAN SILATURRAHIM & BICARA SANTAI - SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (INGGERIS) TELOK BAKONG (1970-1975).



THE NTPS 63 CLASS.


Inilah antara orang yang terpenting dalam mewujudkan Jalinan Silaturrahim dan Bicara Santai yang diadakan di Dewan Sri Melor, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 14hb.November 2015 bersamaan dengan hari Sabtu. Mereka berdua adalah rakan karib yang akrab semenjak dari sekolah lagi hinggalah sekarang. Disebelah kiri Puan Normah Zainuddin dan disebelah kanan Cikgu Zainon Suffian (Miah).


Foto yang ni adalah Ahli Jawatankuasa gerak kerja dan penaja yang berusaha keras dalam menzahirkan Jalinan Silaturrahim dan Bicara Santai.






Puan Normah Zainuddin.





Sedikit makluman bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (I) Telok Bakong.

Pada tahun 1953 - SRJK Inggeris telah ditubuhkan dan menumpang buat sementara di bangunan sekolah melayu.1954 - Bangunan sementara SRJK(I) telah didirikan.


Sekolah lama sebelum bangunan baru didirikan pada tahun 1970.
(Encik Osman Sufian- depan sebelah kiri).

1970 - Bangunan tambahan SRJK(I) telah didirikan dan telah menjadi bangunan utama SK Telok Bakong sekarang.
1976 - SRJK (I) telah ditutup bangunan tersebut telah menjadi sebagai sekolah cawangan SMDARY, Bota kanan sehingga 1977, 1978 semua pelajar Sekolah Menengah berpindah ke SMSMS 1 Lambor Kanan atau ke SMDARY Bota Kanan.


Sekolah Kebangsaan Telok Bakong.

Pada tahun 1975- sekolah ini ditumpangkan kepada pelajar Menengah Cawangan SMDARY pada sesi petang untuk tingkatan 1 sahaja. Kalau tak silap penulis ada tujuh kelas dan sebelah pagi SRJK(I) beroperasi.

Kini SRJK (I) telah menjadi kenangan kepada bekas-bekas pelajarnya dan dengan adanya Renuion NTPS63 2015 ini membolehkan kesemua pelajarnya yang berada pada tahun 1970 - 1976 bertemu kembali melihat nostalgia kenangan manis dan pahitnya semasa zaman sekolah serta diusia sekarang.

Terima kasih kepada Puan Normah Zainuddin dan Puan Zainon Suffian kerana membenarkan artikal dan foto-foto NTPS63 ini dipaparkan diblog Sumpahan Tok Kadok. Terima kasih juga kepada bekas pelajar senior SRJK (I) yang memberi foto lama sekolah, semasa beliau bersekolah iaitu Encik Osman Sufian (depan sebelah kiri). Terima kasih juga kepada Telok Bakong On Line - foto Sekolah Kebangsaan Telok Bakong. .

Rabu, 11 November 2015

TARIAN DABUS -PERSEMBAHAN LOKASI DI BOTA KANAN.




Tarian Dabus 


Tarian Dabus yang blog Sumpahan Tok Kadok paparkan diatas telah dirakam oleh kawan penulis ketika berkunjung ke Bota Kanan pada tahun 2010 atau 2011. Beliau begitu tertarik dengan persembahan tarian yg ditarikan oleh peserta persembahan Dabus ini kerana ianya jarang dipersembahakan dimajlis-majlis perkahwinan sepertimana dahulu. Pelapis bagi tarian traditional ini agak sukar untuk dicari dan tidak lagi digemari oleh anak-anak muda sekarang. Galakan atau minat kepada pesembahan tarian Dabus ini perlu di pupuk dari peringkat remaja lagi atau dari rebung baru lah tradisinya berterusan.




Tarian-tarian Perak seperti Dabus, Bubu Menari, Lenggok, Zapin Gambus, Belotah dan Sewang telah diberi nafas baru atau diolah menjadi tarian kontemporari dan masih mengekalkan keaslian tarian-tarian tersebut. Tarian-tarian ciptaan baharu seperti tarian Cempakasari dicipta semasa majlis Pertabalan Sultan Perak yang ke-25 dan Tarian Labu Sayong adalah tarian baharu yang diilhamkan daripada produk kraftangan yang popular di Perak iaitu Labu Sayong. Manakala tarian “Selamat Datang ke Negeri Perak” mula dikenali melalui program promosi pelancongan “Tahun Melawat Perak”. Manakala tarian “Berjojak” lahir melalui program Eksplorasi Tari Negeri Perak pada tahun 2011. Tarian-tarian ini sering dipersembahkan di majlis-majlis rasmi anjuran agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan majlis keramaian lainnya.

Sumber dari : http://www.jkkn.gov.my/pemetaan/listing/tarian-tradisional-perak/

Isnin, 14 September 2015

EMAS KANCING TAPAH.


Emas Kancing Tapah yang tersimpan lama mengubati pantang larang dari generasi ke generasi hingga kini berjaya mengubati penyakit yang disebabkan termakan ikan tapah. Yang lahir dari perut tapah serta yang terbit dari sumpah,iaitu Sumpahan yang dituturkan dari Sumpahan Tok Kadok.


Emas Kancing Ikan Tapah.
(Foto terbaru)

Emas Kanching Tapah - Foto Lama.
(Izham Pandak Logam).

Menurut ceritanya setelah sebahagian emas di dalam perut ikan tapah di tebus guna untuk membebaskan anak dan isteri Tok Kadok serta kampong halaman, maka sebahagian lagi telah dibuat barang perhiasan iaitu emas cucuk sanggul, subang (lebih mirip sunting - anting anting) dan cincin beberapa bentuk. Tukang emas yang mahir waktu itu adalah di Kampar, Indonesia, jadi sebahagian lagi emas itu di tinggalkan atau diberi kepada waris dan adik beradik Tok Kadok disana. Semua alat hiasan emas ini telah dibahagi-bahagikan diantara puak waris dan hanya tinggal emas kancing serta alatan sabung ayam Tok Kadok di Kampong tua batu 16.


Air penawar emas kancing Tapah.

Mungkin pelayar blog Sumpahan Tok Kadok atau anak cucu keturunan Tok kadok tertanya tanya apakah barangan selain emas kancing yang ditinggalkan bersamanya. Saya turunkan senarainya disini :- 

1) Emas Kanching - tersimpan rumah pusaka di Kampong Tua bt 16 Lambor Kanan.

2) Cucuk Sanggul  - ianya tidak pasti kerana ianya masih ada atau telah hilang 

3) Subang              -  contoh subang berkenaan.
                                   


Diberitakan subang ini tidak diketahui lagi dimana, sepatutnya tiada pembahagian atau faraidkan semua emas yang berkaitan dengan Tok Kadok serta juga sepatutnya hanya seorang penjaga sahaja yang memelihara emas berkenaan.

4) Cincin            - 

Tersimpan didaerah Malim Nawar atau Tapah tidak pula dinyatakan kampung dan nama orang yang menyimpannya . Setakat ini tiada berita yang cincin berkenaan masih wujud atau telah hilang.Tiada gambaran rupa bentuk cincin yang boleh dinyatakan disini kerana tiada siapa yang dapat menerangkan kerana puak waris yang menyimpan atau yang tahu sudah tidak ada lagi.

5) Alatan atau barang Sabung Ayam - ? ianya menjadi misteri kepada waris yang menyimpannya.


Seketika dulu emas kancin akan menjadi penghisan pengantin perempuan kepada puak waris apabila mejlis persandingan diadakan, samada malam berinai dan majlis persandingan. Yang pernah mengenakan emas kancin ini semasa hari persandingannya adalah Hajjah Derma Taksiah.


Puan Hajjah Derma Taksiah.

Apabila ada majlis bersunat bagi kanak-kanak dizaman berkenaan, maka ia juga menjadi hiasan pada anak lelaki semasa majlis doa selamat dihias laksana pengantin dan dipakaikan dengan emas kancin dibaju melayu. Menurut Tok Anjang Saman semasa ianya masuk jawi bukan main meriahnya dengan hiasan emas kancing ini. Semestinya dipakaikan dengan emas kancing barulah majlis dianggap meriah.


Tok Anjang Saman (Pelita)


Masuk jawi.

Pada zaman itu semua sepakat dan hormat kepada adat yang memestikan pemakaian emas kancing disemua majlis perkahwinan dan bersunat (masuk jawi) bagi waris yang terdekat. Namun sekarang ianya tidak lagi menjadi hiasan kepada kedua-dua majlis berkenaan, sejajar dengan perubahan zaman, maka tinggallah kenangan pada generasi yang tua dan kepada generasi baru mengenang melalui cerita yang dituturkan serta yang ditulis oleh blog Sumpahan Tok Kadok.

Dikemaskini pada 21/10/2015 .



Yang dimaksudkan oleh pelayar blog atau komen tersebut.

Selasa, 26 Mei 2015

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT DI RUMAH PUSAKA KAMPONG TUA BATU 16.


Saban tahun sebelum bulan puasa, suatu majlis tahlil dan doa selamat akan diadakan dirumah pusaka ini, hanya saudara mara yang terdekat sahaja menghadiri majlis ini. Jika dilihat kebelakang iaitu dizaman Moyang Alang Sumat dan Moyang Pandak Demat, majlis kenduri tahlil ini dibuat atau diadakan dengan menjemput satu kampong. Dengan erti kata majlis besar-besaran mengumpulkan saudara mara, penulis juga tidak ketinggalan sewaktu dulu (masih kecil) bersama bapa penulis menghadiri Majlis Tahlil dan doa selamat berkenaan dizaman 60an. Pada tahun ini puak waris telah menetapkan pada 24hb.Mei 2015 pada 12.30tengah hari di rumah pusaka Kampong Tua.



Rumah pusaka di Kampong Tua Bt 16.




Foto dan berita dari adinda Puteri Elsuraya Mohamed dan bonda Derma Taksiah Mohd Gamat.



Bonda - Derma Taksiah, kiri.


Peteri Elsuraya Mohamed & Suami.

Isnin, 27 April 2015

TEBING SUNGAI REBAK JALAN KAMPONG PALOH, TELOK BAKONG HILIR.



Kejadian Tanah Rebak ditebing Jalan Kampong Paloh
 - Telok Bakong Hilir.

Pada penghujung tahun 2014 telah berlakunya bah khususnya di Kuala Kangsar dan Perak Tengah, iaitu Mukim Lambor dan Kampong gajah. Kejadian banjir ini telah lama tidak berlaku kebiasaannya selepas bah tebing sungai telah menerima hakisan seperti difoto dan akan disusuli pula dengan tebing sungai yang rebak. Bah banyak yang merubah hak milik tanah dari zaman dulu lagi khususnya pemilik yang mempunyai tanah ditepi dan ditebing sungai, apa tidaknya geran ada tapi sebahagian tanah didalam sungai akibat tanah tebing yang rebak dan runtuh. Seperkara lagi dilaluan Jalan Kampong Paloh ini terdapat permakaman lama pembesar melayu zaman dahulu yang patut dijaga dari rebakan tanah tebing yang boleh mengancam makam-makam tersebut. Jarak pemakaman ini sudah menghampiri tebing berkenaan, mohon pihak-pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan dan mencegah berlakunya rebakan tanah disepanjang jalan kampong Paloh ini.


Beberapa tempat di lihat tebing sungai 
rebak dengan teruk.




Jalan susur sungai Kampong Paloh - Telok Bakong Hilir
(jalan masuk dari Telok Bakong ).


Rumah Pam Air Telok Bakong Hilir.


Antara makam-makam pembesar melayu 
yang telah hampir ditebing sungai Perak.


Dari Kampong Paloh hingga ke Kampong Kota telah banyak makam-makam bersejarah di tepi sungai jatuh ke sungai akibat tebing yang rebak. Antara yang menjadi mangsa adalah kubur moyang penulis di Kampong Kota. Semoga pihak-pihak yang berwajib akan memantau perkara ini bagi menghindari hilangnya kesan sejarah nenek moyang kita yang terdapat di Kampong Paloh ini.


Foto adalah sumbangan dari Puan Normah Bt Hj Zainuddin 
- duduk sebelah kanan sekali.

Selasa, 7 April 2015

ALUMNI - SMSMS 1 LAMBOR KANAN.(PANTAS) DI BUKIT BERUNTUNG SELANGOR DE.


Kegiatan ahli-ahli pantas selain berwhatsapp,fb dan sering berkunjung antara satu sama lain di perantauan dan kini pada 4/4/2015 Sabtu, sebahagiannya berkumpul serta meraikan majlis perkahwinan anak Suhaimi bin Mat di Bukit Beruntung. Semoga aktiviti seperti ini akan terus merapatkan hubungan antara ahli-ahli pantas yang sebahagian besarnya keturunan Tok Kadok di perantauan.


Diketuai oleh Pengerusi Pantas - Encik Abduk Razak Tajuddin 
5 dari kiri serta sebahagian ahli-ahli pantas.


En.Mohd Suhaimi bin Mat berbaju melayu merah bersongkok 
& isteri Puan Napisah bt Abas serta pengantin
 (Saidatul Akma Amanina Mohd Suhaimi & 
Mohd Nazrin bin Daud).


Majlis melunas rindu pada 2013 (Alumni Pantas)

Semoga kekal bahagian hingga keanak cucu, selamat pengantin baru dari Alumni Pantas.