Khamis, 4 November 2010

MADRASAH NUR AMBIA' TELOK BAKONG HILIR, PARIT PERAK..


Surau atau Madrasah ini telah diperbaharui dan dibina dengan batu serta gambar ini hanya tinggal kenangan kepada jenerasi baru di Telok Bakong. Kami akan tulis nama-nama yang kami kenal didalam gambar ni untuk tuan-tuan kenali orang-orang lama di Telok Bakong.Ada yang kenal pada wajah sahaja tapi nama betul atau gelaran dah tak ingat dah, pengecaman wajah dan nama adalah dari bonda saya iaitu Hajjah Fatimah bt Haji Mohd Ali yang berusia 83 tahun.

1.Tuan Haji Zamzuri
2.Hajjah..................... (isteri Tuan Haji Zamzuri )
3.Hajjah Mariah
4.Puan Aminah (isteri Pak Cik Baki - kedai kopi )
5.Puan Alang Lihah (isteri Encik Saring).
6.Puan Long Yah (kakak bidan Ah)
7.Puan Mendut (adik Kulop Ayo) - Mak We Ranon isteri Mat Sarip.
8.Hajjah Sarimah (isteri Tuan Haji Sabran)
9.Puan Che'An (bidan Kerajaan klinik bidan Telok Bakong)
10.Tuan Haji Dolah (Pak Kolah-nama gelaran)
11.En.Mat Sarip
12.En.Chu Lungam (nama gelaran atau timangan).
13...........................................(bapa mertua en.Bari)
14.Tuan Haji Sabran.
15.Encik Ahmad Bisu
16.Tuan Haji Yeop Alif
17.En.Mayit (teksi)
18.Tuan Haji Rashid
19.Puan Sa'i riah (isteri Pak Kolah)
20.Puan Fatimah (isteri En.Zaini)
21.Tuan Imam Jabor
22.En.Nor Rapor
23.(Ayah Ri Dayit)
24.En.Zaini (Penjual kain baju/barangan terpakai)
25.Cikgu Ahmad Fadzulah (orang Bota Kiri - suami Cikgu Nor)
26.En.Mat Repi (datuk Pandak Tut - kedai basikal Telok Bakong)

Sumber gambar ini diambil dari Telok Bakong Blogspot, Telok Bakong on line. Al-fatihah kepada mereka-mereka yang telah pergi yang berada didalam gambar ini dan semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin.





MADRASAH BARU NUR AMBIA'.

11 ulasan:

  1. No 4, Mak Cik Minah Baki, No 7 Mak We Ranon isteri Mat Sarip, No 17 Mayit teksi

    BalasPadam
  2. Terima kasih encik Lokman kerana memberi respon kepada gambar orang Telok Bakong ini. Yang No.4 tu bukan Wan Minah Baki ianya memang Wan Ariah (isteri Pak Alang Buta).

    BalasPadam
  3. Kiri Cik An ialah Timah Zeni,belakang Mayit, Nor Rapor,Kanan Nor Rapor ayah Ri Dayit,Kanan Mat Bisu,Zeni suami Timah,Kanan Zeni Cikgu Ahmad Fadzulah (org Bota Kiri suami Cikgu Nor), Belakang Chu Lungam ialah Mat Repi ayah kepada Pandak Tut, Rase nye itule. Tapi saya confirm no 4, CiK Minah sebab saya hari hari di kedai kopi dia dulu. Fatihah buat Mak Cik Minah dan Cik Baki, terlalu baik orangnya.

    BalasPadam
  4. Lupe, berdiri sebelah kanan Haji Rashid ialah Imam Jabor

    BalasPadam
  5. En.Lokman,saya suka koi panjangnye kat kedai Pak Cik Baki serta Mak Cik ni, saya akan up-date apa yang en.Lokman senaraikan kat gambar tu. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. TBO mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha tuan!!

    BalasPadam
  7. Pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kerja sama TBO.

    BalasPadam
  8. salam..sahabat telok bakong...

    we lob, ihd ariffi @ mat repi bukan ayah pandak tot..beliau adalah datuk kepada pandat tot....isterinya ngah hoyah ( moyang keme)...ayah pandak tot adalah bernama tok mamat panggilan keme( beliau tinggal di pdg changkat telah meninggal dunia...

    kelulut

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, tuan kelulut,

    Kita sama betulkan mana-mana yg tak berapa betul tu. Maklum le udah lame..........

    Terima kasih.

    BalasPadam
  10. salam....dulu beli ais batu kat pekan telok bakong le mase bulan pose....hussin good morning.balut kotas surat haboo....bila sampai umah dah cayoo sikitt...kenangan silam..

    BalasPadam
  11. Salam sejahtera kembali,

    memang dulu dlm bulan pose kita beli ais batu dikedai pekan telok bakong, lambat sampai keromah abis cayo....motongnye pulak pakai gergaji....abis tumpui mata gergaji kayu tu.

    Terima kasih tuan.

    BalasPadam