Jumaat, 24 Disember 2010

SALASILAH NGAH IBRAHIM DAN PUTIH ARPAH.


Rumah Kediaman Encik Osman bin Kulop Tongkah bin Ngah Ibrahim.




SALASILAH NGAH IBRAHIM DAN PUTIH ARPAH.
(Dikemaskini 13/10/2011)



ENCIK OSMAN DIDEPAN RUMAH KEDIAMANNYA.
(Beliau seorang pesara kakitangan Kerajaan serta Bilal Masjid Kg Telok Bakong )


ENCIK OSMAN BIN KULOP TONGKAH BIN NGAH IBRAHIM.
IBU BELIAU BERNAMA LONG SEDIH BT PANDAK KUDONG BIN NGAH SABUN.



 AZHARI BIN OSMAN (ANAK ENCIK OSMAN).




PUAN SAERAH (DUA DARI KANAN)



ABD AZIZ BIN MAT RASHID (BERDIRI LIMA DARI KIRI)
SALAH SEORANG ANAK PUAN SAERAH.

 
RUMAH KEDIAMAN PUAN SAERAH DI KG TELOK BAKONG. 


Puan Lela bt Halim dengan anak-anaknya.(dari jurai Mentiah serta anaknya Halim)



 Encik Lokman bin Harun.(cucu Ngah Rokiah).
 Alamat blog beliau : diaryofamadbikeman.blogspot.com


Encik Lokman sebelah kanan.

Dari jurai Ngah Rokiah dan Hjh Aminah pula adalah salah seorangnya Encik Lokman Hakim bin Harun, dari jurai  Puan Jah iaitu Encik Yeop Puntung serta anaknya Ramli bin Yeop Puntung dan ramai lagi.Semoga terteranya nasab dan salasilah keturunan Ngah Ibrahim ini yang merupakan jurai yang tak boleh memakan ikan Tapah maka dapat menghubungkan kembali silatulrahim antara kita dimana generasi baru kurang mendapat pendedahan mengenai salasilah keluarga kerana telah merantau mencari kehidupan yang lebih baik serta tugas-tugas tertentu bekerja menyara keluarga.


27 ulasan:

  1. Terima kasih kerana menulis salahsilah keturunan saya, rumah yang diduduki oleh En Othman Tongkah adalah rumah asal Ngah Ibrahim, dan dari jurai Ngah Rokiah, yang tertingal anakya Teh (arwah) (Isteri kepada arwah Yahya Pandak Nayan) dan Zakaria (arwah) yang menetap di Kuala Kangsar.Kalau boleh saya nak tahu adik beradik kepada Ngah Ibrahim dan Teh arpah, yang saya tahu cuma Uda Longgok iaitu bapa kepada Puan Nab Longgok Kg Paloh.

    BalasPadam
  2. Saya akan cuba mencari dari punca jurai mana Ngah Ibrahim ni dalam Salasilah Sumpahan Tok Kadok, jika bertemu nanti saya akan maklumkan. TQ.

    BalasPadam
  3. dapat kiranya..menghubungi DR ROBIAH KULOP HAMZAH (RUMAH 0355426754)(HP 0178724285).beliau adalah ANAK HAJJAH MARIAM(YAM) iaitu CUCU kpd NGAH ROKIAH dari JURAI NGAH IBRAHIM..

    BalasPadam
  4. saya AZMAN IBRAHIM..CUCU kpd HAJJAH MARIAM iaitu ANAK kpd NGAH ROKIAH dari JURAI NGAH IBRAHIM ingin menyertakan jurai keturunan bermula dari HAJJAH MARIAM iaitu ANAK KPD NGAH ROKIAH hingga ke CICITNYA..APAKAH KEPERLUAN YG PERLU DI SERTAKAN??

    BalasPadam
  5. Saya rasa Dr Robiah dan Encik Azman dijurai yg sama, jika ingin menghantar salasilah atau dokumen tentang keluarga sila e-mailkan saja ke aisbatu2003@yahoo.com, (kalau boleh sertakan foto lama atau baru untuk dikenali oleh puak waris) dan di FB taip saja TOK KADOK BIN KOJAK. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada DR Robiah dan Encik Azman kerana sudi singgah ke blog saya.

    BalasPadam
  6. PERAK MAN cawangan JOHOR18 September 2011 pada 5:29 PG

    arwah ayah ade cerita pasal ikan tapah ni..nasib baik bnyak lagi jenis ikan boleh makan :)
    * ikan tapah pun saya tak pernah tengok.

    BalasPadam
  7. iskandar shah bin rahim bin mat ariff bin ngah ibrahim bin ..... mintak tolong sambung

    BalasPadam
  8. As salam Perak Man dan Sunanshah,

    Memang terdapat keturunan Tok Kadok di Johor, samaada di Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru sendiri. Setakat ini kami masih belum dapat mengesan dari jurai mana. Untuk menyambung dari jurai Ngah Ibrahim saya memang sedang mencuba mendapatkan salasilah tersebut, jika berjaya akan saya paparkan diblog ini.

    BalasPadam
  9. salam, dari keturunan NGAH IBRAHIM/PUTIH ARPAH,jurai Ngah Rokiah/NGAH MAT ARIFF..ANAK Ngah Rokiah/NGAH MAT ARIFF bukan 10 orang seperti yg tercatat..tetapi 13 orang,tambahan 3 orang lagi iaitu.DAUD meninggal waktu umurnya 16 thn,HARUN meninggal waktu di darjah 4 dan AHMAD meninggal sewaktu kecil (peringkat meniarap)...SUMBER.RAFEAH MAT ARIFF (satu-satunya anak NGAH ROKIAH/MAT ARIFF YG MASIH HIDUP--0162918946)

    BalasPadam
  10. PEAH....nama sebenarnya adalah RAFEAH,MUNAH...nama sebenarnya MAIMUNAH,YAM....nama sebenarnya MARIAM @ PUTRI TEH KUDUS..T/KASIH..azman..0162918946

    BalasPadam
  11. T.kasih en.azman kerana memberi maklumat tambahan, saya dah up-date susunan salasilah Ngah Ibrahim dan Putih Arpah.

    BalasPadam
  12. terima kasih diatas usaha tuan. berbanyak2 t/kasih saya ucapkan-azman

    BalasPadam
  13. Terima kasih kerana menulis salahsilah keturunan saya,terima kasih diatas usaha tuan, berbanyak2 t/kasih saya ucapkan...ini lah pertama kali saya terjumpa pautan oyet2 saya..,terima kasih sekali lagi diatas usaha tuan-TAHNIAH TUAN-azman

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum... nak tanye.. ade tak silsilah dari haji amin/mat keling...? klu ade sila paparkan... syukran..

    BalasPadam
  15. Waalaikumsalam,

    Tuan, mohon maaf......boleh saya bertanya kembali ? Hj Amin/Mat Keling dari jurai mana dan pernah tinggal kat mana dan jika boleh tolong e-mail kat aisbatu2003@yahoo.com ini bukan apa biar jelas supaya tidak salah orang.

    Terima kasih saya ucapkan kerana singgah kat blog saya untuk kita bersoreh dan mencari para waris.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum saudara.
    Saya nak tanya .saya ada tok saudara sebelah tokwan...kami panggil arwah Tok Ngah Dan atau Pak ngah Dan. Nama mat nordin ( tak pasti Mat/ mad atau ahnad)...anak arwah mama mat ramli umur 67 tahun ..ada kah mereka ini keturunan ngah Ibrahim. Semlm saya ke Matang, tok ndak saya ni kata ngah Ibrahim tu nenek kita...

    Abdullah Hussain (tok wan saya) org panggil Ayah Alang - bekas guru besar lulusan, kolej yg kat Matang tu - dulu Kota)
    Hassan Abdullah ( bapa saya)


    Mat Nordin ( sepupu tokwan saya - rujuk Di atas) - org panggil Dan atau pakngah Dan
    Mat Ramli Mat Nordin - tok ndak

    Mohon sgt Bantu

    BalasPadam
  17. Waalaikumusalam,

    Mohon maaf tuan, saya tidak menyimpan salasilah penuh Orang Kaya Ngah Ibrahim yg pihak tuan maksudkan. Oleh itu saya mohon maaf tak dapat membantu.

    BalasPadam
  18. assallammuallaikum
    tumpang tanya bolehkah tuan berikan nama2 adik beradik ngah ibrahim..

    BalasPadam
  19. Waalaikumusalam,

    Sila rujuk carta salasilah yang terpapar diatas,tuan shsh bayou.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum. Saya cicit kepada jurai Mentiah dan cucu kepada Hashim. Tergerak hati nak kenal salasilah2 semua ini. Harap dapat berkenalan. Saya sekarang menetap di kedah. Kebanyakan dari jurai Hashim menetap di kedah dan pulau pinang. Boleh hubungi saya juga untuk maklumat 019-9861709 izuan

    BalasPadam
  21. Waalaikumusalam,

    Iwan,salasilah yg dipaparkan untuk Salasilah Ngah Ibrahim ini tidak begitu lengkap kerana saya ketiadaan data seterusnya, jadi kena pihak berkenaan membuat penerusan data salasilah mengikut data semasa.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum, saya dari jurai keturunan cikgu mohd maarof bin longgok yg pernah menjadi guru besar di sekolah telok bakong .ingin bertanya ,mengikut apa yg saya tahu beliau bersaudara dengan ngah ibrahim . Ngah ibrahim yg dimaksudkan ini adakah orang yang sama dengan ngah ibrahim yg pernah menjadi pembesar melayu dan merupakan anak kepada long jaafar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maarof b. Longgok ni adik beradik zainab longgok..kah?

      Padam
  23. Waalaikumusalam Nur Shafikah Khalili,

    Keturunan yang berbeza, Ngah Ibrahim & Puteh Arpah adalah dari Jurai Tok Kadok yang tinggal di Telok Bakong,Lambor Kanan Perak Tengah. Ngah Ibrahim yg Nur Shafikah paparkan itu di Utara Negeri Perak.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum, nak tanya tuan nama2 tok dan moyang sya ni ada ke kena mengena dengan salur galur "Ngah" yg lain2. Nama tokki dan moyang saya ni seperti berikut: NGAH SAKAM BIN NGAH LASAM BIN NGAH PERANG (IMAM). Kalu ada salasilah nak jugak saya selidik lagi mendalam. Asai duduk NGAH SAKAM di Kg Lubok Merbau Kuala Kangsar.

    BalasPadam
  25. Assalam. Ngah ibrahim ada anak nama mariam ?

    BalasPadam