Sabtu, 16 Mac 2013

SEKILAS KUNJUNGAN KE PULAU BESAR.



Pemandangan dari arah Bot - Pulau Besar.

Menyambung kembali ekspedisi sekilas kami di Pulau Besar yang amat indah ini, berkunjung ke pulau ini menaiki bot dan untuk menerokai kawasan pulau memerlukan kenderaan dan setidak-tidaknya sebuah basikal. Rupanya kita boleh menyewa van seperti mana foto dibawah (yang berwarna putih sahaja). "Bang kalau nak round pulau kena naik van ni ha....tak mahal" kata yang punya van. Tanda tanya juga kepada saya ikut jalan mana sedangkan pulau ini bukan ada jalan raya,fikir dalam benak kepala saya. Setelah dipersetujui, maka kami pun naiklah van yang boleh memuatkan 12 orang.



Bot akan merapati pantai untuk kita mendarat.

Rupanya van ini mengikut dan menyusuri jalan-jalan simen untuk laluan kenderaan didalam padang golf. Bayangkanlah dari makam Sultan Ariffin, Makam Tok Janggut, Makam Tok Putih, perigi Bunian, Batu tengkorak, batu belah, Gua Yunus, Kampong Bunian, Tasik Bunian beberapa tempat lagi menaiki van dengan jalan yg tak rata serta berjoget-jogetlah kami didalam van dari satu destinasi ke suatu destinasi yang lain. Yang agak tinggi bukit di Batu Belah sampai van berundur kebelakang macam tak mampu membawa kami naik keatas. Kalau berjalan kaki maka longgar-longgarlah semua kepala lutut dan apatah lagi pada yang udah berusia sebagai mana Tok Kadok ni ha.....




Perigi nenek kebayan.

Kebanyakan kawasan-kawasan yang dilawati seperti di makam Tok putih dan Makam Nenek Kebayan ni banyaknya perlakuan kurafat walau pun papan tanda telah dipasang melarang perlakuan sebegitu tetapi mereka tetap juga melakukannya. Tengok kekeruhan air di perigi nenek ini, semasa saya disini beberapa orang telah turun kedalam perigi dan meraba serta menyeluk lumpur-lumpur didalam perigi dan ada benda yang mereka ambil. Diawal 60an dulu semasa bapa saudara saya pergi ke Pualau besar sememangnya mereka wajib meraba atau mengngagau kedalam perigi dan ikut nasib masing-masing dapat apa.....



Rombongan kami di persekitaran 
makam dan perigi nenek kebayan.




Makam Nenek Kebayan.

Kelihatan tabung bewarna biru.....hai nenek pun letak tabung ? inilah yang saya katakan benda-benda yang menyalahi dan kemana pula aliran wang yang didalam tabung digunakan. Colok, kemenyan dan bermacam lagi...naik pening saya .



Lorong atau laluan untuk naik ke Batu Belah.



Lelah juga untuk mendakinya.


Ni Batu Belah.
Pandangan sisi.

Sedikit info yang diberi oleh pemandu van, bahawa Panglima Lidah Hitam menguji ilmu kebatinannya melalui jeliran lidahnya untuk membelah batu ini...wallahhu......



Batu Belah - pandangan dari hadapan.



Yang ini pandangan dari atas.



Laluan di sebelah belakang Batu Belah
untuk naik keatas.



Yang ini bagi yang mengetahui saja.
( dibelakang batu belah)



Pandangan di sebelah belakang Batu Belah.


Perigi Bunian.


Kelihatan Air Perigi Bunian.

Rasanya paling selesa menerokai sekitar pulau besar adalah bermalam disini, sekurang-kurangnya dua atau tiga hari barulah semua tempat dapat dilawati. Kemudahan diatas pulau ni agak terhad tetapi boleh diperolehi dengan kadar harga yang tinggi sedikit dari tanah besar. 



Papan tanda disebelah makam Tok Putih.


Makam Tok Putih.


Colok dan limau pun ada.


Makam Tok Janggut.


Bot pun dah sampai menunggu kami untuk kembali ke Jeti Umbai dan rombongan kami pun kembali memakai jaket keselamatan dan bertolak pulang.

Isnin, 11 Mac 2013

SEKILAS DI PULAU BESAR MELAKA.



Pulau Besar Melaka.

Sebenarnya tiada apa-apa rancangan kami kesini cuma ingin berkunjung ke pulau yang penuh misteri dan bersejarah di Melaka.Rasanya tiada apa-apa kaitan dengan sejarah Tok Kadok diatas pulau ni dan hanya Allah saja yang tahu..Wallahu. Jika pergi seorang berdua saja agak merugikan tambang bot sahaja kerana tambang pergi dan balik sekitar RM120.00 dan untuk meronda sekitar pulau menaiki Van dengan kos sekitar RM70.00 ke RM100.00, kos ini jika bukan hari cuti umum dan laluan kesekitar pulau juga tidak disekat, mungkin pada hari biasa kos perjalanannya agak kurang sedikit.Jika laluan disekat kenalah berjalan kaki sahaja dan bagi saya tak sanggup untuk berjalan kaki kerana dari suatu tempat ke suatu tempat adakalanya jarak diantaranya begitu jauh. Untuk menikmati keindahan pulau besar kena lah berjalan kaki.



Bot penambang ke Pulau Besar.
Jeti Umbai (12 orang ).



Parking kereta juga tersedia disini.


Rombongan kami siap dengan jaket keselamatan.


Rombongan lelaki juga turut serta.


Feri sedang berlabuh di jeti Pulau Besar.

Kalau tak silap saya jika ingin menaiki feri kita kena ke jeti Tanjung Batu dan disana ferinya mengikut jadual dan masa yang ditentukan pengusahanya.



Selamat Datang Ke Pulau Besar.


Pantai di Pulau Besar yang mengunjur 
didepan Makam Sultan Ariffin.

Ramai pengunjung berkhemah disekitar pulau ini, mungkin mereka menginap semalam dua bersama keluarga dengan tujuan tertentu. Tempat penginapan juga tersedia tak jauh dari pantai, deretan kedai juga wujud disini. Anehnya disini Resort yang begitu besar tinggal sepi tanpa penghuni, saya tak ambil foto resort berkenaan kerana dah ditinggalkan. 

Khamis, 21 Februari 2013

SALASILAH TUAN HAJI ABU BAKAR (PANDAK) ABDUL KARIM.



Keluarga Tuan Haji Abu Bakar dan Puan Hajjah Faridah.
Kampong Telok Sareh.

Dengan kerjasama Encik Mohammad bin Abu Bakar dan pemegang asal salasilah ini iaitu Allahyarham Tuan Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas dan kemudian disambung usaha penulisan salasilah ini oleh KMY serta kerjasama penulis untuk memaparkan susunan jurai dari Tok Lamit dan Toh Panjang Ogek, maka marilah kita lihat susunan hingga ke ronutnya.Tn Haji Abu Bakar berkahwin dengan Puan Hajjah Faridah dan mereka telah mendapat tujuh cahaya mata sebagaimana yang tersusun didalam salasilah. Tuan Haji Abu Bakar merupakan bekas guru di Sekolah Kebangsaan Telok Bakong dan merupakan guru Bahasa Inggeris di zaman penulis di darjah 3 disekolah ini.



Allahyarham Tuan Haji Abu Bakar.
(Guru SK Telok Bakong)



Puan Hajjah Faridah (Isteri Tn Hj Abu Bakar)



Salasilah Kulop Ambia (Tuan Haji Abu Bakar).


Syukur kepada Ilahi yang mengizinkan penulis memaparkan susunan dan foto-foto keluarga ini bagi pihak kita semua puak waris mengenali jurai ini. Foto-foto dan susunan salasilah adalah disusun dengan kerjasama Encik Mohammad anak ketujuh Cikgu Bakar. Jika terdapat penambahan atau kekurangan didalam jurai salasilah ini silalah menghubungi pihak penulis blog dengan e-mail atau di Fb penulis.



 Salasilah Tuan Haji Abu Bakar dan Puan Hajjah Faridah.



Puan Normah dan Suami Ibrahim Ngajimi.



 Keluarga Encik Johari bin Hj Abu Bakar.




Keluarga Encik Johaimi bin Hj Abu Bakar.




Keluarga Puan Norasmah bt Hj Abu Bakar.





Keluarga Puan Nozalina.bt Hj Abu Bakar.


Keluarga  Puan Norsuzana bt Hj Abu Bakar.



Keluarga Encik Muhammad bin Hj Abu Bakar.


Terima kasih atas kerjasama Encik Mohammad dan seorang lagi abang encik Mohammad serta Puan Hajjah Faridah yang menunggu salasilah keluarganya dipaparkan diblog ini. Salam tahniah kepada Puan Hajjah yang mempunyai ramai anak dan cucu, semoga bahagia dan sehat sejahtera selalu.








SALASILAH KULOP AMBIA @ KULOP REMBIA @ KHATIB AMBIA. .



HARI PERJUMPAAN KELUARGA KETURUNAN 
KULOP @ KHATIB AMBIA
AHAD 12SEPTEMBER 2010/ 3 SYAWAL 1431.


Salasilah keluarga yang dipamerkan. 


Kain rentang yang mempamirkan susunan salasilah keluarga
Kulop @ Khatib Ambia.


Kini penulis paparkan satu lagi jurai keturunan Tok Kadok iaitu Keturunan Kulop Ambia, keturunan ini adalah dari ronut Toh Panjang Ogek dan dari keturunan Tok Kadok melalui Tok Lamit. Perhimpunan keluarga ini diadakan di Telok Sareh,Kampong Gajah Perak Darul Ridzuan saya difahamkan usaha-usaha untuk menjayakan usaha pengumpulan waris-waris keturunan Kulop Ambia ( Tok Kadok ) memakan masa dan memerlukan perancangan yang rapi. Syabas saya ucapkan kepada jurai keturunan ini kerana berjaya mengadakan majlis yang merapatkan silaturrahim dan saling kenal mengenal antara waris. Penulis dapat mempebaharui senarai salasilah yang telah ditulis dari Tuan Haji Mohd Yaakob dan kemudian disambung oleh blog http://allamborri.blogspot.com dan juga kini terpaparlah salasilah Kulop @ Khatib Ambia dengan lengkap sepertimana dibawah.


 
Salasilah Tok Lamit.




Salasilah Toh Panjang Ogek (Kulop Ambia ).

Dengan usaha murni dari encik Mohammad bin Tuan Haji Abu Bakar iaitu anak Cikgu Bakar serta penulis maka salasilah ini dapat dilengkapkan dengan susunan sepertimana yang dipaparkan diblog ini.Walaubagaimana pun tuan-tuan boleh memberi info jika data dan susunan salasilah masih ada yang kekurangan, boleh lah di perbetulkan.



Tuan Haji Abu Bakar bin ( Pandak ) Abdul Karim.
Bekas guru Sekolah Kebangsaan Telok Bakong.
Penulis adalah anak murid beliau semasa 
beliau guru di sekolah Kebangsaan Telok Bakong.


Foto Hiasan - Sekolah Kebangsaan Telok Bakong 
Pada tahun 1968 (salah satu sekolah Cikgu Bakar 
mengajar ketika menjadi guru )



Saudara Muhammad (anak ke 7 cikgu Bakar) dan Isteri serta anak.



Sila ikuti susunan salasilah berikutnya iaitu dari jurai Kulop Ambia iaitu perkahwinan diantara Tuan Haji Abu Bakar dan Puan Hajjah Faridah dibawah jurai Toh Panjang Ogek serta keturunan Tok Kadok.












Isnin, 31 Disember 2012

ILMU GAJAH PUTIH.



GAJAH PUTIH.


Disuatu sudut kampong dahulu terletakannya sebuah rumah orang kebiasaan,berpadi huma bersawah lebar, memotong getah dan kerja-kerja harian sebagai penduduk kampong. Pak Yop (bukan nama sebenar) membesar di Kampong yang dipanggil Telok Bakong, sememang sedari kanak-kanak lagi beliau mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu kudrat atau tenaga yang kuat serta perkara luar biasa yang ada pada dirinya. Perkara luar biasa pada dirinya seperti menyelam di sungai dengan selaman begitu lama, melihat mahlok halus baik disungai atau didarat serta beberapa perkara lain lagi yang sukar diterangkan.

Pada usia muda beliau sudah memiliki keistimewaan demikian dan ianya mungkin tidak janggal diwaktu usia mudanya dan lebih banyak dirahsiakan oleh keluarganya diwaktu itu.Apabila beliau merantau ke Telok Intan dan bekerja sebagai pekerja bot penambang dan pelbagai pekerjaan lain yang dibuatnya maka pekembangan ilmunya tidak diketahui lagi. Semasa dulu pelantar penambang kebanyakannya dibuat dari batang pinang yang banyak ditanam dan dijadikan sempadan tanah yang bersebelahan. Bagi menanam tiang-tiang turus pelantar penambang dikala itu tiada jentera digunakan kebanyakannya menggunakan khidmat orang-orang yang bertenaga 5 atau 6 orang. Kalau Pak Yop hanya beliau seorang saja sudah memadai untuk menyiapkan sebuah pelantar penambang.


Pokok Pinang yang ditanam untuk pensempadanan tanah.

Maka Pak Yop terus bekerja sehingga keusia pertengahannya dan mengumpul wang sebagai simpanan hari tuanya. Setelah itu beliau kembali ke kampong asalnya dan ingin membina rumah tangganya sendiri. Beberapa ketika beliau berada dikampong  dan bekerja seperti biasa iaitu membantu ibu bapanya kerja-kerja kampong, dimasa inilah bapa beliau merasakan anaknya telah berubah dan tidak seperti dahulu. Suka termenung dan menyendiri tidak hiraukan pekerjaan atau aktiviti kebiasaannya. Seperkara lagi beliau tidak boleh memegang sebarang alatan yang dibuat dari besi, sesuatu objek besi yang dipegangnya akan berubah bentuk seolah-olah ianya akan menjadi separuh cair dan objek berkenaan tak dapat digunakan lagi.Suatu pagi apabila bapa Pak Yop hendak menggunakan basikal tua kepunyaan beliau, alangkah terkejutnya beliau kerana basikal raleigh nya sudah berbentuk "U" akibat sentuhan anaknya sendiri.



Pokok pinang yang sayup meninggi.

Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku lantaran keadaan Pak Yop waktu itu sudah dikhutiri tidak normal. Lebih-lebih lagi diwaktu bulan penuh mengambang, kekuatannya akan berada didalam keadaan yang luar biasa.Saudara mara sepakat untuk mencuba merantai dan mengikatnya kepohon kelapa berhampiran rumahnya sebelum perkara-perkara yang tak diingini berlaku, setelah dipujuk Pak Yop merelakan ianya diikat dipohon kelapa sebagaimana kehendak bapanya. Maka seluruh badannya diikat dengan rantai besi yang bersaiz besar. 



Agak mengejutkan apabila siap dirantai dan Pak Yop bertanya "udah siap ke kome pasang rantai ni" kata Pak Yop pada semua yang hadir, dan beliau berkata lagi "kalau udah siap berabor le". Semua yang hadir terpinga-pinga kenapa Pak Yop berkata demikian. Baik lah kata bapa saudara Pak Yop...udah siap!!! . "Kalau gitu udah siap dengan ikat elok-elok..ha.."ini ilmu Gajah Putih udah datang" sahut Pak Yop. Maka selesai je Pak Yop bercakap semua rantai besi terputus dan terpelanting tak jauh dari badan Pak Yop dan dengan selamba je Pak Yop berjalan balik kerumah.

Sebenarnya Pak Yop tak gila atau mengacau penduduk kampong tapi semua para warisnya bimbang dengan keadaan beliau sedimikian, semenjak dari itu Pak Yop kembali merantau dan hilang lah salah seorang keturunan Tok Kadok ini diperantauan dan khabarnya beliau tidak kembali lagi keperkampongan asalnya.