Selasa, 30 Oktober 2012

KETURUNAN (SALASILAH) DATO SAGOR + TOK KADOK



Dato Sagor.

Atas permintaan para waris dan sahabat handai penulis, berikut saya paparkan kedua-dua keturunan dari salasilah Tok Kadok dan Tok Sagor iaitu melalui perkahwinan anak saudara Sunai bin Pandak Abir & Teh Sariah (Tok Kadok) Sazali dengan Puan Fadila Shuhimi (Tok Sagor).


SALASILAH TOK SAGOR




SALASILAH KETURUNAN TOK KADOK (SUNAI)

Teh Sariah dan Pandak Abir berkahwin sepupu (cucu Alang Sumat dengan cucu Pandak Demat), dan tapak rumah mereka diwarisi oleh saudara Leman di Telok Bakong.



SUNAI (BERKETAYAP PUTIH)



Keluarga Sunai.


Sazali & Isteri (Fadila)



Fadila Shuhimi.
(Keturunan Tok Sagor)



Muhamad Azhar Sunai.

Kedua-dua keturunan ini menyambung tradisi kekeluargaan dari  kedua belah pihak yang kini menetap di San Peng Kuala Lumpur.Alhamdulillah semoga mereka aman bahagia bersama anak cucu yang mewarisi generasi Tok Kadok serta Tok Sagor di masa akan datang.Terima kasih atas kerjasama tuan-tuan semua yang sama-sama terlibat secara langsung atau tak lansung dalam memaparkan salasilah berkenaan, jika terdapat penambahan kepada salasilah berkenaan sila berhubung dengan penulis untuk sama-sama kita susun atur salasilah berkenaan.

92 ulasan:


  1. ASSALAM. KETURUNAN TOK SAGOR DENGAN KETURUNAN TOK KADOK ADALAH SATU KETURUNAN. CUBA SAUDARA ARIFFIN LIHAT SALASILAH ORANG KAYA-KAYA SERI AGAR DIRAJA PERTAMA- TUN MAHMUD - TOH BANGSAWAN SERI- TUN MALIM@MAHARAJA LAMBOR SERTA SALASILAH PAK KADOK SEMUA BERPUNCA DARI SATU PODU. DARI KG. PULAU LAMBOR KIRI.SELEPAS MAHARAJA LAMBOR, MENIGGAL DI GANTI KAN OLEH TOH NGAH JABAT, SELEPAS TOK NGAH JABAT- TOK PANDAK ENDUT SELEPAS PANDAK ENDOT MENINGGAL DI GANTIKAN NGAH KAMADIN@ngah kamarudin.- salasilah pembesar perak- prof fawazi basri. DARI PADA KETURUNAN TOK NOJAH(HAMZAH/ ANDAK MUDAM)PULAU TIGA, DARI KETURUNAN MAHARAJA LAMBOR- PAK KADOK KADOK- KETURUNAN YANG SAMA.JAWATAN TOK SAGOR ADALAH JAWATAN KETURUNAN- ORANG BESAR LAPAN.

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam,

    Serta Salam Maharaja dan salam Tun Malim.....

    Terima kasih kerana memberi maklumat berkenaan, memang benar jawatan Orang Besar Lapan disandang oleh keturunan yg sama. Untuk menyelidikinya memakan masa yg lama dan memerlukan salasilah diantaranya selain mempunyai kepakaran penyelidikan seperti saudara KMY atau Kolonal Zaini. Mereka ini mewarisi pemikir-pemikir keturunan dari golongan yang tuan nyatakan diatas. Pada saya, saya sendiri tak mampu mengikuti, mengingati dan saingi kepakaran sebagaimana mereka berdua. Saya percaya banyak rujukan yg perlu kita rungkai bagi memperlihatkan satu salasilah yg merangkumi keturunan-keturunan yg tuan nyatakan.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...sy sedang mencari salasilah keturunan Pandak...nama datuk sy Pandak Bat bin Mustapha, org kuala kangsar...nombor utk dihubungi 011-3748 4988

    BalasPadam
    Balasan
    1. samala dgn saya..mencari salasilah keturunan pandak,kuala kangsar juga..PANDAK AHMAD Moyang saya..kuala kangsar area mana?

      Padam
    2. Nama moyang saya pandak mansor bin kulop briton, nama tok saudara pandak bin ahmad duduk di kg sungai siput bukit chanda

      Padam
  4. Waalaikumusalam,

    Agak sukar untuk saya mencari atas nama Pandak Bat sahaja, ini kerana setelah disemak tiada satu pun yg bernama Pandak Bat. Mungkin salasilah yg ada dalam simpanan saya bukan jalur salasilah yg tuan cari.

    Mohon maaf tuan yg bertanya.

    BalasPadam
  5. saya adalah cucu kepada MAT NASIB dan ibu saya adalah anak kepada beliau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Askum nak tnya cucu mat nasib duduk belah Mana Dan siapa ye

      Padam
    2. Arwah bapak saya orang kampong teluk , dikampong mereka panggil arwak bapak saya mahmus

      Padam
    3. As'salam. Saya piut dari belah mohd nasib. Sabariah Kalsom Abu mansor dll anak² nya. Masih tinggal di Telok Anson.

      Padam
  6. Simpan lah susunan salasilah Tok Sagor ni tuan Shahrir dan sambung susunan jurai Mat Nasib, biar generasi akan datang melihat cacatan datuk nenek moyang mereka.

    BalasPadam
  7. Salam..saya cicit kepada Ngah Bulan binti Mat perang...adakah moyang saya salah seorang cucu dato sagor

    BalasPadam
  8. Waalaikumusalam,

    Dalam senarai salasilah tidak terdapatnya nama seperti yg disebut tapi ada susunan disalasilah yg lompong, jadi saya pun tak tahu dan tak berani nak mengatakan yang nama berkenaan tiada dlm salasilah.

    BalasPadam
  9. Almarhum pandak kasim ayahanda kepada moyang saya lebai jais.. Almarhum pandak kasim abg kepada dato sagor

    BalasPadam
  10. Almarhum pandak kasim ayahanda kepada moyang saya lebai jais.. Almarhum pandak kasim abg kepada dato sagor oleh kerana semua kaum kerabat hendak di hukum mati oleh british pandak kasim abg kepada dato sagor bawa diri ke bagan datoh

    BalasPadam
  11. Assalam tuan,

    Jika ada senarai nama keturunan Almarhum Pandak Kasim sila lah kirimkan kepada saya untuk kita melihat susunan salasilah berkenaan yang dipaparkan diblog ini.Kerjasama tuan amat dialu-alukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Opah sebelah ayah sy nm ramlah binti lebai jais binti pandak kasim

      Padam
    2. Opah sebelah ayah sy nm ramlah binti lebai jais binti pandak kasim ni abang kandung dato sagor

      Padam
  12. Salam, Moyang saya sebelah bapa bernama Kulop Karap - saya nak tanya adakah sesiap pernah dengar nama ni )sebab banyak juga orang yang pakai nama Kulop ) . Ayah pernah beritau pantang makan ikan tapah. Sekian terima kasih kepada yang sudi respon. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama gan keturunan sy tak bleh makan ikan tapah.moyang bernama Anjang Lam

      Padam
  13. Waalaikumusalam,

    Tuan, saya fikir itu nama timangan (gelaran) sebab kebanyakan nama orang tua-tua kita di Perak banyak nama gelor je, nama betuinya tersembunyi. Saya semak dlm berbagai salasilah yg ada pada saya tidak terdapatnya nama Kulop Karap ni dan banyak yg bubuh nama Kulop sahaja. jadi sukarlah untuk menentukanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye,betul tu..byk nama gelor /timangan..nama sebenar dgn timangan jauh beza plak tu dari apa yg saya tgk dlm keluarga belah mak..

      Padam
  14. Pernah dengar tak nama Pandak bin Kota? Nenek moyang saya iaitu onyang saya (masih hidup lagi) pernah bercerita bahawa ayahnya iaitu Pandak mempunyai ramai adik beradik tapi dah berpecah belah. Dia berkata kami ialah keturunan raja bugis yg berasal dari seberang masa berperang dgn lanun (mengikut apa yg saya dengar). So sekarang nak tahu, keturunan kami ni ada kaitan ke dgn semua yg di atas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan/puan duduk mana saya ada tok saudara nama pandak bin ahmad duduk di kg changkat kurnia, kg sungai siput bukit chandan

      Padam
    2. Pernah dengar cerita yg sama. Versi cerita lari dari kawin pun ada.

      Padam
    3. Macam sama dengan kisah saya.

      Padam
  15. Cik Airin Tasya,

    Assalam, jika keturunan bugis diLambor memang ianya berkaitan iaitu di Kampong Kota dan DiTelok Pedayung Lambor Kanan serta di Lambor Kiri juga berkaitan.Tok kota adalah pembuka Kampung Kota di Kampung Tua Bt 16 Lambor Kanan. Beliau Bugis dari Selangor/Johor. Bugis dari keturunan Luwo/Raja Bugis di Telok Pedayung.

    BalasPadam
  16. Asalamualaikum tuan. Ingin bertanya keturunan tok sagor ada ke di Kuala Selangor. Adakah nama anak tok sagor diberi nama gelaran lebai pinte @ bilal pinte?

    BalasPadam

  17. Waalaikumusalam, berikut adalah senarai anak-anak Tok Sagor

    Anak-anak
    Dato' Sagor
    1. Long Mabu
    2. Alang Siap
    3. Uda Bidah
    4. Itam Jailah
    5. Anjang Abdullah
    6. Teh Nasa
    7. Mat Dagang
    8. Kulob Satar
    9. Alang Ismail

    Tapi jika ada perbezaan nama adalah diluar pengetahuan saya.

    BalasPadam
  18. Tuan juga boleh merujuk kepada cikgu termizi mohamad di kg gajah

    BalasPadam
  19. Macam mana nak contact Cikgu Termizi tu....

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya Badrul Isa juga sedang mencari waris dari jurai kulop Karap di Lambor kiri. Jurai salasilah Kulop karap yang ada pada saya adalah bersangkut paut dengan Yeop Mahidin Pengasas askar wataniah. email saya utk perkongsian salasilah dan maklumat sekiranya ada badrulisa@gmail.com

    sekian terima kasih

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum....opah saya bernama Besah Bt Mat Dagang.saya di faham kan oleh sepupu opah saya bahawa kami dari Jalur Mat Dagang Anak Dato Sagor yg ke 7.

    BalasPadam
  22. Waalaikumusalam,

    Terima kasih kepada encik Zul kerana berkongsi data keturunan dari jurai Mat Dagang.

    BalasPadam
  23. salam...rumah arwah atuk dan opah saya di lambor kanan..name atuk hj ali bin shariff name opah unah bt mat aris...rumah depan balai polis lambor kanan..tetibe nk google cte pasal lambor kanan.. historic jgak lambor kanan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan nak tanya mat aris ada anak nama mat wahid tak

      Padam
  24. Waalaikumusalam,

    Kalau romah lengko itu tepi bendang,teman tau le tu.

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. Ada ke gelaran paduka seri Indera hujung kota di Perak? Sebab saya sedang mencari silsilah keturunan saya yaitu namanya tok juah Syeikhul Islam 1670-1750

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun dari susur galur tok juah

      Padam
    2. Masya Allah tuan boleh saya nak tahu lebih lanjut berkenaaan tok juah

      Padam
  26. Waalaikumusalam,

    Maaf tuan Mukhtar, saya tak mahir bab gelaran atau pangkat untuk menjawab pertanyaan tuan.

    BalasPadam
  27. As'salamualaikum....

    Salam kenal dari saya.....
    Saya dari keturunan Anjang Abdullah.Atok saya Nazri Bin Mat Nusi.Dan saya adalah anak kepada Amirdin.

    BalasPadam
  28. Waalaikumusalam,terima kasih kerana sudi melayari blog kami serta selamat mengenali jurai-jurai keturunan yang dipaparkan.

    BalasPadam
  29. Asslm ....boleh ker tuan ceritakan salahsilah keturunan anjang pelita...itu ialah moyang awak....rumah atok saya berhadapan tugu peringatan pasir salah...datuk saya ialah haji hashim bin abdul mutalib..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam tuan ,
      Mengenai keturunan Anjang Pelita (lampu )sila rujuk kat salasilah keturunan Ngah Pidup, ianya berkaitan disitu .

      Padam
  30. Mohon pencerahan dari pihak tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedua keturunan saling menyambung silaturahim melalui perkahwinan. Sebenarnya dari keturunan dulu lagi susur galur ini telah mengiratkan kedua keturunannya dengan perkahwinan sesama puak dan keturunan. Generasi sediada sekarang hanya menyambung saranan orang tertua dulu.

      Padam
  31. salam tuan ada tak gelaran mat isa di dalam anak anak datuk sagor?

    BalasPadam
  32. Waalaikumusalam,
    Yang bab gelaran tu, saya tak ada maklumat .Saya faham kekadang nama sebenarnya lain dan nama yg biasa disebut gelaran nya berlainan. Ini salah satu masalah dlm mencari susur galur salasilah.

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum wbt. Teman nak kabo je, teman ni cucu kepada Hj Ayat bin kulop ahmad sebelah ibu di pekan lambor kanan, hj omar bin taib tp udoh mningge di batu 16,kg tua. sblm duduk di kg tua duduk di flat san peng, kl. Baru tau org kte klu nak merantau, mst duduk dekat ng keturunan depa juga. Sy ada tbaca keturunan tok sagor dan tok kadok pun duduk di san peng. udah thn 2020 baru teman tahu xboleh mkn ikan tapah. deme xpnh kabo lg pun xpnh beli ikan tu.

    BalasPadam
  34. Waalaikumusalam Tuan Haji,

    Merata KL ni ramai bebeno puak kita Tn.Haji dan generasi awal yang merantau udah kebanyakannya udah tak ada.Teman ponah berkerja di San Peng Flat dibawah DBKL Jabatan Perumahan. Tapi kejap je dipindahkan ke Cheras. Tahniah la udah tau tak boleh makan ikan Tapah.

    BalasPadam
  35. ada x keturunannta di bukit chandan, padang rengas, senggang, ketior dan area kuala kangsar

    BalasPadam
  36. Dah tentu ada tuan tapi teman tak dapat menentukan kawasan mana. Mengikut sejarah dulu,orang-orang Lambor (Perak Tengah) mengikut perpindahan Sultan hingga ke Kuala Kangsar. Orang Lambor Kiri & Kanan memang tak boleh makan ikan Tapah. Peredaran zaman membuatkan keturunan ini dah ada diseluruh ceruk rantau.

    BalasPadam
  37. boleh bagi nmber whatsapp x tuan, saya nak tanya tentang bernama kulop... moyang saya ada nama kulop

    BalasPadam
  38. Tuan boleh e-mail je, saya ada satu no phone sahaja dan dah terlalu sesak. aisbatu2003@gmail.com

    BalasPadam
  39. Keturunan pandak kasim abg kepada datok sagor moyang sy lebai jais bin pandak kasim

    BalasPadam
  40. Saya kena buka salasilah dulu dan ianya agak memakan masa, insyaallah saya cuba usahakan.

    BalasPadam
  41. keturunan tok sagor....
    dari keturunan Anjang Abdullah.Atok saya Nazri Bin Mat Nusi.Dan saya adalah anak kepada Amirdin bin Nazri.. ini catatan abg ipar saya..

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum.. Saya berminat untuk lebih mengetahui.. Saya cicit kepada Anak Dato Sagor yg pertama Long Mabu.
    Aruah Ibu saya bernama Faridah Binti Adnan (Aqinun)

    BalasPadam
  43. Waalaikumusalam,

    Kerana kekangan masa dan keadaan tak mengizinkan saya aktif sebagaimana dulu, maklumlah faktor usia. Saya akan cuba lihat susunan Long Mabu, Samaada tercatat didalam salasilah yg ada.

    BalasPadam
  44. Aslkm tuan,boleh beri bantuan untuk salasilah sy..arwah bapa saya Dari kg Tua batu 16..yussof alang abdul rais..Tok moyang saya..andak b puteh,uda bin musa..harap tuan dapat membantu..

    BalasPadam
  45. Saya ada salasilah keluarga saya bermula Kulup Satar. Anak-anak Kulup Satar terdiri daripada Mat Araf, Ngah Halimah @ Teh Endot, Mohd Darwis dan Mohd Refat @ Panjang Repat. Mereka semua tinggal di Layang-Layang Kiri. Diceritakan Kulop Satar ini berasal dari Lambor. Adakah Kulop Satar ini ada hubungan dengan Dato Sagor?

    BalasPadam
  46. Cuba tuan kirimkan melalui e-mail saya senarai keturunan Kulop Satar untuk melihat perbandingannya dan saya keluarkan diblog nanti.

    BalasPadam
  47. Salam.. sy dari keturunan Dato' Sagor.. susur galur dari anak Dato' Sagor iaitu uda Bibah.. sy generasi ke 9.. Dri uda Bibah.. pemegang susur galur ada pada bapa saya

    BalasPadam
  48. Waalaikumusalam tuan,

    Kalau sudi kirimkanlah senarai kepada saya melalui e-mail aisbatu2003@gmail.com

    Terima kasih.

    BalasPadam
  49. Bukan dato' sago ade anak nama bahaman kan?

    BalasPadam
  50. Data yang ada pada saya korap dan salinan cetakan telah tersalah letak, jadi saya agak sukar menjawab persoalan tuan. Mohon maaf tuan, kalau tak silap saya ada nama itu dlm senarai anak anaknya.

    BalasPadam
  51. Saya pun keturunan Tok Juah Syeikhul Islam thn 1670.

    BalasPadam
  52. Assalam
    Sy dari keturunan dato sagor dari susur galur alang ismail..

    BalasPadam
  53. Opah saya Che Mah Bt Mat Aris orang kpg Gajah. Dia kata Dato Sagor tu tok saudara dia. Opah saya berkahwin dgn Nong Chik Alang Rabu ( kerja terakhir di Majlis Daerah Kroh) dan akhirnya menetap di Pengkalan Hulu. Meninggal 1981 lwbih kurang.

    BalasPadam
  54. Waalaikumusalam,

    Tuan Firdaus, pecahan dari situ pula ramai, tak sempat saya menelitinya.

    BalasPadam

  55. Tanpa nama,

    Jika Tok Sagor tu bapa saudara opah mike, kena teliti jurai adik beradik Tok Sagor. Jika berkesempatan nanti saya semak.

    BalasPadam
  56. Sy sedang mencari salasilah moyang sy...ALANG IBRAHIM...

    BalasPadam
  57. Salam sejahtera semua...alhamdulillah ramai yg mencari susur galur masing2..admin, kalau boleh berkongsi dgn saya..saya juga ingin mengetahui susur keluarga arwah atuk saya yg tinggal di kwsn pulau tiga, Bota, Perak...bernama, Orang Kaya Not bin Ngah Abdul Rahman..ada sesiapa yg sudi berkongsi pd saya di emel, yusnita31186@gmail.com, saya ucapkan ribuan terima kasih..

    BalasPadam
  58. Waalaikumuslam,

    Terima kasih kerana sudi melayari blog teman ni. Nama sebenar Orang Kaya Not tu siapa, sebab itu nama jawatan kalau tak silap la.

    BalasPadam
  59. Kg Changkat Kurnia juga ramai waris yg tak leh makan ikan tapah.

    BalasPadam
  60. Assalamualaikum..saya mencari salasilah pandak naam bin ngah ongin..asal redang sawa, perak

    BalasPadam
  61. Waalaikumusalam,

    Melihat pada nama-nama yg dinyatakan tiada catatan dlm senarai yg saya simpan, mungkin rekod yg ada pada saya tak capai ke jalur nama berkenaan.

    BalasPadam
  62. Nama sbnr orang kaya Not tu...Not bin Ngah Abdul Rahman & isterinya(opah) bernama Teh Mesiah...tinggal di kmpung teluk sena, lambor kiri...terima kasih admin

    BalasPadam
  63. Nama ayah saya ramli bin teh,isteri jamilah baba
    Teh@ abdul rahman bin anjang ,nama isteri teh esah binti mat tari
    Anjang mat shah bin sagor
    Khalid bin anjang
    Sahid bin anjang
    Ree bin anjang

    BalasPadam
  64. Saya tak tahu pun keluarga kami keturunan pak kaduk atau tidak. Tapi sebelum ini sepupu ibu saya ada beritahu kami yang kami semua iaitu cucu cicit piat Ngah Kahar(bapa kepada Opah saya) tidak boleh makan ikan tapah. Ngah Kahar berasal dari Bota Kiri dan opah saya pun membesar di Bota Kiri. Sekarang keturunan sudah berkembang dan ada di merata2, tidak hairanlah kalau ramai tidak boleh makan ikan tapah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tertinggal salam, Assalamualaikum*..
      Syabas kepada tuan kerana masih menyimpan salasilah keturunan pak kaduk.

      Padam
  65. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  66. Moyang saya alang Lamat, adik beradik moyang alang Tagor, alang jaman, sebab nama masih berada atas geran lama di layang kiri... Atas geran yg sama ada tersiar nama Kulop Mat Ali...

    BalasPadam
  67. Tuan Mohammad Farish,

    Ngah Ongin yg tuan maksudkan tu, tiada dlm catatan oleh itu tak dapat saya nak menjawbnya. maaf tuan.

    BalasPadam
  68. Renungan dimata dunia,

    Moyang saya juga sama nama Kulop Mat Ali, jadi jika dilihat adik beradik yg tuan tulis mungkin orang yang berbeza tapi sama nama.

    BalasPadam
  69. Assalamualaikum .. moyang saya bernama Ngah mesiah@Ngah resiah ,Datuk sy bernama Putih lan ,ayah sy bernama Harun

    BalasPadam
  70. Moyang sy pawang JAIS kg gajah

    BalasPadam
  71. Assalamualaikum,boleh saya tahu nama panjang HJ HUSIN

    BalasPadam
  72. Salam sy juga mencari Salah silah keluarga. Katanya moyang sy namanya MD. Yatim dan Alang Kamariah. MD Yatim ni ada seorg ank namanya Husin @ Hussain . Husin ni pergi ke Kuala Kangsar sbb pusat pemerintah raja2 berpindah. Husin ni di panggil Pak Anggey (sbb dia ank tinggal). Dia dh kawin di kg pulau 3 ni. Cuma beliau merajuk ke KK tinggal Isteri Dan ank lelaki seorang.

    BalasPadam