Selasa, 26 November 2013

CERITA BUNIAN - ALOR GAJAH MELAKA.



Salah Satu Mercu Tanda Alor Gajah.

          

Cerita Bunian Dari Melaka.

Mengikut rangking didalam blog Sumpahan Tok Kadok ini, cerita mengenai bunian adalah yang paling tinggi. Oleh itu penulis telah menyusun kembali kiriman tulisan pelayar blog Sumpahan tok Kadok ini tentang ceritanya mengenai bunian yang dialami oleh keluarga beliau yang berasal dari Melaka.Marilah kita ikuti cerita beliau.

 
Ini pengalaman pakcik aku di melaka dan bukanlah pengalaman aku tapi dia pernah la bercerita pegalaman dia terserempak dengan bunian ni. Pakcik aku ni tinggal kat sebuah kampung di daerah Alor Gajah, cerita dia macam ni, hidup dekat kampung biasa la pakcik aku ni ada menternak kerbau dan tiap petang dia akan jemput kerbau-kerbau dia ni untuk pulang ke kandang,pagi lepaskan kerbau ini untuk makan, dan bila petang halau balik macam tu la rutin dia tiap hari. Dipendekkan cerita, satu petang tu dia tak tahu kenapa kerbau dia boleh pergi makan jauh sangat sampai kedalam sebuah ladang kelapa sawit yang kira-kiranya macam baru nak ditanam la, kelapa sawit tu bersempadan dengan hutan simpan.



Kerbau.


Oleh itu pak cik aku ni pun pergi la halau kerbau dia untuk pulang kekandang. Masa itu lebih kurang pukul 7.00 lebih dan senja dah la macam tu ditambah pulak dengan hujan renyai-renyai, tiba-tiba dia terhidu bau yang sangat wangi lebih kurang bau pak haji nak ke masjid (minyak atar) tapi dia kata lebih wangi dari tu. Ha boleh bayang tak senja-senja bau pelik pulak apa lagi dia terus bergegas la nak balik dan kerbau tu esok punya cerita. Masa dia cemas nak balik tiba-tiba di terserempak dengan makhluk (bunian),dua-dua tergamam, bunian tu tergamam dan pakcik aku pun terkaku kerana mereka sama-sama tekejut. Pakcik aku cakap bunian tu berdua, iaitu sepasang (lelaki & perempuan)dan aku Tanya macamana rupanya cantik ke? Dan dia cakap dia pun tak tahu nak gambarkan macamana,dia kata masa terserempak pasangan tu tengah bejalan sambil yang perempuannya memeluk tangan lelaki berkenaan (bekepit la mcm tu bila tergamam tu diorang terus berhenti dan toleh pakcik aku dengan pandangan yang tak boleh dia lupakan serta tak berkelip mata dengan senyum pun tak, marah pun tak. 



Pak cik aku kata lagi dua-dua bunian tu nak kata cantik tidak, nak kata tak cantik pun tidak. Memang dia tak boleh gambarkan macamana, memang takkan jumpa rupa itu dalam alam kita nak samakan macam siti nurhaliza ke siti saleha ke memang tak boleh lawan, ha hambik kau boleh bayang tak rupa dia, pakaian dia pula pakcik aku cakap pakaiaan orang jawa lama. Yang lelaki ada pakai songkok yang orang jawa pakai tu ape name tah, baju pun baju batik jawa dan yang perempuannya pakai baju kebaya lama jawa semua bercorak batik jawa. Aku rasa bunian jawa kot hehe…lepas tu pakcik aku terkaku tak boleh cakap apa-apa bila dah bertentang mata macam tu. Kedua-dua bunian tu tenung pakcik aku tak sampai 15 saat diorang toleh depan dan terus berjalan sambil yang perempuan tu dok kepit tangan lelaki tu, pakcik aku masih macam tu tergamam lagi sambil tengok diorang pergi terus masuk dalam hutan simpan tu……

Mungkin pekerja Indonesia yang bekerja dekat kebun kelapa sawit tu kot, sapa aku pada pak cik. Pak cik aku kata tak ada kotor tanah apa pun kat baju dia, bahkan kain dia basah pun tidak sedangkan masa itu hujan renyai-renyai dan logiknya nak pergi mana dalam hutan simpan tu !!!…masa itu hari pun dah nak gelap. Dalam keadaan pak cik aku terpinga-pinga melihat bunian tu hilang dalam hutan, dengan melangkah perlahan-lahan pakcik aku berjalan balik dalam kebingungan dan tak lah lari sepertimana orang nampak hantu. Sampai dekat rumah pakcik aku bercerita pada emak dia, terus kena bebel dengan emaknya, "waktu senja-senja mesti duduk dalam rumah, orang tua-tua dah berpesan, mereka berkata macam itu sebab senja adalah masa pertukaran alam malam dan siang. Siang untuk kita manakala malam untuk mereka". 
Sejak hari itu terdapat sedikit perubahan pada pakcik aku, emaknya berkata pakcik aku ini dah semakin pendiam, suka duduk kat pangkin depan rumah seseorang, temenung dan tak tahu lah sampai bila pak cik ku berkelakuan demikian. Bila kita bukak cerita pasal bunian ni dia akan cerita dengan sepenuh hati dan bersemangat. Kena pandai la untuk mencungkil sikit-sikit macam mana yang aku buat ni. Ada seorang atok tu cakap kawasan yang pakcik aku pegi tu memang ada perkampungan bunian dan pernah zaman 60an dulu atok tu cerita bunian ni baik-baik belaka suka tolong manusia dan zaman dia muda dulu ada pernah orang kampung masuk hutan cari kayu api, lepas dia ikat-ikat kayu api tu dengan rotan pakcik tua itu pikul la satu-satu kayu api bawa balik rumh serta ada lebih kurang 10 ikat kayu. Atok tu dapat bawa 2 ikat je,satu ikat pun dah satu pemeluk saiz kayu api berkenaan, jadi kena ulang alik la untuk mengangkutnya. Sesampai je dirumah alangkah teperanjatnya atok tu tengok yang lapan ikat lagi kayu api tadi sudah pun sampai dekat rumah serta siap tersusun cantik.

Atok tu mula cemas tengok kiri kanan tiba-tiba terdengar suara lelaki bercakap, “ kalau nak mintak tolong lagi bagi tahu lah ye tok ” tapi orgnya tak ada..suaranya dekat sangat Tak logik seorang lelaki boleh bawak lapan ikat kayu api dengan macam itu punya pantas. Memang betol la jin ni kadang-kadang ada yang baiknya serta ada juga yang jahat. Apa pon dia tetap makhluk Allah kita berkongsi tuhan yang sama,alam je berlainan, tapi ciptaan kita manusia lebih mulia dari jin. Ini cerita benar dari orang-orang lama,kalau berbohong orang lama tu, maka berbohong la aku. Kita sebagai orang islam wajib percaya pada sesuatu yang ghaib.

 

Rabu, 25 September 2013

ASAL USUL NAMA KAMPONG TELOK BAKONG.



Masjid Al-Syukuriah Telok Bakong.


Bangunan Sekolah Melayu.
(Banyak meyimpan sejarah Warga Telok Bakong)



Sungai Perak yang berteluk 
(Tebing Teluk Bakong).

Diawal tahun 1979 penulis telah menyertai sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Sultan Muzafar Shah 1 Lambor Kanan untuk mencari usul asal nama Kampong Telok Bakong (bagi persediaan ujian lisan Bahasa Malaysia SPM). Kami telah menemuramah ramai warga tua waktu itu, antaranya yang masih diingat oleh penulis adalah Teh Sariah (isteri Pandak Abir), Hj Shafie Chu Talak, Yahya Chu Talak, Hj Sufian Gamat (masa di gedai getahnya-Kg Padang Marhom), Ayah We Kulop Jilin (Kg Paloh- beliau pakar salasilah dan sejarah di kampong Telok Bakong), dan beberapa nama lagi yang dah tak dapat diingat oleh penulis.



Ahmad Gamat bin Alang Sumat.




Pak Cu Kudu bin Kulop Maamor



Ayah We Kulop Jilin.


Shafie bin Chu Talak.


 
Tn Hj Yeop - tengah sedang mengasah pisau.



Alang Abdul Rahman (Alang Chong)
& isteri Alang Arpah.



Nama-nama seperti Tn Hj Yeop (Naib Khadi), Imam Tahrim, Pak Cu Kudu, Alang Abdul Rahman (Alang Chong), Teh Sariah (isteri Jelih),Wan Milah, Wan Ham dan Alang Arpah serta beberapa nama lagi telah ditemuramah oleh penulis sebelum menyertai kumpulan pelajar SMSMS1 lagi. 

Dari cerita-cerita yang diperolehi oleh warga tua yang ditemuramah, semua menyatakan tiada satu pun dokumen bertulis yang menceritakan bagaimana Kampong Telok Bakong memperolehi namanya, dan mereka mempunyai cerita masing-masing tentang asal usul nama kampong Telok Bakong ini diperolehi.



Ini pemandangan diwaktu awal pagi di tebing antara dua Telok.
Yang dihujung Teluk Kepayang dan yang dibelah sini Teluk Bakong.


Cerita Asal usul 1.

Pada masa dulu kampong kita ini banyak ditumbuhi dengan pokok Bunga Bakong dan hampir setiap rumah di Telok Bakong menanam pokok bunga ini. Ini kemungkinan besar penduduk kampong menggunakannya bagi tujuan perubatan,kerana dari akar/ubi pokok bunga ini mempunyai khasiat tersendiri. Pokok Bunga Bakong ini boleh merawat beberapa penyakit seperti luka kecil,sakit pinggang dan tersalah urat serta khasiat yang lainnya.

Di Tebing Tasik Air Mati di Changkat Melintang pula terdapatnya teluk yang dilindungi oleh pulau Tabuan, jadi dengan melihat kedamaian tasik serta terlindung serta berteluk maka dari sini digabungkan Teluk dengan Bunga Bakong yang menjadikan ianya nama Teluk Bakong yang bermaksud tempat atau kampong yang selamat dan damai dengan penduduknya bersatu padu umpama perdu bunga bakong dengan bunga putih diatas perdu mewar-warkan kewangaian ketika berbunga dan lambang kesucian warna putih bunga tersebut.

Tebing Bakong.
(Tebing sungai yang belah Kiri)


Bunga Bakong (Lili).


Cerita Asal Usul 2.

Disepanjang tebing Air Mati hingga ke muara sungai Perak terdapat banyak pokok kangkung yang tumbuh liar yang mudah diperolehi untuk kegunaan harian bagi ubat sakit mulut dan sayuran masakan (menyayor). Bagaimana pula pokok kangkung boleh mengubat sakit mulut (bibir pecah-pecah) adalah dengan mematahkan batang kangkung dan mencecahkan getah kangkung ke bibir mulut yang sakit dan pecah. Iaitu menggunakan getah kankung liar untuk merawat sakit mulut/bibir orang-orang dulu, apabila penulis mencuba rawatan seperti yang dinyatakan adalah amat pedihnya dan sakit bibir penulis.

Kawasan sungai di disebelah tebing padang kerbau (atau waktu itu dipanggil pucuk - ara licin) mempunyai teluk dan airnya berpusar kerana kedalaman paras airnya waktu itu, dengan adanya teluk dan kangkung liar berkenaan maka ketua-ketua puak waktu itu menyebut teluk dan kankung berselang seli. Ada yang sebut bankung, bakung dan kangkung dan sampai suatu masa menjadi sebutan Teluk Bakong dan lahirlah nama Kampong Teluk Bakong. Oleh kerana kedua-dua tebing sungai adalah keturunan atau waris yang sama, nama Teluk dah diambil oleh puak waris Teluk Bakong dan tebing kiri pula dinamakan Bakong sahaja. Disini perlu dinyatakan bahawa penduduk di Kampong Bakong adalah juga puak waris orang Teluk Bakong atau satu keturunan yang sama.





Cerita Asal Usul 3.

Yang paling ramai menceritakan asal-usul Kampong Teluk Bakong adalah dengan cerita begini :-

Semua orang (penduduk) ketika itu tinggal ditepi tebing dan untuk mudah kesana sini dengan mengayuh sampan atau perahu serta keperluan kegiatan harian seperti mandi, basuh pakaian serta sisa buangan yang berat dari perut manusia juga kedalam sungai. Jika dilihat ditebing sungai terdapatnya teluk, samaada di Air Mati atau di tebing Wan Lamah dan orang tua-tua dulu menjalankan perubatan banyak menggunakan pokok bunga bakong yang tumbuh meliar disekitar kampong serta khasiatnya yang mujarab menyembuhkan penyakit orang-orang kampong waktu itu. Oleh yang demikian dua perkara ini disatukan untuk menjadi nama kampong oleh ketua waktu itu (tak dinyatakan pulak namanya) untuk menjadi nama Kampong Teluk Bakong.


Pemegang Salasilah Tok Bakong.

Tuan Haji Shaudin Sidek adalah pemegang salasilah Panjang Tuah dan Tok Bakong. Adakah nama Teluk Bakong sempena nama moyang kita Tok Bakong ?penulis belum lagi berkesempatan untuk bertemu beliau bagi bertanya mengenai Tok Bakong ini. Mungkin ada cerita disebalik nama-nama berkenaan.



Tn Hj Shaudin Sidek.

Ulasan dan komen penulis.

Kesimpulannya tiada satu pun pengesahan data-data cerita dan dokumen yang mengesahkan asal usul nama kampong Teluk Bakong mendapat namanya. Semua cerita dari mulut kemulut sahaja dan penulis mempelawa semua waris dan pelayar blog ini mengemukakan cerita asal usul nama kampong Telok Bakong jika ada untuk dipaparkan diblog ini bagi kita sama-sama mengetahui tentang asal nya nama kampong kita.




Khamis, 1 Ogos 2013

HIMPUNAN MESRA AIDILFITRI 2013



Himpunan Mesra pada Aidilfitri 2012.


HIMPUNAN MESRA AIDILFITRI 2013
BERSAMA MANTAN GURU & BEKAS2 PELAJAR SMK SULTAN MUDZAFFAR SHAH(1) LAMBOR KANAN, PARIT, PERAK.


AKAN DIADAKAN

PADA; 10HB. OGOS 2013
JAM; 1400HRS HINGGA; 1700HRS
TEMPAT; DEWAN SEKOLAH SMK SULTAN MUDZAFFAR SHAH (P)
ANJURAN; PERSATUAN ALUMNI PANTAS

MANA2 YG BERKESEMPATAN DI MINTA HADIR DAN WAR-WAR KAN KPD RAKAN-RAKAN....
SEMOGA PERJUMPAAN KALI INI DAPAT MERAPATKAN UKHWAH SESAMA INSAN.... INSYA ALLAH.



SETIAUSAHA
PERSATUAN ALUMNI PANTAS.




SMK Sultan Muzafar Shah 1. 

Jumaat, 12 Julai 2013

TWO DROWN ON WAY TO WEDDING (SALASILAH KULOP SIMPUL).





Sungai Perak - Lambor Kanan.


Dua mati lemas dalam perjalanan ke majlis perkahwinan - menyorot kembali peristiwa trajedi sampan terbalik dan karam di Kampong Lambor Kanan pada tahun 1961. Mereka yang terlibat adalah Allahyarham Kulop Simpol bin Uda Malak dan anak perempuannya Bi. Dengan kerjasama saudara KMY dan blog http://allamborri.blogspot.com/ maka peristiwa itu rupanya terakam oleh surat khabar The Straits Times (Singapura) 1961.Beliau menyimpan keratan berita tersebut dan dipanjangkan kepada penulis dan kami bagi pihak waris mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara KMY dan blognya.

Pada zaman berkenaan sungai merupakan lebuhraya yang penting bagi menghubungkan kedua-dua tebing sungai iaitu Lambor Kiri dan Kanan. Mungkin banyak lagi peristiwa kemalangan yang hampir sama didaerah Lambor ini dan telah menjadi sejarah dan peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Marilah kita kenangkan berita berkenaan yang diterbitkan pada 52 tahun yang lalu.





The Straits Times (Singapore)

Rujukannya disini : Newspapers - The Straits Times, 14 August 1961, Page 4.htm




Ipoh.Sun



A father and his daughter on their way to attend a wedding were drowned when their sampan capsized in the swollen Perak River at remote Kampong Lambor Kanan near Parit, about 35 miles from here yesterday. Three boy in the sampan swam to safety.



The bodies of Kulop Simpul bin Uda Malek 47, a rubber tapper, and his daughter Bi 14, were recovered from the river shortly after wards by villager. The five were on their way to attend a wedding at Kampong Lambor Kiri, on opposite bank of the river, when the sampan capsized in mid stream.




Sungai Perak - Lambor Kanan
(Banyak meninggalkan kenangan dan mencipta sejarah). 


Teh Linggam Bt Uda Nahu
(Ibu kepada Kulop Simpul &
isteri kepada Uda Malak)

 Berikut antara Adik-adik Allahyarham Kulop Simpul, kecuali Bidin (no 4) tiada foto dalam simpanan penulis juga telah kembali kerahmatullah.




Ngah Man. 



Alang Arpah.



Keat.



Itam Saidin.





SALASILAH KULOP SIMPUL.
( Lambor Kanan )

Salasilah ini disusun oleh Allahyarham Ahmad Gamat bin Alang Sumat, iaitu adik Allahyarham Uda Malak, turut disimpan oleh Saudara KMY, Waris Pak Kadok dan melalui Pak Cik Arshad Bin Gamat. Mungkin terdapat perbezaan diantara nama-nama anak dan cucu Tok Kadok yang disimpan oleh penulis serta dipaparkan disini tapi salasilah ini diturunkan dari generasi kegenerasi penulis. Buku salasilah yang disimpan oleh keluarga penulis telah hilang didalam simpanan arwah ayah penulis, jadi tak dapatlah dipaparkan susunan anak-anak Tok Kadok yang tertulis dinaskah salasilah berkenaan.Walaubagaimana pun penulis masih dapat mengingati susunan yang terpapar diatas sahaja.

Tok Nibung Hangus adalah anak Tok Kadok isteri yang pertama, dan kemungkinan anak yang tua kerana jurai ini yang diwariskan menyimpan emas kancin tapah. Anak-anak Tok Kadok diceritakan ada empat dan diantaranya seorang perempuan. Isteri pertama 3 orang anak dan isteri kedua seorang anak. Tak pasti pula samaada beliau balik ke Siak mempunyai isteri lagi, tapi diberitakan makamnya ada disana. Busu Mamat mempunyai enam adik beradik, penulis tak ada data siapakah adik beradiknya, sementara Alang Sumat mempunyai isteri yang ramai serta jumlah anaknya 29 orang dan yang diketahui penulis cuma enam sahaja sepertimana yang terpapar disalahsilah.





SALASILAH PANJANG LICIN.
( Jurai NAPSIAH - ISTERI KULOP SIMPUL)
Lambor Kanan - Kg Kota BT 16.



Encik Abdul Aziz bin Syidi
(Penulis Salasilah Panjang Licin).

Jurai sebelah Wan Nap (Napsiah) telah disimpan oleh encik Abdul Aziz dari Kampong Kota Batu 16, beliau dari jurai Ngah Mat Jadi anak kepada Puan Hajjah Habibah.
 


Allahyarham Mayid (Mahayudin)
anak K.Simpul yang ke 3 - dua dari kanan.



Encik Ahmad bin Simen (tengah) cucu Kulop Simpul
(anak kepada Yong Midah).



Mohd Adnan bin Hashim dan Keluarga.
(cucu Kulop Simpul - anak kepada En Hashim)




Cicit Kulop Simpul - Fatin Wawa.
(Cucu -Madyed)

Foto-foto sungai Perak adalah sumbangan dari FB Kampong Lambor Kanan Pekan, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan keluaran kali ini. Semoga semua yang telah pergi menyambut panggilan Ilahi dalam salasilah Kulop Simpul ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...amin.

Rabu, 3 Julai 2013

SALASILAH TOK KADOK - KG TUA (2)



Dewan Lama Bt 16 Kg Tua -
Terima kasih kepada penyumbang foto sebagai hiasan ini..
( Banjir 1972 - Honey Temoleh).

Apabila melihat foto dari sahabat ini penulis teringat banjir diwaktu ini yang begitu dalam dan semua kenderaan tidak boleh melalui jalan raya di selekoh (corner) tojon bendang ini. Banyak kenderaan kemalangan diselekoh berkenaan. Jenerasi sekarang tidak pernah merasa banjir sebegini besar dan bagaikan suasana hari perayaan anak-anak remaja dan kecil bermain air bah dan banyaklah pokok pisang awak ditebang dijadikan rakit sementara untuk bermain air banjir.


Salasilah yang dipaparkan kali ini masih dibawah jurai Kanda Mukmin dari anaknya yang tua iaitu Kulop Saki hingga ke anak nombor empat iaitu Teh Bidah. Untuk anak yang kelima iaitu Pandak Ismail akan dipaparkan di edisi sambungan selanjutnya nanti.



Salasilah Kanda Mukmin 2.




Salasilah Kanda Mukmin 3.


Sebarang info tentang susunan salasilah diblog ini jika ada susunan yang tidak lengkap serta ada penambahan, silalah berhubung terus dengan e-mail dan FB penulis. Segala teguran dan sumbangan dari tuan puan amat dialu-alukan serta ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat turut menyusun salasilah yang dipaparkan untuk pengetahuan semua para waris dan keturunannya.

Selasa, 25 Jun 2013

SALASILAH TOK KADOK - KG TUA LAMBOR KANAN ( 1 ).




Papan Tanda Kg Tua - Jalan Masuk.
(Foto sumbangan FB Kg Tua ).




SALASILAH TOK KADOK - KG TUA.
(Kanda Ngah Seran 1/1/2 )



(Salasilah Kanda Ngah Mukmin 1/1/2/2).


Bersambung kembali dengan jurai Salasilah yang disediakan dari Kg Tua Batu 16, Salasilah yang diusahakan oleh encik Encik Abdul Hamid.( UiTM Sri Iskandar Perak) mengikut jurai Kanda Ngah Seran, iaitu cucu kedua dari Tok Tunku anak Tok Kadok. Tidak terdapat pula dalam catatan salasilah senarai dari jurai keturunan Long Puasa didalam catitan ini. Penulis blog mengagak kemungkinan tiada sumber data yang diperolehi atau penumpuan penulisan salasilah kepada jurai "pengumpul" salasilah berkenaan lantaran data-data sukar doperolehi. Walaubagaimanapun kemungkinan pelayar-pelayar blog Sumpahan Tok Kadok serta waris waris mempunyai satu senarai salasilah dari Long Puasa, maka marilah kita sama-sama berkongsi maklumat dan mengetahui jurai dari Long Puasa tersebut dengan mengirimkan maklumat berkenaan ke penulis blog.

Berbalik kita kepada salasilah dari jurai Kanda Ngah Mukmin, nama Mohd Ghonah ditanda dengan lain warna iaitu warna merah dan dicatat yang ianya bukan dari keturunan Tok Kadok. Adakah ianya anak angkat, tiada maklumat lanjut yang tertulis disalasilah.

Jumaat, 17 Mei 2013

SALASILAH TOK KADOK (DARI KG TUA LAMBOR KANAN)



Encik Abdul hamid.
( UiTM Sri Iskandar Perak)

Salasilah dari Kampong Tua ini telah dipaparkan oleh encik Abdul Hamid di Facebook pada tahun 2012 yang lalu bagi tatapan semua keturunan yang berkaitan dengan Tok Kadok . Ucapan setinggi tinggi tahniah kepada encik Abdul Hamid kerana telah membentangkan salasilah yang dikumpul dan dicatit mengikut susunan yang orang-orang yang terdahulu, bukan senang untuk memperolehi nama-nama serta lengkap dengan nombor talipon serta tempat tinggal pada penama-penama yang tercatit didalam salasilah. Mungkin penulis ingin memaparkan susunan salasilah sahaja dan maklumat lain mungkin tidak dipaparkan disini.




SALASILAH TOK KADOK.

Mengikut catatan di susunan Salasilah yang dipaparkan oleh encik Abdul Hamid, Tok Kadok dipercayai mempunyai 5 atau 7 anak serta seorang anak perempuan. Yang tercatat didalam salasilah cuma dua sahaja anak-anak Tok kadok yang diketahui iaitu Tok Tunku dan Tok Tabat. Ada diantara keturunan anak-anak Tok Kadok saling berkahwin untuk mengembangkan keturunan antara mereka. Penulis cuba menyambung susunan salasilah yang diatas untuk paparan tuan puan hingga kegenerasi yang ke lapan atau kesembilan mengikut yang tersusun oleh catatan disalasilah oleh Encik Abdul hamid.

Salasilah ini juga adalah berkaitan dengan yang disusun oleh Tuan Haji Abdul Rashid (Kg Tua) tetapi cuma berbeza susunan peringkat anak-anak Tok kadok.