tag:blogger.com,1999:blog-1279653442826051676.post7902788940611605497..comments2024-02-29T13:06:15.415+08:00Comments on SUMPAHAN TOK KADOK: SALASILAH IMAM JAESAH 3.aisbatuhttp://www.blogger.com/profile/14703655920950729901noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-1279653442826051676.post-58484034525041703282012-05-25T07:39:48.522+08:002012-05-25T07:39:48.522+08:00Amat bertuah tuan dapat berjumpa salah seorang yg ...Amat bertuah tuan dapat berjumpa salah seorang yg didalam gambar ini dapat menerangkan dimana,bila foto ini diambil serta individu bersejarah sebagai penghuni asrama ini. Terima kasih tuan KMY.aisbatuhttps://www.blogger.com/profile/14703655920950729901noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1279653442826051676.post-73911879372646716202012-05-24T22:51:53.539+08:002012-05-24T22:51:53.539+08:00Dapat bertemu dengan salah seorang yang ada dalam ...Dapat bertemu dengan salah seorang yang ada dalam gambar tersebut iaitu Megat Shoib b Megat Muhammad Nur. Beliau memakai baju puteh diantara dua orang yang memakai baju hitam. Beliau lahir pada tahun 1935 dan kini berumur 77 tahun. Menurutnya gambar ini diambil pada awal tahun 1950an.
Yang memakai baju puteh lengan pendek itu ialah penyelia asrama Mr Cheng Yee. Beliau tinggal di Ipoh dan setiap hari berulang dengan motosikal untuk bertugas di Telok Anson.
Duduk diantara penyelia asrama dan Megat Shoib ialah Md Radzi bin Md Diah dari Pulau Tiga . Beliau mungkin orang yang sama dalam gambar pertama bagi entri Salasilah Tok Nojeh.
Memakai serban berdiri di kanan sekali ialah tukang kebun. Wanita yang duduk berbaju hitam mungkin tukang masak.
Salah seorang didalam gambar ini ialah bekas Menteri Besar Perak iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib. Disamping itu abang beliau bernama Zulkifli ada didalam gambar ini. Tetapi Encik Megar tidak dapat mengecamnya.
Murid-murid yang terdapat didalam gambar ini adalah terdiri daripada mereka yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan khas semasa darjah empat Sekolah Melayu bagi memasuki Special Malay Class (SMC)Sekolah Inggeris. Semua mereka ini adalah ditempatkan belajar di ACS Telok Anson.kmynoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1279653442826051676.post-32304760383610400252011-10-08T21:26:20.795+08:002011-10-08T21:26:20.795+08:00Kebanyakkan mereka adalah dari Hutan Melintang, Ba...Kebanyakkan mereka adalah dari Hutan Melintang, Bagan Datok, Kampung Gajah, Bandor dan kawasan sekitarnya yang jaraknya lebih 10 batu dari Telok Anson atau yang tiada jalan raya yang menyambung rumah mereka dengan sekolah pada zaman itu. Kalau ada orang Pulau Tiga atau Lambor mungkin satu atau dua orang yang bapa mereka bekerja kerajaan ditempat yang dinyatakan. Mereka ini terdiri daripada budak-budak pandai daripada Sekolah Melayu yang dapat masuk Sekolah Inggeris pada masa itu.kmynoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1279653442826051676.post-62669510427058691922011-10-08T17:13:54.575+08:002011-10-08T17:13:54.575+08:00Saya ada bertanya pada orang-orang tua didaerah La...Saya ada bertanya pada orang-orang tua didaerah Lambor dan Pulau Tiga mengenai foto tersebut tapi mereka tak mengenalinya, jadi tak dapat saya mengetahui sejarah gambar tersebut.aisbatuhttps://www.blogger.com/profile/14703655920950729901noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1279653442826051676.post-50839670835272455272011-10-07T19:06:30.984+08:002011-10-07T19:06:30.984+08:00Kebanyakkan penghuni asrama dalam gambar berkenaan...Kebanyakkan penghuni asrama dalam gambar berkenaan kemudiannya menjawat jawatan yang tinggi dengan Kerajaan.kmynoreply@blogger.com